20130531

KLCC - FIXI

KLCC - FIXI

KLCC
Buku Fixi
RM15
Edisi Terhad 1,500 naskhah

Ada cerita pasal tanah kena jual, lepak di KLCC, sci-fi, tak kurang kesah KLCC runtuh kena langgar kapal terbang ala World Trade Center.

Banyak juga yang aku minat dalam antologi kali ini.

Jangan Terjun, Ground Zero, Mata - semua berkisar perpisahan, hidup atau mati. Kira opening KLCC sangat sayu dan rabak.

Ripuk, Takdir, Jemput Makan, Gerbang Neraka - psiko/angker juga ni.

Dalam Tangan Papa agak menyentuh perasaan.

Empat, Koc Lampau Capai Cakerawala, Nek Som dan Kucing Bernama Zorq - menarik. Lain daripada yang lain.

Dan dua yang tak difahami - Nyawa, 2 Tiang 1 Jambatan. Blur kejap masa jumpa ending lepas tu pening sebab malas (ya!) nak fikir.

Makin lama makin bagus cerpen-cerpen dalam antologi. Akhir kata, nak lagi!

20130530

GE13 in pictures

Pilihan Raya Umum 13
What I wore

Pilihan Raya Umum 13
Face of the day

Pilihan Raya Umum 13
Where I voted

Pilihan Raya Umum 13
Compulsory shot

Pilihan Raya Umum 13
Another compulsory shot - inked finger

20130528

Etude House - Precious Mineral BB Cream Bright Fit SPF 30

Etude House BB Cream Bright Fit

I love this.
Good coverage for a BB cream and doesn't slip.
Retail price RM89.90
It's cheaper in Korea because obviously it's a Korean brand so if you go to Korea, stock up!
Mine was a gift from Dayang :)

20130527

The Spot Cafe & Cupcakery @ Bandar Baru Bangi *CLOSED*

Persiaran Bangi, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi

After filing Borang 6, balik Bangi singgah kedai Wawa

The Spot Cafe & Cupcakery

The Spot Cafe & Cupcakery

The Spot Cafe & Cupcakery

The Spot Cafe & Cupcakery
Suka frosting dia macam tu. Simple. Comel.
Good news, ada delivery to JB. Cool kan?

The Spot Cafe & Cupcakery

The Spot Cafe & Cupcakery

The Spot Cafe & Cupcakery

The Spot Cafe & Cupcakery
Cupcakes
Cheese Choc, Black Forest & Red Velvet
Dah selalu makan and pernah order masa zaman belajar
Memang sedap :)
The Spot Cafe & Cupcakery
Bostini
Custard, vanilla cupcake, chocolate sauce. SEDAP!
The Spot Cafe & Cupcakery
Gambar bersama owner cafe
Puas hati :D

Earlier that day...

R&R Pagoh
Kucing dekat R&R Pagoh

Friends
On the way to KTM UKM
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Lunch with batch mates lepas filing Borang 6
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Dengan Dayang tunggu Ofee settle dengan RKKK

20130524

Chambering : Filing Borang 6

Sambungan dari Pre-filing Borang 6...

Kalau ikut checklist dia suruh pergi RKKK and check Borang 6 sebelum filing. Realitinya, tak perlu kerana mereka takkan check. Terus ke Kaunter Pendaftaran dan failkan. Jangan buang masa.


Moving on, what I did ikut urutan...

1. Failkan Borang 6, Notis Perbicaraan dan Sijil Pengesahan Dokumen

Ke Kaunter Pendaftaran, filing macam biasa. Kos = RM266-00 (RM10-00 scan + RM256-00 filing)

Sebagai orang yang tak biasa pergi court KL, jakun juga bila bayar service charge dekat kiosk dalam Kaunter Pendaftaran. Senang. Tak payah ulang-alik banyak kali macam masa filing Borang 1 & 2. Filing fee sahaja yang kena ke Kaunter Bayaran. Still, about one hour and a half juga tunggu siap scan. That's why patutnya terus filing bukan hegeh-hegeh fotostat dulu.


2. Semakan di RKKK

Sebelum bagi dokumen yang perlu disemak bagi tujuan pengesahan untuk Sijil Pengesahan Dokumen yang dah difailkan (see 1), sila inform RKKK if you want to be called anywhere other than KL Court. Dia akan bagi dua salinan borang-borang yang perlu diisi dengan (antaranya) nama, nombor petisyen, nama mahkamah we want to be called at dan alasan-alasan kenapa kita nak long call dekat situ.

Contoh-contoh alasan; menjalani latihan dalam kamar di __________, keluarga tinggal di __________. Saya copy paste sahaja. Boleh nak letak benda lain pun asalkan logik.

Serahkan sekali borang yang dah siap diisi bersama dokumen-dokumen yang akan disemak iaitu :-

-Original
A. Sijil Beranak (dan Sijil Kewarganegaraan jika berkaitan)
B. Sijil Kelayakan (CLP/Bar Cert/Ijazah) RKKK can be fussy about this. Kalau ada dua Ijazah berlainan bahasa, guna Bahasa Malaysia.
C. Sijil Ethics Course
D. Sijil Pengecualian/Kelulusan Peperiksaan Bahasa Malaysia
E. Instrument of Admission

-Salinan
A. Resit Admission Fee
B. Resit Instrument of Admission

Lepas serah ke kaunter tunggu lah dalam 30 minit, dia akan pulangkan satu salinan borang transfer long call dan original documents.


3. Serah dokumen ke Mahkamah tempat ingin dipanggil

Borang transfer long call dan Instrument of Admission harus diserahkan ke Mahkamah sebagaimana tertera dalam borang as soon as possible supaya boleh long call as soon as possible. Long call date akan diberi sejurus selepas serah dokumen tapi later on person in charge, Kak Baizura, akan call to confirm.

Currently, rate JB, tarikh long call ditetapkan 6 minggu selepas serahan. Maksimum 6 chambee setiap sesi, so kalau dah full kenalah anjak. KL kalau tak silap haritu 2 bulan,  Shah Alam 6 minggu (merujuk kepada Dayang). Melaka sebulan kata Ira.

Lepas person in charge confirmkan date and appear depan siapa, petang sikit, Notis Perbicaraan dan Sijil Pengesahan Dokumen ready to be extracted. Saya tunggu lebih kurang dua hari bekerja.


4. Serah dokumen ke Bar Council, AGC & Jawatankuasa Peguam Negeri

Sekarang dalam process nak serve papers to Bar Council, AGC dan State Bar.

Yang perlu diserahkan

-Borang 6
-Notis Perbicaraan
-Sijil Pengesahan Dokumen

Ikut checklist, untuk AGC kena bagi Notis Perbicaraan & Sijil Pengesahan Dokumen yang original.

Acknowledge receipt dengan cop di bahagian belakang dokumen / kepilkan slip kurier.


5. Afidavit Penyampaian Borang 6, Notis Perbicaraan & Sijil Pengesahan Dokumen

Buat macam biasa, serupa dengan masa serve Borang 1 & 2, Borang 3. Make sure dalam ekshibit attach sekali Borang 6, Notis Perbicaraan, Sijil Pengesahan Dokumen and bukti serahan (fotostat slip kurier/acknowledgment). Kos = RM32-00 (RM6-00 affirm RM10-00 scan + RM16-00 filing)

20130521

Kitab Terfaktab - Sarkastik Cinta

Kitab Terfaktab - Sarkastik Cinta

Kitab Terfaktab - Sarkastik Cinta
Skuad Terfaktab
Terfaktab Media
RM25
Beli sini

Buku pertama yang dibaca siap diletak kan QR code untuk scan keluar page music video YouTube. Selalunya, tak suka dengar lagu sambil membaca sebab tak boleh nak tumpukan perhatian tapi bila dah cuba, suka sangat. Memang betul-betul dapat feel bila dengar lagu sambil baca artikel yang dipadankan dengan lagu tu (tapi ada dua tajuk "video not found" - Do Not Trust The Love Guru, Be One Instead & Sayang, Aku Ingin Putus).

Macam BOLA, buku ni baca perlahan-perlahan. Satu minggu satu bab. Lebih kurang dua hingga tiga tajuk each reading session sebab nak dengar lagu tu susah dalam bas. Guna Blackberry tak boleh nak Youtube-ing on the go karang ada kena telco charges yang merepek-repek. So, baca cuma bila di rumah kalau tak tertidur lepas balik dari office. Kalau baca dalam bas, mainkan muzik dalam kepala. Imaginasi kena tinggi.

Antara yang digemari dalam buku kali ini, Tips Ajak Makwe Dating - Elmi Elmo. Teringatnya masa mula-mula berkenalan walaupun sebenarnya dah lama kenal. 24 Jam Mencari Cinta - Brader LepLep. Surat Mabuk Cinta - Abang Borhan. Skandalis - Alexia Aqram. Kekasih, Keluarga, Kawan - Maria Natasha. Pengorbanan - Sofia Nin, Kekasih Sandaran - Gadis Jahat, Hijabista - Isaac Ismail, Susahnya Nak Kahwin - Shahirah Khairudin. Sayang, Aku Ingin Putus - Maria Natasha.

Deskripsi penulis pun rasa best untuk dibaca. Betullah kata ARiey, saya senang terhibur.

20130520

Chambering : Pre-filing Borang 6

Nak komen a few things on the checklists (yes ada banyak checklist) that I got from different sources before start chambering sampailah ke a few days before habis chambering.

- Certificate of Completion of Legal Aid - Masa habis duty legal aid haritu, person in charge legal aid JB, Kak Midah, bagitahu, surat akan dihantar terus kepada Bar Council.

- Confidential Report - hmm... tak ada buat pun? Dah tak relevan kot for 2013.

Pengecualian/Peperiksaan BM - Sekarang e-application. I did mine manually dekat LPQB.

- Borang referee - Tak applicable to JB chambees. Tak sure tempat lain.

- I didn't check dekat Bar Council pasal borang Particular of Practitioner or anything. Should I? I'm not sure tapi semua orang pun tak buat.

Dan yang paling membantu, blog CTM. Semua pasal filing chambering termasuklah scanned documents ada.  The beauty of the world wide web.

Based on the readings and bantuan kawan-kawan yang dah fail terlebih dahulu, these were the things I did before filing Borang 6...

1. Isi Borang 7 dan Borang 8

Borang 7 - Sijil Kelakuan Baik ada dua. Kalau baca dalam borang, mestilah yang dah kenal lima tahun tapi biasanya orang akan suruh siapa-siapa lawyer selain daripada Master. Syaratnya, bukan ahli keluarga dan mestilah ada kelayakan professional. Kalau nak selamat cari lawyer; lawyer satu firm pun boleh.

Borang 8 - Sijil Kerajinan ditandatangani oleh Master.

Kedua-dua borang saya tarikhkan sehari selepas habis chambering. Contoh: Mula pada 13 Ogos 2012 habis pada 13 Mei 2013, tarikhkan pada 14 Mei 2013.


2. Failkan Sijil Penampalan Borang 2

Pergi RKKK, dia akan bagi borang untuk fill out tarikh Borang 2 ditampal dekat Mahkamah-Mahkamah Tinggi Malaya. Kos = RM50-00 (RM10-00 scan + RM40-00 filing)

Filing macam biasa. I extract mine a day after. This one guna untuk ekshibit dalam Borang 6. 

Sebenarnya boleh buat few weeks before habis chambering tapi I did mine a day after, bersamaan dengan two days before I filed Borang 6. Minta tolong dari Dayang because I was rushing so, tak sempat buat sendiri. Didn't plan to file Borang 6 right away. Terima kasih kepada peer pressure.



-Bila dah settle these two things dah boleh lengkapkan Borang 6-

3. Borang 6

Isi Borang 6. Make sure cross out salah satu daripada ekshibit nombor 7 yang tidak berkaitan. Make sure tandatangan. Make sure semua borang bertarikh dan diisi dengan betul.

Ada lapan ekshibit.

A. Salinan Sijil Beranak depan belakang (dan salinan Sijil Kewarganegaraan jika berkaitan).
B. Salinan Kad Pengenalan depan belakang.
C. Salinan Sijil Kelayakan (CLP/Bar Cert/Ijazah) RKKK can be fussy about this. Kalau ada dua Ijazah berlainan bahasa macam UKM, guna Bahasa Malaysia.
D. Borang 7
E. Borang 7
F. Borang 8 dan salinan Certification of Completion of Bar Council's Ethics and Professional Standards Course.
G. Salinan Sijil Pengecualian/Kelulusan Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia.
H. Salinan Sijil Penampalan.

Sediakan sijil perakuan ekshibit untuk setiap ekshibit. Tandakan ekshibit accordingly. Affirm at least a day after habis chambering. Make sure Borang 6 dan semua sijil perakuan ekshibit affirmed. Kos = RM20-00.

Dokumen original (Sijil Beranak, Sijil Kewarganegaraan, Ijazah, Sijil Ethics Course, Sijil Pengecualian BM, Sijil Penampalan) kena bawa sekali semasa filing untuk semakan RKKK selepas filing Borang 6.


4. Notis Perbicaraan & Sijil Pengesahan Dokumen

Kedua-duanya akan difailkan bersekali dengan Borang 6 nanti. Contoh Notis Perbicaraan from website KL Bar *click**click* dan Sijil Pengesahan Dokumen *click*.

You can choose the road rarely, if not never; taken and retype it or you can always take the easier way - download daripada checklists yang akan berlegar-legar di dalam inbox e-mail masing-masing bila dah dekat dengan tarikh habis chambering nanti. I got mine from one. Tinggal tukar heading, nama Mahkamah I want to be called at dan nama state bar.




-Seterusnya boleh buat sebelum habis chambering, macam Sijil Penampalan; but I did it the morning before I filed Borang 6-


5. Admission Fee

Bayar dekat Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam, Tingkat 8, Wisma Maran. Dari stesen STAR LRT Masjid Jamek dah nampak. Pinjam map daripada website.

Advocates & Solicitors Disciplinary Board

Isi borang dan buat bayaran. Kos = RM200-00

Simpan resit untuk dapatkan Instrument. Fotostat satu untuk bagi pada RKKK selepas filing Borang 6, berserta original documents (see 3) untuk disemak.


6. Instrument of Admission

Bayar dekat Bar Council. Teringat masa nak serve Borang 1 & 2, sesat-sesat cari padahal sebenarnya dekat je dengan stesen LRT. Pinjam map daripada website.

Bar Council

First, pergi payment counter cakap nak bayar untuk Instrument. Dia akan bagi borang. Lepas fill out bagi balik pada dia bersekali dengan resit Admission fee (see 5). Pastikan ada exact amount untuk kesenangan masing-masing. Kos = RM30-00

Person in charge for admission, akan suruh cek nama dan kelulusan. Pastikan betul. Masa nak cek ni lah tiba-tiba lupa macam mana nak eja nama sendiri.

Dia ada bagi dua fotostat copy untuk outstation chambees, satu untuk bagi pada RKKK dan satu untuk bagi pada state bar - tapi RKKK tak nak pun copy tu.

Simpan resit. Fotostat satu untuk bagi pada RKKK selepas filing Borang 6, bersekali dengan resit Admission fee (see 5), beserta original documents (see 3) termasuk Instrument untuk disemak.

20130517

Lunch Hour : East West Cafe

East West Cafe
RM4-00
East West Cafe
RM4-00
East West Cafe
RM5-00
East West Cafe
Bakso

Located at Jalan Trus.
Nearest place (from my office) for nasi campur.
They also serve bakso, mi rebus, mi kari, mi siam, mi soto and masakan panas.

20130516

Restoran Serai Kampung @ Mount Austin

59, Jln Austin Height 3, Mount Austin, Johor Bahru, Johor.


Nasi lemak
Antara makanan paling versatile 
Boleh makan buat sarapan, makan tengahari, petang, malam, mahupun supper
Yang ini sedap juga
Paling best kakak tu bagi pilih ayam yang baru masak haha
Tempat favourite dia
Tapi lori dekat Jalan Nibong 18 tu lagi best
Hihi

20130513

Dapur Jendela @ Jalan Tan Hiok Nee

Jalan Tan Hiok Nee, Johor Bahru

Dapur Jendela

Dapur Jendela

Dapur Jendela

Dapur Jendela


Untuk ubi rebus cicah sambal tumis, rasa macam butter tapi sebab suka butter maka sukalah.
Chicken chop portion besar.
Lempeng pun sedap.
Air mangga sedap kalau awak suka masam sebab dia letak asam.
Decoration cantik.
Free wifi -- penting ni.

Kat area Tan Hiok Nee, Dhoby, Ibrahim (nama-nama jalan by the way) memang banyak cool cafes.
Cool.

20130509

Bubble tea love

My first Chatime was Chocolate Hazelnut Milk Tea.
Sedap lagi Chocolate Milk Tea Roibo.
Thanks to Puan Suraya Hani, merasa Strawberry Chocolate Milk Tea with Pudding.
Lepas tu rasa macam, sedapnya, sukanya, nak lagi dan lagi dan lagi.

Chatime Bukit Indah

20130508

Mengidam

Sushi King, KSL City Mall

Sushi King

Sushi King

Sedapnya benda alah salmon tu.
Golden Ball pun.
Tapi sekarang ni dapat sushi dekat Jusco pun jadilah.
Kata pun ngidam.

20130506

Better

Congrats BN. Congrats PR. 

Janganlah maki hamun bila orang tak vote macam korang vote. It's their right kan? Siapa kita nak tentukan orang lain nak pangkah apa? Jadilah rakyat yang matang. Hormat each other.

Kutuk bangsa lain racist melalui statement yang racist... sama jelah dua-dua. Mengata dulang paku serpih, pot calling kettle black. Sama.  Kalau kita taknak orang buat kita, jangan buat orang. Aku tak rasa satu-satunya cara untuk naikkan bangsa sendiri adalah dengan jatuhkan bangsa lain. Berusahalah sikit. Peluang banyak. Ada priority tapi semua tak reti utilise. Banyak lagi cara lain. Promote positivity, bukan negativity. Tengok macam mana iklan-iklan negatif yang mengutuk negeri/bangsa/agama lain backfires. Law of attraction, people.

It's good bila ramai orang ambil tahu pasal hal ehwal negara. Bila 80% pengundi turun, that's remarkable. Here's to a better nation.

20130503

Lunch Hour : Galleria


Mee Rebus Special RM6-00
The only thing I will order at Galleria @ Kotaraya, Johor Bahru

20130502

Chambering : Updates

Dah habis 14-days compulsary legal aid attendance yang memang syok duduk dekat bangunan court sebab jumpa macam-macam jenis manusia dan dengar pelbagai cerita ala-ala war stories, assist lawyers buat reman under Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan so dapat jumpa orang yang kena lokap yang kadang-kadang buat diri sendiri rasa macam kesian ada macam kelakar pun ada.

Dah dapat ethics course certificate yang merupakan antara tiga hari paling best sepanjang tempoh chambering.

Dah dapat sijil pengecualian peperiksaan bahasa melayu from LPQB yang berkurun lama tunggu.

Tinggal lagi nak extract sijil penampalan..
Failkan borang 6, 7, 8.
Cari mover segala bagai.

Mula lah rasa menyampah dengan sistem filing ni semua tapi(!!) boleh keep calm and wait for tips from orang yang dah habis dulu so tak payah gelabah.
Relax and take it easy je.

Paling penting sekarang adalah kena fikir nak buat apa lepas habis chambering.
Dah mintak dekat office manager stay sampai habis filing and long call semua... tapi lepas tu?
Pening.

20130501

Untuk Tiga Hari [2012]

Hi. Selamat Hari Buruh. Dah 10 bulan habis belajar. Cerita lama tapi baru rasa nak menulis sebab rindu orang-orang yang tengok sama-sama.

Untuk Tiga Hari


A movie based on a novel. Bukan cheesy love story tipikal filem melayu. Banyak pengajaran. Ramai pelakon hebat terlibat tapi tak flop - rare okay. Most novel Melayu turns movie agak hampeh tapi yang ini tidak sama sekali. I really enjoyed it.****

We really enjoyed it. I miss that moment. I miss you guys.