20130531

KLCC - FIXI

KLCC - FIXI

KLCC
Buku Fixi
RM15
Edisi Terhad 1,500 naskhah

Ada cerita pasal tanah kena jual, lepak di KLCC, sci-fi, tak kurang kesah KLCC runtuh kena langgar kapal terbang ala World Trade Center.

Banyak juga yang aku minat dalam antologi kali ini.

Jangan Terjun, Ground Zero, Mata - semua berkisar perpisahan, hidup atau mati. Kira opening KLCC sangat sayu dan rabak.

Ripuk, Takdir, Jemput Makan, Gerbang Neraka - psiko/angker juga ni.

Dalam Tangan Papa agak menyentuh perasaan.

Empat, Koc Lampau Capai Cakerawala, Nek Som dan Kucing Bernama Zorq - menarik. Lain daripada yang lain.

Dan dua yang tak difahami - Nyawa, 2 Tiang 1 Jambatan. Blur kejap masa jumpa ending lepas tu pening sebab malas (ya!) nak fikir.

Makin lama makin bagus cerpen-cerpen dalam antologi. Akhir kata, nak lagi!
Post a Comment