20130605

KIL [2013]

KIL [2013]


Tunggu dua tahun.

Ceritanya simple. Pasal lelaki nak bunuh diri. Along the way you will know why. Dan bila dah tau tu, rasa macam kalau diri sendiri ada dekat tempat dia, mungkin rasa nak bunuh diri tu datang juga.

Skrip pun. Dialog yang relaks dan tak dibuat-buat.

Muzik latarnya indah. Siap ada lagu favourite. Lagu tema dari band favourite. Indah.

Scene cantik. Rasa nak tengok dengan ARiey dan Ira. Kalau masih di UKM, maybe.

Pelakon-pelakon menyerlah. Semua memorable. Dari mekanik, rakan sepejabat, budak sekolah, boss... receptionist pun. Harun Salim Bachik apa tah lagi.

Dunia Tanpa Esok. Scene dalam panggung... sebenarnya masa baru-baru masuk dah kira berapa orang yang tonton sama. Kurang sepuluh orang.

Kalau tak nak cerita ni jadi predictable, baik jangan baca review.

Senang kata, penantian dua tahun berbaloi.****







Lagipun, kalau dah keluar dua tahun lepas tak dapat lah nak tengok cerita ni kelmarin... dengan dia :)
Post a Comment