20131230

Kolumpo [2013]


Hello. Dah lama tak tengok movie sampai lupa pasal cerita ni. Cerita yang ditonton few weeks ago. Format macam cerita Chow Kit juga ni. Walaupun tak berkaitan secara terus antara satu sama lain tapi kira antologi short film. Boleh?

Sofi Jikan makin bosan. Balik-balik macam tu lakonannya. Dah macam one trick pony. Aku terkesan dengan penipuan boss boss mamak. Tapi makin banyak dinner dekat mamak walaupun dah tengok dalam movie cara diorang adun tepung roti canai. True or not, reality or pure fiction, kembang gak tekak masa tengah tengok. Masa makan dah tak kira. Asal aku tak nampak sendiri depan mata. Heh.

Terkesan juga dengan sangka buruk terhadap mat-mat rempit (part sebak) tapi penat dengan Mak Mah punya repetition. Mungkin tu yang pengarah cuba timbulkan. Penonton akan rasa apa yang Gina rasa.

Cerita yang last buat aku rindu naik LRT round KL. Masa study dulu, bila dah pandai dan hafal laluan LRT/Monorail/Komuter rajin tetiap minggu pergi jalan-jalan. Sekarang jauh dan tol dah naik pulak tu.

Aku paling selalu teringat pergi SOGO dengan Ara dan Cuen lepas tu jumpa Cukue dan Dutta dekat Pavi lepas tu pergi makan dekat Fullhouse. Jalan-jalan tengok lampu masa last day exam dengan Dayang and ARiey sambil tahan ngantuk. Sesat dengan Ofee nak pergi Dewan Felda abang Nana kahwin. Ke Bukit Bintang malam-malam, tengok Citrawarna dekat Dataran Merdeka.

Rindu. ***3/4.

20131228

tis' the season to be jolly


My fifth month kerja and ada tukar-tukar hadiah at the office. Part makan memang terbaik. Makanan tak putus-putus alhamdulillah. Dan sekali-sekala bersuka ria dekat office best juga compare dengan hari-hari selalu bekerja macam robot.

I bought a perfume and I got a BBQ set. Kebetulan tengah planning nak lepak mana masa cuti Krismas esoknya. Dia punya excited tak boleh nak katalah, terus plan picnic/BBQ.

Desaru dah biasa sangat. Ingat nak ke tempat yang dulu pernah pergi in 2010 dengan bebudak sekolah rendah tapi lupa kat mana (Sungai Rambah sebenarnya dah sampai Kukup Halim baru bagitau krik krik).

End up dekat Tanjung Piai. Dekat tempat nelayan parking sampan (bot?). Pastu lepak kat tempat nelayan lepak. Eh sebenarnya diorang nelayan ke? Entah ek tapi rasanya lah. 

Sayangnya, I don't have gambar pemandangan yang indah nian itu. Tetiba hujan lebat pulak sobs. But it was funnnnnnnn main monopoly and ada yang pergi mancing. Nak lagi.



20131226

Kelabu - Nadia Khan


My second Fixi book selepas Cerpen - also by the same writer. Nampak tak aku bukan minat Fixi sangat pun, aku beli Kelabu ni sebab tertarik dengan cerpen Nadia Khan yang berkait dengan Kelabu dalam KLCC dan kalau tak silap dalam Cerpen pun ada.

Gaya penulisan yang bersahaja dan seakan-akan berinteraksi dengan pembaca adalah tarikan utama. Cara olahan watak pun best sebab secara tak langsung kau boleh berkawan dengan watak, ada rasa suka, simpati, ala-ala menjiwai watak (over). Sama ada memang menulis daripada pengalaman ataupun research tip top. 

Tapi Nadia Khan memang terbaik. Semua cerpen-cerpen dan skrip yang dia tulis aku suka. Kalau korang tak suka membaca, korang tengok Aku, Dia dan Tong Sampah jela. Syok kan?

20131221

Wedding Speech -Khaliza Khalid



Intro yang best buat aku habiskan buku ni dalam masa yang paling sekejap selepas Seyogia. Walaubagaimanapun, sampai ke tahap konflik dan unveiling of the truth, adoyai, kecewa. Aku benci cerita yang menipu pembaca. Senang kata, bagi spoiler sikit; aku benci cerita yang sebenarnya tak berlaku pun.

Semuanya, in your head, in your head, zombie.

Cerita ni boleh jadi favourite aku kalau tak kerana one flaw yang memang aku tak boleh terima tu. Antara jenis plot twist yang aku paling menyampah.

Tapi aku sayang buku ni sebab birthday present ARiey bagi and cover dia sangat cantik and pasal cover tulah aku jatuh cinta dengan ia lantas masukkan dalam Book Wishlist aku. Orang kata don't judge a book by it's cover tapi taknak dengar kan?

20131216

Belanga1 @ Adda Heights

Lepas wedding Ofee + Nuar, pergi singgah Belanga 1. Kedai ni dah lama sebenarnya, dulu buka dekat Jalan Pinang, Taman Daya. Sekarang pindah di Adda Heights.

Apa yang best dekat sini, pekerja dia yang sangat welcoming, sampai terus greet siap bagi kerepek ubi sementara tunggu order sampai. Dan sedap buat lepak, ala-ala ambiance Secret Recipe.

The food was okay. Ada jual udang galah, mee rebus ke mee bandung tapi masa tu tak rasa. I ordered Arabiatta and Caramel Macchiato. Pasta sedap tapi tak ada protein, sayur sahaja.




20131212

The Time Traveller's Wife - Audrey Niffenegger



Seen the movie few years back with some of my friends. I bawled shamelessly in the cinema. Air mata siap dengan sedu sedan. Boleh gitu?

Setelah sekian lama buku dalam bungkusan plastik (since 2009 - beli sejurus selepas tengok movie) akhirnya ambil mood baca buku jiwang sebab dah stress terlalu banyak baca buku teori konspirasi dan psycho thriller.

The book was better than what I had expected although I hate the explicit part. I don't know why but I find it highly distasteful. The fact that on some parts she was a kid and he was thirty plus makes it even more weird *pedo alert!*

The chronological part can be a bit confusing but it was fun calculating the age difference. I like that kind of stuff. Connecting logic with science fiction and stuff. Macam baca buku doraemon dan cuba faham kan ia.

Begitulah.

Overall, berpuas hati. Saat touching pertama memang tak terjangka. Masa dipaparkan kasih sayang suami kepada isteri tahap sanggup belasah orang, I dig that a lot. I want my man to punch someone for me.

Faham?

20131209

Passport Drama

Never knew that applying for a passport will be a hassle for me.

Lemme tell you a bit about myself. I moved to Malaysia in 1992. Travelled using my mom's passport. Got my nationality cert within the same year. Certified Malaysian by way of registration.

I don't have a passport. Went overseas a few times before but only using Visa. An immigration officer warned me that I'll have a problem when I apply for a passport and that was during visa application for a company trip to Singapore in 2010. A few weeks later, I went to clarify the issue at Jabatan Pendaftaran and they told me otherwise. I was annoyed with the immigration officer and his stupid warning

Fast forward few years later, boy was I wrong! I actually have to bring my birth cert, nationality cert and the document that I used 21 years ago to enter Malaysia.

Thank God my mom still keeps her now expired passport.

Unfortunately, haven't had the time to go to the immigration department after that awful incident. I wonder when will I finally own a passport.

20131206

Lunch Hour : Ayam Penyet Ria

Ayam Penyet Ria Level 2 Johor Bahru City Square




The only time I'll be eating lunch at ridiculously priced ayam penyet restaurant. Colleagues monthly birthday celebration. Super fun! I love the supersize chicken but too expensive. Can't afford it on a weekly basis and wouldn't want to eat there if I have a choice because I can find cheaper ayam penyet elsewhere.

20131204

Wordless Wednesday - Boyfriends


20131202

Pot's @ Jalan Pahang

Chilling with two of my best people after 6 hours of signing crap. From Chaiwalla to Pot's and we end our day with dinner at Al-Fayeed. 

Here's some pictures during snacks at Pot's. One of those very nice, small and cozy hang out spot in Johor Bahru. They serve salads and desserts. I love the salad selection. Ice cream was a bit messy though. The fun part was makan sambil tengok lion dance. Very 1Malaysia no?










20131130

KL Noir : Red - Fixi Novo


"Every city has a a dark side." Tapi tak semua cerita dalam KL Noir saya rasa dark. Contoh: Rukun Tetangga. Rasa kelakar.

Saya suka Mamak Murder Mystery. Cerita disebalik kedai mamak dan pekerja asing. Memang betul pun ramai tertipu, datang Malaysia dan end up as pekerja kedai mamak walaupun ada diploma, ijazah dan sebagainya. Kesian kan? Lagi kesian sebab bila berlaku apa-apa dekat mereka, semua orang tak kisah.

Asian Angel adalah brilliant. The twist at the end tu yang saya suka. Sama macam Chasing Butterflies in the Night. I like stories with twists like that. Benda yang tak disangka-sangka yang hanya dirungkai di hujung cerita.

A Gift of Flowers mengisahkan bagaimana sejambak bunga ros boleh menghubungkan orang-orang berbeza dan akhirnya, everything comes full circle. 

After Dark, My Love, feels like a non-fiction. Macam artikel dalam majalah. Sebab haritu baru lepas jalan-jalan dekat Bukit Bintang di offer pakej hotel murah sejam RM30 dan nampak sendiri macammana pelacur line up depan hotel-hotel murah tunggu untuk dipilih dan jalankan tugas as if it's legal to do so... bila baca macam, eh betullah memang benda ni ada. 

Antara cerita yang agak menggelikan, gory, rasa nak muntah baca adalah Cannibal vs Ah Long dan The Unbeliever. Tak tau lah. Gelilah.

My most favourite would be The Machete and Me. Sangat haunting tahap sepanjang baca rasa diperhatikan oleh sesuatu. Kudos to Dayang Noor. 

 Overall, antologi cerpen yang tidak mengecewakan langsung. The best yang dibaca tahun ini.

20131128

[MOVED] Del's Kitchen @ Taman Pelangi

Del's Kitchen moved to Straits View in mid-2015

Bersarapan dikelilingi orang kaya. Itulah first impression terhadap Del's Kitchen. Mana taknya, yang makan situ haritu semua kereta mahal yang memang betul-betul mahal siap driver beruniform. Dressup ala-ala (memang) mak datin dan socialites. Rasa tak layak duduk sebumbung.







Dari segi makanan, mille crepe terlalu buttery for me. Mi siam sedap tapi prefer yang tak terlalu berkuah. Omelette okay tapi dari segi rupa, kecewa sikit. Tak cantik. Makan nak cantik baru dapat buka selera.

Tapi bestlah sarapan dekat sini. Tengok menu harga boleh tahan. Tak mampu nak makan tiap-tiap minggu. Sebulan sekali mungkin boleh. Ikutkan nafsu mestilah nak pergi hari-hari dan cuba semua yang ada, dari asian ke western, savouries and desserts. InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih.

20131126

Main Gila - Lejen Press


Sebab aku hantu antologi cerpen maka kebanyakan buku yang aku baca adalah antologi.

Main Gila cerita dia pasal pembunuhan. Tak kira lah apa pun motifnya dan bagaimana orang jadi pembunuh, end up ada yang mati. Overall, bagi aku semua okay. Ada yang tak best, satu, pasal cinta sejenis. Orang suka nak tulis pasal LGBT secara exaggerative menjadikan benda tu tak rasa real langsung. Cubalah bercerita secara bersahaja. Yang lain semua okay. Ada a few exceptional ones. I like the first short story. Yang last, Dhabit, pun best. Aku suka cara penulis describe semua benda yang berlaku disekeliling watak. Menarik.

20131125

Cookies & Ginger @ Adda Heights

You've heard of Coffee Bean & Tea Leaf, Melur & Thyme. Now it's Cookies & Ginger. Owned by a Singaporean family - if I'm not mistaken.

We had nachos, creamy pasta with grilled chicken and grilled chicken chop served with veggies and rice. Friendly owners, great ambiance, delicious food and generous serving. I prefer my creamy pasta with seafood instead of grilled chicken. Hope they'll add that up on the menu










After a few months we are back in Cookies & Ginger. We had the grilled chicken (again - want to order something else but it was unavailable), aglio olio and BBQ wings (Level 2). The BBQ wings was very hot. If you're not into spicy stuff you should opt for Level 1. The olio was good and the portion was big, as usual.


By now I have probably tasted all of the food in the menu - all is delicious and I personally think they are worth more than the money paid - but it is so hard to get a seat there. Reservation is highly recommended or if you can, come early.

Cookeis & Ginger is located at Adda Heights (Jalan Adda Heights 3/1 - near E&Y Sahul) (foursquare). Opening Hours Monday, Tuesday & Thursday 5.00pm- 10.00pm ; Friday to Sunday 5.00pm-10.30pm ; Closed on Wednesdays. Phone: 07-358 7420. 

20131124

Myra + Hasan

Their story was quite a love story. Alhamdulillah, ke jinjang pelamin jua. Tahniah Hasan dan Myra. Semoga bahagia ke syurga. Semoga dilimpahkan rezeki. Banyak keturunannya. Diberkati hidupnya. InsyaAllah.

Pelamin sangat cantik boleh view di sini *klik* rekaan Chenta Concepts.







Gembira betul sebab ramai kawan-kawan datang. Almaklumlah wedding class mates. Class rep pulak tu. Ada yang lepas grad tak jumpa, haritu jumpa. Ada yang tengok muka aku terkejut gila 'You look very different.' as if aku buat plastic surgery probably sebab aku dah remove braces, lepas tu nampak Halim kat sebelah boleh cakap 'Congratulation!' Hello aku dah kahwin ke? Belum lah! Tapi doakan okay? Thanks.

20131120

Wordless Wednesday - twenty five in pictures