20130101

Mula

Dulu selalu rasa permulaan sesuatu akan mempengaruhi bagaimana kita lalui dan akhiri sesuatu itu.

Macam mula blog ni sebab patah hati jadi rebound girl kepada seorang senior UKM.

Macam mula dua ribu dua belas masih patah hati angkara fling tak jadi.

Sekarang dah tak emosi. Dah tak sedih lagi.

Sekarang percaya, permulaan bukan segalanya. Selagi ada masa, semua boleh berubah.

Jadi, mula lah macam mana pun dua ribu tiga belas, harap ia akan berakhir dengan lebih baik.

Selamat tahun baru.
Post a Comment