20121111

Selamat ulang tahun, sayang

Kini kau bersayap pergilah terbang

err

Amacam hari jadi?
Tanyalah amacam November setakat ni.
Jawapan yang sama.
Kebanyakannya gembira. kalau ada yang tak gembira pun, pilih untuk gembira.

Nangis sekejap, marah sekejap, maki sekejap, kecewa sekejap, tersentap lama sikit - masih teruskan hidup.

Maka mari teruskan dengan sambutan hari jadi tahun ini - yang ke dua puluh empat.



07-11-2012

Dataran Bandaraya.

Kereta berhenti. Lepas tu kena tutup mata. Lepas tu jadi seram. Lepas tu...

♥
Ewan+Cuen, Ayam, Ara, Ofee

♥
Ofee+Nuar

♥

♥

♥

Nak nangis tengok muka-muka yang dikenali, yang dirindui, yang disayangi.

Sepatutnya dah pakar bab-bab menangani kejutan sebab dari 2009 madah terkejut masa hari jadi tapi kira lebih baik lah kan tak rasa canggung masa nyanyian lagu selamat hari jadi tak macam masa 2009/2010 tahap rasa nak sembunyi masuk dalam bilik malu dia. 2011 kejutan tepi pantai, lagi hampeh reaksi masa tu.

Terima kasih semua yang terlibat.

Memang ada berangan yang masa sampai dekat tempat dituju tu ada kawan-kawan, tapi diorang sibuk dengan kerja dan hidup masing-masing jadi macam tak sangka - terharu nya.

♥
Bunga sempena konvo dari kawan-kawan haha.

♥
Manis walaupun gambar tahun 2003 buruk tahap paling teruk.

♥
:)
Terima kasih. Nak balik semula ke malam tu boleh?


08-11-2012

Bawa lebih kek ke pejabat dan lepas tahu kek sempena apa, dihadiahkan dengan ucapan "Selamat hari jadi ke-30!" ha ha kelakar nya.

Abah balik JB dan ambil cuti hari Jumaat untuk anak dia. tsk. tsk.

Makan malam di Remaja Classic bersama keluarga.




Puas.

Bila ada yang kata bertuahnya Naima, tak pernah tak ada orang sambut hari jadi dia beberapa tahun kebelakangan ni, tak pernah sendiri masa hari jadi - setuju, tapi bahagia hari jadi tahun lepas tahan sekejap sahaja...

♥
Beberapa jam sebelum dua puluh empat.

... mohon yang ini kekal.


*Chuefa, yang pertama kahwin di kalangan kawan baik zaman sekolah, dah selamat melahirkan seorang anak perempuan pada 06-11-2012. Alhamdulillah.
Post a Comment