20121208

Chambering : Pengecualian Peperiksaan BM & Pusat Bantuan Guaman

Chambering - LPQB & Legal Aid Centre

Dah mohon dari 13-08-2012 haritu sekali dengan  failkan Borang 1 & 2
29-11-2012 baru surat/sijil pengecualian sampai.
Sekarang dah lebih mudah. Buat permohonan peperiksaan/pengecualian secara online sahaja dekat website LPQB *click*.

Pusat Bantuan Guaman / Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan
Sebagaimana tertera dalam surat, memang salah satu syarat wajib sebelum menamatkan latihan dalam kamar a.k.a chambering.
Sepatutnya dah mula dari 30-11-2012 tapi entah macam mana surat tak sampai
Maka dari 04-12-2012 sampai 07-12-2012 dah siap empat hari.
Sepuluh hari lagi buat tahun hadapan.

Semoga dipermudahkan urusan. Lagi lebih kurang enam bulan.


*Ramai yang kata jarang jumpa graduan undang-undang UKM chambering dekat Johor Bahru. Memanglah. Batch 24 ada lima orang sahaja buat dekat sini.
Post a Comment