20130524

Chambering : Filing Borang 6

Sambungan dari Pre-filing Borang 6...

Kalau ikut checklist dia suruh pergi RKKK and check Borang 6 sebelum filing. Realitinya, tak perlu kerana mereka takkan check. Terus ke Kaunter Pendaftaran dan failkan. Jangan buang masa.


Moving on, what I did ikut urutan...

1. Failkan Borang 6, Notis Perbicaraan dan Sijil Pengesahan Dokumen

Ke Kaunter Pendaftaran, filing macam biasa. Kos = RM266-00 (RM10-00 scan + RM256-00 filing)

Sebagai orang yang tak biasa pergi court KL, jakun juga bila bayar service charge dekat kiosk dalam Kaunter Pendaftaran. Senang. Tak payah ulang-alik banyak kali macam masa filing Borang 1 & 2. Filing fee sahaja yang kena ke Kaunter Bayaran. Still, about one hour and a half juga tunggu siap scan. That's why patutnya terus filing bukan hegeh-hegeh fotostat dulu.


2. Semakan di RKKK

Sebelum bagi dokumen yang perlu disemak bagi tujuan pengesahan untuk Sijil Pengesahan Dokumen yang dah difailkan (see 1), sila inform RKKK if you want to be called anywhere other than KL Court. Dia akan bagi dua salinan borang-borang yang perlu diisi dengan (antaranya) nama, nombor petisyen, nama mahkamah we want to be called at dan alasan-alasan kenapa kita nak long call dekat situ.

Contoh-contoh alasan; menjalani latihan dalam kamar di __________, keluarga tinggal di __________. Saya copy paste sahaja. Boleh nak letak benda lain pun asalkan logik.

Serahkan sekali borang yang dah siap diisi bersama dokumen-dokumen yang akan disemak iaitu :-

-Original
A. Sijil Beranak (dan Sijil Kewarganegaraan jika berkaitan)
B. Sijil Kelayakan (CLP/Bar Cert/Ijazah) RKKK can be fussy about this. Kalau ada dua Ijazah berlainan bahasa, guna Bahasa Malaysia.
C. Sijil Ethics Course
D. Sijil Pengecualian/Kelulusan Peperiksaan Bahasa Malaysia
E. Instrument of Admission

-Salinan
A. Resit Admission Fee
B. Resit Instrument of Admission

Lepas serah ke kaunter tunggu lah dalam 30 minit, dia akan pulangkan satu salinan borang transfer long call dan original documents.


3. Serah dokumen ke Mahkamah tempat ingin dipanggil

Borang transfer long call dan Instrument of Admission harus diserahkan ke Mahkamah sebagaimana tertera dalam borang as soon as possible supaya boleh long call as soon as possible. Long call date akan diberi sejurus selepas serah dokumen tapi later on person in charge, Kak Baizura, akan call to confirm.

Currently, rate JB, tarikh long call ditetapkan 6 minggu selepas serahan. Maksimum 6 chambee setiap sesi, so kalau dah full kenalah anjak. KL kalau tak silap haritu 2 bulan,  Shah Alam 6 minggu (merujuk kepada Dayang). Melaka sebulan kata Ira.

Lepas person in charge confirmkan date and appear depan siapa, petang sikit, Notis Perbicaraan dan Sijil Pengesahan Dokumen ready to be extracted. Saya tunggu lebih kurang dua hari bekerja.


4. Serah dokumen ke Bar Council, AGC & Jawatankuasa Peguam Negeri

Sekarang dalam process nak serve papers to Bar Council, AGC dan State Bar.

Yang perlu diserahkan

-Borang 6
-Notis Perbicaraan
-Sijil Pengesahan Dokumen

Ikut checklist, untuk AGC kena bagi Notis Perbicaraan & Sijil Pengesahan Dokumen yang original.

Acknowledge receipt dengan cop di bahagian belakang dokumen / kepilkan slip kurier.


5. Afidavit Penyampaian Borang 6, Notis Perbicaraan & Sijil Pengesahan Dokumen

Buat macam biasa, serupa dengan masa serve Borang 1 & 2, Borang 3. Make sure dalam ekshibit attach sekali Borang 6, Notis Perbicaraan, Sijil Pengesahan Dokumen and bukti serahan (fotostat slip kurier/acknowledgment). Kos = RM32-00 (RM6-00 affirm RM10-00 scan + RM16-00 filing)
Post a Comment