20121119

The Perks of Being a Wallflower - Stephen Chbosky

The Perks of Beinga a Wallflower


Buku ditulis dalam bentuk surat-surat yang dihantar oleh watak utama kepada orang yang dia sendiri tak kenal. Lebih kurang tulis diari dalam bentuk surat. Cerita segala apa yang berlaku dalam hidup dia kepada orang yang tak kenal dia langsung.

Lebih kurang kalau berbual atas talian dengan seseorang yang tak dikenali lebih rasa selesa sebab dia tak kenal kita. Kalau orang yang tak kenal kita pertikaikan atau perlekehkan atau nilai kita, tak adalah sakit macam orang yang kita kenal, yang kita sayang buat benda-benda tu semua. Betul tak? Sebab kadang-kadang kita bercerita dan meluahkan tu bukan untuk bertanya pendapat, hanya sekadar menyahserabut kepala, meringankan beban hati.

Balik semula kepada buku,

...antara buku yang bila baca tak sabar nak tahu hujungnya, makin selak muka surat, makin teruja nak tahu pengakhiran tetapi dalam masa yang sama tak nak cerita tu berakhir. Bacaan ringan yang buat kita berfikir tentang kehidupan dan interaksi kita sendiri dengan orang sekeliling. Sebagai seorang yang agak anti-sosial, buku ni rasa dekat di hati.


*Lagi tentang "The Perks of Being a Wallflower" di sini *klik
*Siap baca dalam masa tak sampai sehari. Tak sabar nak tengok dalam bentuk wayang gambar. Ni kali pertama baca buku sebelum tengok filemnya.
*... dan nampaknya di layar perak cerita tak berapa memberangsangkan. hm.
Post a Comment