20130730

The one to blame

Responsibility and accountability.

It doesn't matter if you've done nothing wrong. Their mistakes are yours. Their failure are yours. You've done your part, you gave your best, but in the end, you're the one to blame. Every error is your fault. Despite your non-existence when it happened, it's all on you. 

Admit it. Ask for forgiveness. Beg for another chance. Keep on striving. Never give up.

A little bit of pain is necessary, it will lead you to that one true love. Everything will be worth it. If it's not okay, it's not the end.

20130726

When the going gets tough...

... the tough gets going. But I am not tough so I panicked.

It has only been a week but I'm already trying to figure out when will be the right time to send out resumes to other companies; and when will our dream to set up our own company/business can be realised.

And then there's this thing about hanging out with a new crowd. I am not the type to start or even join a conversation. I'll just sit and stare at people doing whatever they do. I don't even look at the phone until somebody pointed out that nobody talks to me. In that awkward moment, I relied on my phone for salvation. Afterwards they did ask me a few questions but it's too late. I feel pathetic. Pathetic because I seem like a weirdo and there's nobody there to save me from whatever embarrassment I was going through.

I wish somebody cared. Anybody? Nobody?

I hope I'll fall in love with my job, or my office, or both; soon.

20130725

Palmer's - Cocoa Butter Formula Skin Therapy Oil

Makeup & Skincare

Enchanteur membosankan. Biore makeup remover/cleansing oil terlalu berminyak. Schwarzkopf Extra Care shampoo/conditioner keringkan rambut. Clinique clarifying lotion keringkan kulit, all about eyes tak beri kesan. Dalam banyak-banyak yang dah habis, satu sahaja yang dibeli, Palmer's Skin Therapy Oil (sampel dapat masa nak menonton Bunohan).

Palmer's Cocoa Butter Formula Skin Therapy Oil

Mungkin in formula baru ada wangian rosehip sebab sampel tak ada bau. Ada yang kata boleh hilangkan stretchmarks. Yang itu saya tak boleh nak komen. Yang pasti, tak melekit, kesan cela pudar dan hampir hilang. My friends use it too and we love it.

20130724

Diary - Chuck Palahniuk

Diary - Chuck Palahniuk

Kisah dunia moden yang terperangkap dalam amalan, kepercayaan tradisi, legenda yang tak pasti karut atau tidak. Kekayaan yang melimpah ruah hanya boleh diperolehi dengan pengorbanan dan kisah pahit. Untuk menyelamatkan diri dan keturunan sendiri, yang lain harus mati. Antara sanggup atau tidak sahaja.

Lelaki yang berkahwin dengan perempuan atas dasar kepentingan masyarakat tapi akhirnya gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Perempuan yang disiksa untuk mengembalikan kekayaan orang lain. Orang yang perlu diselamatkan rupanya punca semua penderitaan. Ironi.

Kalau pernah baca novel Chuck Palahniuk tentu familiar dengan gaya penulisan beliau. Ayat yang berulang-ulang. Gambaran sesuatu perkara yang gory dan grotesque. Permainan psikologi dan penerangan tentang perkara-perkara ilmiah walaupun saya sendiri tak pasti sejauh mana info yang digunapakai adalah betul atau rekaan semata-mata. Rasanya fakta. 

Diary tidak menghampakan. Satu novel yang buat saya berfikir. Buku yang seronok untuk dibaca. A bit haunting and disturbing. I learnt alot about handwriting and art from it. Juga buat rasa mual dan jijik. Penderitaan mungkin satu elemen wajib dalam novel-novel Chuck Palahniuk.

20130720

Things just got a little bit out of hand

If you think braces sucks, wait til you meet retainers. How am I gonna go to work on Monday, my first day, with this lisp? Gag reflex ain't helping either. And the pain... it's braces day one all over again.

20130718

Perkara yang membatalkan puasa VII

"Sahur apa tadi?"

Nasi putih, kari ayam. Awak?

"Lauk semalam."

"Cakap pasal makanan tak batal puasa kan?"

-_-

*

Tadi nampak sepupu buat status tak elok cakap pasal makanan masa puasa. Tapi dia cakap pasal sahur. Dia cakap pasal berbuka. Lain kan?

"Sebenarnya boleh cakap tapi jangan sampai terliur, tak elok."

Oh. Rasa macam tengah dalam rancangan Tanyalah Ustaz.

20130717

Chambering : Perintah

Antara isu yang saya hadapi masa nak menderaf tu, nak letak header mahkamah mana, nak letak PKP mahkamah mana dan nak failkan ke mahkamah mana. Lepas tanya kawan-kawan yang dah long call awal, header letak mahkamah tempat long call, PKP masih Kuala Lumpur dan failkan pun ke Kuala Lumpur. Tak ada masalah sebenarnya memandangkan nanti PKP akan semak dan pinda apa-apa yang patut.

Cepat sahaja proses kali ni. Pagi failkan deraf, petang dah boleh extract. Kos = RM10-00 (scan). Kalau tunggu e-mel daripada sistem e-filing lepas dua hari baru dapat jadi lebih baik cek sendiri dekat laman sesawang e-filing. 

Seterusnya, sediakan Perintah. Mampatkan jadi satu mukasurat sahaja. Kalau ikut guideline, kecilkan saiz tulisan ke 11 baru muat satu muka.

Sesegera mungkin, failkan Perintah bersekali dengan satu salinan deraf (macam biasa). Kos = RM310-00 (RM10-00 scan + RM300-00 filing).

Selepas tu boleh extract dan guna untuk urusan permohonan practicing certificate.

20130716

Braces blues

After 858 days.

First the o-ring. Then the thin wire around the brackets. I got wire cutter inside of my mouth. Snip and twist. Snip and twist. Snip. Twist. Snip. Twist. Til she got it all off.

Then the archwires. Followed by the brackets. Pliers were used. She pull it off one by one. Pop. I feel like my tooth was about to fall off. Pop. Pop. Tsk. Pop. Pop. Pop. It hurts so bad :(

Now the metal band. Pliers, again. Feels like she's removing the molars. My molars. Ouch x 4.

Scaling and polishing. The polish tasted like strawberries. It's pink and sweet. And the mold for retainer. It's pink too. Almost puked when she stuck that thing inside of my mouth. Gag-reflex be damned.

I miss my braces.

My gum is still swelling. My teeth feels naked and unprotected. Talking is awkward. Staying away from hard solid food because I'm afraid that my teeth will break or something. The only good thing about having my braces off is it's so much easier to brush my teeth.

The insides of my mouth still feels numb.

20130715

An Isabel Dalhousie Novel : The Sunday Philosophy Club (#1) - Alexander McCall Smith

The Sunday Philosophy Club (Sunday Philosophy Club #1)

The Sunday Philosophy Club
Alexander McCall Smith
Abacus
RM8.00
Beli di Big Bad Wolf 2011

Mula-mula ingatkan cerita penyiasatan, rupa-rupanya lebih banyak cakap pasal penyiasat (watak utama) daripada kes yang disiasat. Sangat mengecewakan. Di hujung ada twist cuma, twist yang bagus sepatutnya buat kita rasa mindfucked tapi yang ini, terlalu sampah, membuatkan saya rasa "Hekeleh, itu je? Duhh". 

Olahan watak dan jalan cerita sampingan boleh terus diikuti dengan membaca keempat-empat buku dalam siri The Sunday Philosophy Club (ini buku pertama) tapi kalau semua buku sekadar fokus kepada gaya hidup dan minat watak utama dan bukan kepada penyiasatan kes, tak berbaloi baca.

20130714

Perkara yang membatalkan puasa VI

"I love you."

:)

"Cakap 'I love you' tak batal puasa kan?"

-_-"

20130712

Trip sebelum puasa

Sempena ulang tahun Cuen Ewan 7 Julai lepas.
Sempena dah lama plan nak ke Desaru tak jadi-jadi, sebelum puasa jom lah pergi.
Nak dijadikan cerita, tunggu Cukue, hujan sampai dulu.
Lepas ni ada lagi insyaAllah.

Desaru Public Beach

Desaru Public Beach

Desaru Public Beach

Desaru Public Beach

Desaru Public Beach
Geng dah nak kahwin

Desaru Public Beach

Desaru Public Beach

Desaru Public Beach

20130711

Despicable Me 2 [2013]

Despicable Me 2


Saya sangat suka Despicable Me jadi memang ternanti-nanti sambungan kepada kisah Gru dan anak-anaknya terutama Agnes. Mungkin sebab itu saya agak kecewa dengan Despicable Me 2 yang lebih fokus kepada minions. Bagi saya, ia cerita yang OK sahaja. Saya cuma minat babak-babak yang ada Agnes dan pada babak akhir ada nangis sikit bila Agnes bercakap pasal ibu.**

20130710

Chambering : Long Call

Baju hitam putih, blazer, robe, bib, dan deraf perintah dua salinan.

Termasuk long call sendiri, ini baru kali kedua saya hadir ke perbicaraan sebegini. Enam orang, enam ragam. Ada yang sedih-sedih sikit terutamanya yang ibu/bapa sarungkan jubah tapi... saya punya luar biasa. Diri sendiri rasa nak ROTFL kalau diizinkan tapi kira melanggar etika pula.

Bukan notis pengusul yang jadi punca gelak ketawa tapi ada beberapa perkataan yang pengusul tersalah sebut. Baguslah. Ada yang boleh dikenang.

Sejurus selepas keenam-enam pempetisyen didaftaraikan sebagai Peguamcara & Peguambela, Yang Arif Hakim memberikan ucapan yang berisi dengan kata-kata tahniah dan nasihat-nasihat antaranya tentang kepentingan untuk sentiasa bersopan santun dan berbudi bahasa tidak kira kepada pihak mahkamah, pihak lawan, mahupun saksi. ...This is good policy as many cases have been won by courtesy and lost by rudeness - Lord Denning

Selesai upacara, bergegas ambil deraf perintah untuk ditandatangani wakil Jabatan Peguam Negara dan Majlis Peguam/Johore Bar. 

Selepas itu bolehlah bergambar dan menjamu selera.

Jujur kata tak sabar nak buka jubah tu. Panas sangat-sangat. Panas terlampau. Nak ambil gambar punya pasal, sarung dan buka semula sampai jubah senget-senget. Lantaklah asal ada gambar. Lagipun bila lagi nak pakai jubah tu bukan boleh suka-suka pakai. Hari long call sahaja dimaafkan dan dipersilakan untuk jadi jakun.

Terima kasih ma abah ambil cuti datang long call akak walaupun mula-mula bagitahu dua-dua macam taknak datang (sobs).
Terima kasih Iwan, Cuen datang straight dari Singapura. hihi
Terima kasih Ros bagi coklat. Kejutan sangat!
Terima kasih Halim ambil cuti, bawa kamera jadi jurugambar amatur sekejap tak ada hadiah pun tak apa memang awak ada dalam hidup saya, banyak tolong saya dari akhir bulan sembilan sampai sekarang dan akan datang dah cukup untuk saya.


Long Call Mahkamah Tinggi Johor Bahru

Long Call Mahkamah Tinggi Johor Bahru

Long Call Mahkamah Tinggi Johor Bahru

Long Call Mahkamah Tinggi Johor Bahru

Long Call Mahkamah Tinggi Johor Bahru

20130709

Fight Club - Chuck Palahniuk


Jalan cerita yang pantas. Lompat sana-sini. Pening pun ada juga sebab membayangkan diri sendiri di tempat pencerita yang sah-sah ada kecelaruan minda. Menurut Afterwords, penulis sengaja buat pembaca terikat dengan cerita walaupun dia kerap masukkan dua tiga topik dalam satu bab melalui peraturan-peraturan fight club dan Project Mayhem yang sentiasa diulang-ulang. Bijak. Dah pernah tonton filem dengan tajuk sama sebelum baca jadi nikmat membaca tu dah kurang - elemen kejutan yang sepatutnya ada dah hilang.

Chuck Palahniuk merupakan salah seorang daripada segelintir penulis yang saya minat penulisannya - bermula selepas membaca Invisible Monster. Setakat ini hasil penulisan dia yang saya baca semua ada perkara yang menggelikan dan terlampau.

20130706

Lavazza Cafe 1651 @ KSL City

Lavazza Cafe 1651
KSL City





Macam-macam jenis minuman dan snek ada. Nama pun unik.
Siap ada set.
Untuk set Panda dan penkek telur, RM12-90.
Saya dah lama tak minum kopi, ini pun pilih minuman coklat.
Panda (dan Zebra) kombinasi dark chocolate dan white chocolate.
Rasa macam susu coklat. Haha
Halim minum teh perisa buah-buahan tapi saya tak ingat buah apa. Dia kata sedap.
Dekat sini ada percuma wifi.
Bersekali dengan Cremoso Gelato kalau siapa-siapa nak makan aiskrim.

20130705

Lunch Hour : Pizza Hut / Secret Recipe

Antara benda yang ditunggu-tunggu setiap hari bekerja adalah waktu makan tengahari.
Pejabat dua-dua dekat-dekat. Satu jalan, bangunan berdepan.

Pizza Hut

Sekali sekala guna kupon.
Satu piza Family Favourites Pan Pizza saiz regular, dua sup dan dua air.
RM19-90 tidak termasuk cukai kerajaan dan cukai perkhidmatan.


Secret Recipe

Secret Recipe

Sempena dapat berita gembira, dia belanja.
Set menu tengahari dekat Secret Recipe RM17-50 kalau tak silap.
Ada tiga pilihan, saya pilih makaroni keju dengan udang.
Pemanis mulut buat mengada-ngada.

20130704

Monsters University [2013]

Monsters University


Semua orang dah sibuk nak tengok Despicable Me 2 baru ni nak cerita pasal Monsters University. Haha.

Saya suka cara Monsters University dikaitkan dengan Monsters Inc. Contohnya, masa Mike ambil gambar untuk kad pelajar, reaksi dia sama dengan reaksi masa dia tengok iklan Monster Inc. - gembira gila walaupun kurang separuh muka (atau mata, atau badan?) dia nampak dalam gambar/iklan tu.

Pengajaran daripada filem ini antaranya, tak semestinya kita kena ikut laluan yang biasa untuk capai impian kita. Mike dan Sully memulakan karier daripada tempat paling bawah hinggalah dapat jadi antara yang paling hebat. Jadi jangan cepat putus harap bila benda yang kita rancang tak menjadi. Mesti ada cara lain. Bezanya cepat atau lambat, susah atau senang. Selain tu, jangan pandang rendah dekat orang lain dan selalu percaya dengan kebolehan sendiri sebab semua orang (dan monster) ada kelebihan masing-masing.

Macam terkena dekat batang hidung pasal percaya dengan kebolehan sendiri tu.

Kesimpulannya, Monsters University menghiburkan dan banyak pengajaran. Orang tak pernah tengok Monsters Inc. pun boleh terhibur dengan cerita ni cuma, kalau ada sedikit pengetahuan  tentang Monsters Inc.; contohnya tentang permusuhan antara Randy Boggs dengan Sully mungkin lebih menarik. Puas hati walaupun saya lagi suka Monsters Inc.***

20130703

Chambering : Pra-Long Call

1. Kad Jemputan 

Berpakat dengan semua yang long call bersekali. Buat satu kad, senang dan jimat kos sebab kena bagi semua Hakim, Pendaftar, Majistret dan lain-lain yang berkaitan.


2. Jamuan 

Sama macam kad, berpakat juga tapi ada salah faham sikit. Dia kata tak tau jamuan selepas upacara long call untuk semua tetamu diaturkan bersekali. 

Sebenarnya tradisi di Johor Bahru semua yang akan long call akan aturkan jamuan selepas upacara long call untuk para hakim, orang mahkamah dan tetamu-tetamu lain bersama-sama, bukan secara individu. Tak pasti di tempat lain tapi rasanya sama je.


3. Jubah 

Beli atau pinjam? Pilih untuk pinjam daripada peguam lain kerana tak rasa akan guna lagi jubah tersebut selain untuk long call.

Masa buat keputusan untuk pinjam, belum nampak masa depan kerjaya ke arah mana. Sekarang dah ada nampak samar bayangan dan rasanya telah buat keputusan yang tepat.


4. Pengusul 

Mover. Mestilah seorang peguam yang telah beramal tidak kurang daripada tujuh tahun, senang kata, senior lawyer. Bukan Master dan bukan datang dari firma tempat chambering.


5. Notis Pengusul

Long Call Speech. Ada format yang disediakan untuk speech. Ada minta kawan contoh dan terus sediakan speech untuk mover sebagai deraf.


6. Suratcara Teratur 

Papers in order. Bar Council bagi surat pengesahan. Johore Bar dan Jabatan Peguam No. Tel : 03-8885 5000/264(Johor Bahru) kena telefon. Mahkamah pula, person in charge cakap kalau dia atau jurubahasa tak ada telefon maksudnya  papers in order tapi untuk selamat, telefon sajalah No. Tel : 07-226 7791


7. Deraf Perintah 

Sediakan dua salinan Deraf Perintah untuk bawa semasa long call nanti. Dapat contoh daripada checklist lama-lama yang kawan-kawan bagi melalui e-mel. Ada juga minta contoh lain daripada kawan 

20130702

Roti canai

Hutan Bandar

Hutan Bandar
Sempena kenangan zaman duduk hostel beriadah ramai-ramai.

Roti canai

Roti canai

D.J Enak Rasa, Kampung Melayu
Sempena ada orang tu nak sarapan mesti roti canai orang Melayu.
Malam baru boleh makan mamak.

20130701

Kepastian

Kalau ikut hati dan visi dah banyak kali cakap taknak.

Taknak kerja macam ni.
Taknak hidup macam tu.
Nak buat benda lain seumur hidup.
Nak gembira dengan kerja, nak buat apa yang aku suka.

Tak boleh puaskan hati semua orang tapi hidup bukan seorang.

Bila ditanya pasti ke tak apa yang aku pilih sekarang, aku tak ada jawapan.

Yang aku pasti...
Kena tolong ma, abah.
Kena bahagiakan mereka.
Rezeki jangan ditolak, bukan tak usaha yang lain tapi dapat juga jalan ni, ada hikmah.
Ramai orang merungut belajar lain, kerja lain - aku patut bersyukur.
Bukan dah lupa impian sebenar tapi nak kejar impian aku perlukan pengalaman dan wang.
Semoga rezeki sekarang membuka jalan untuk aku dapatkan apa yang aku nak.
Kita merancang dan berusaha, doa, dan tawakal.
Jika takdir aku begini sampai ke akhirnya, semoga aku jatuh cinta dengan apa yang aku buat walaupun tak dapat buat apa yang aku cinta.

Cinta kan tak harus memiliki...

Minggu ini bakal menentukan sama ada aku perlu beli lebih banyak baju hitam putih atau tidak.

Redha dan cuba berikan yang terbaik.


Seoul Garden Johor Bahru City SquareSeoul Garden Johor Bahru City SquareSeoul Garden Johor Bahru City Square
Makan-makan selepas ditemuduga pada hari Sabtu dua minggu lepas.
Petang ni ada temuduga lagi satu.