20130326

Sarapan pagi

Dia ajak breakfast sama. Berdua saja dengan kereta. Apa agaknya kata orang-orang lain kalau diorang nampak, kalau diorang tahu. Betul ke apa yang kitorang buat ni? Kerisauan tak menghalang nikmat makan lontong dengan telur rebus sambal. Lepas habis makan sambung fikir, apa nak buat kalau terjumpa? Nak cover macam mana? 

Tak sempat jumpa solution, dah. Depan mata dah. Nak cakap apa ni. Dia tunggu dalam kereta depan kedai. Aku menghadap malapetaka tapi pelik. Tak ada reaksi apa-apa. Soalan satu, dua. Tak marah. Neutral.

Aku pandang dia, suruh dia pergi dulu. Aku nak balik sendiri, jalan kaki.

Bangun-bangun je dah tujuh suku. Damn you snooze button. Lambat lagi! 
Post a Comment