20121129

Sesi pecah suara

Dah lama tak berkaraoke. Red Box pun dah tak wujud dekat Johor Bahru kalau tak silap. Maka, lepas sibuk berUrbanscape hari Sabtu, esoknya berRed-Box pula di Plaza Low Yat.

Red Box Plaza Low Yat
Bilik boleh muat lebih daripada sepuluh orang tapi yang ada hanya kami berdua.

Red Box Plaza Low Yat
Spaghetti and chicken balls, lamb shoulder in black pepper sauce, hot chocolate and coffee.

Dua orang.
Dua jam.
Dua makanan.
Dua minuman.
RM41.20 tunai.

20121127

#Urbanscapes2012 #U2012

Sabtu
24-11-2012
Padang Astaka, Petaling Jaya

Urbanscapes 2012. Tahun ke-10. Kali pertama bagi diri sendiri.

Datang untuk Yuna tapi lebih-dari-gembira untuk semuanya dari kedai-kedai baju ke kedai-kedai makan pentas sana-sini persembahan itu ini dan ruang yang macam-macam, kawan-kawan yang ada sama-sama dan segala siapa yang ada disana.

Duit untuk tiket, untuk bayar tambang dari Johor Bahru ke Selangor, untuk penginapan, penat lelah segala lebih daripada berbaloi. Boleh kata macam dah sampai ke bulan, bintang, ke angkasa dan kembali. Senyum sampai... tak tahu bila (masih tersenyum).

Urbanscapes 2012 10th Anniversary
Mula

Urbanscapes 2012 10th Anniversary
Teruja!

Urbanscapes 2012 10th Anniversary
Yang dinanti
Urbanscapes 2012 10th Anniversary
Cukue!


Urbanscapes 2012 10th Anniversary
Noh Salleh (dan [poster] Mizz Nina dibelakang).

Urbanscapes 2012 10th Anniversary
Monoloque.

Urbanscapes 2012 10th Anniversary

Urbanscapes 2012 10th Anniversary

Urbanscapes 2012 10th Anniversary
Love Me Butch.
Dan akhirnya yang dinanti-nanti...

Urbanscapes 2012 10th Anniversary


Gadis Semasa
Favourite Thing
Cinta Sempurna



Lullabies
After Midnight
Bad Idea
Remember My Name
Decorate
Sparkle
Terukir Di Bintang

Urbanscapes 2012 10th Anniversary


Coffee

Urbanscapes 2012 10th Anniversary
Cari orang-orang tersembunyi. [sumber : klik]

Urbanscapes 2012 10th Anniversary
Kami [sumber : klik]
Come As You Are (Nirvana)
I Wanna Go
Fears And Frustrations
Penakut

Urbanscapes 2012 10th Anniversary

Live Your Life

Urbanscapes 2012 10th Anniversary
Joget lumpur katanya... Tamat.

Terima kasih penganjur. Terima kasih semua yang terlibat. Terima kasih Cuk tolong belikan tiket. Terima kasih Ca terima ajakan tiga bulan yang lepas. Semua teman dan punca hiburan, terima kasih.


November hampir sempurna,
cukup sempurna.





Pandang ke hadapan untuk Urbanscapes 2013, mari!

20121123

Lunch Hour : Restoran ZZ Sup Tulang

Restoran ZZ Sup Tulang

Restoran ZZ Sup Tulang

Restoran ZZ Sup Tulang : Ayam Penyet

Restoran ZZ Sup Tulang : Ayam Penyet

Nasi ayam penyet.

20121119

The Perks of Being a Wallflower - Stephen Chbosky

The Perks of Beinga a Wallflower


Buku ditulis dalam bentuk surat-surat yang dihantar oleh watak utama kepada orang yang dia sendiri tak kenal. Lebih kurang tulis diari dalam bentuk surat. Cerita segala apa yang berlaku dalam hidup dia kepada orang yang tak kenal dia langsung.

Lebih kurang kalau berbual atas talian dengan seseorang yang tak dikenali lebih rasa selesa sebab dia tak kenal kita. Kalau orang yang tak kenal kita pertikaikan atau perlekehkan atau nilai kita, tak adalah sakit macam orang yang kita kenal, yang kita sayang buat benda-benda tu semua. Betul tak? Sebab kadang-kadang kita bercerita dan meluahkan tu bukan untuk bertanya pendapat, hanya sekadar menyahserabut kepala, meringankan beban hati.

Balik semula kepada buku,

...antara buku yang bila baca tak sabar nak tahu hujungnya, makin selak muka surat, makin teruja nak tahu pengakhiran tetapi dalam masa yang sama tak nak cerita tu berakhir. Bacaan ringan yang buat kita berfikir tentang kehidupan dan interaksi kita sendiri dengan orang sekeliling. Sebagai seorang yang agak anti-sosial, buku ni rasa dekat di hati.


*Lagi tentang "The Perks of Being a Wallflower" di sini *klik
*Siap baca dalam masa tak sampai sehari. Tak sabar nak tengok dalam bentuk wayang gambar. Ni kali pertama baca buku sebelum tengok filemnya.
*... dan nampaknya di layar perak cerita tak berapa memberangsangkan. hm.

20121116

La Brasserie

Tolong cousin penuhkan meja for his dinner service few weeks back. A really nice fulfilling four course dinner. Siap diminta bagi kritikan ala-ala Top Chef judges at the end of the dinner service. For RM15/head, it was worth it.

La Brasserie
The table setting

La Brasserie
The menu

La Brasserie
The appetizer

La Brasserie
Bread & Butter

La Brasserie
The soup

La Brasserie
The main course

La Brasserie
The dessert

La Brasserie

20121115

Dewi + Suhaimi

Congratulations to the newlyweds :D

10-11-12

Solemnization Ceremony
Masjid Jamek Pasir Gudang

Dewi + Suhaimi 10-11-12

Dewi + Suhaimi 10-11-12

Dewi + Suhaimi 10-11-12


11-11-12

Bride's Wedding Reception
Taman Cahaya Masai



Dewi + Suhaimi 10-11-12
Obsessed with this picture. Totally in love with my make up that day.  #narcissist

Dewi + Suhaimi 10-11-12

Dewi + Suhaimi 10-11-12


*Pictures from friends and official photographer's Facebook

20121114

Wordless Wednesday - Korea, thanks to Jayda

The Face Shop Aqua Tinted BB Cream

20121112

Siantan Cafe @ Menara MSC Cyberport


Cafe Level 5 MSC Cyberport [Menara Sarawak]
Bakso
Jemput-jemput pisang

Coffee

Cafe Level 5 MSC Cyberport [Menara Sarawak]
Roti Telur
Roti Kosong
Cafe Level 5 MSC Cyberport [Menara Sarawak]
Lontong
Cafe Level 5 MSC Cyberport [Menara Sarawak]
Nasi lemak

Definitely, one of the best roti canai I've ever tasted tapi tukang tebar roti dah tukar so dah tak best :(
Super tasty nasi lemak for only RM1.50.
Lontong pun sedap.

20121111

Selamat ulang tahun, sayang

Kini kau bersayap pergilah terbang

err

Amacam hari jadi?
Tanyalah amacam November setakat ni.
Jawapan yang sama.
Kebanyakannya gembira. kalau ada yang tak gembira pun, pilih untuk gembira.

Nangis sekejap, marah sekejap, maki sekejap, kecewa sekejap, tersentap lama sikit - masih teruskan hidup.

Maka mari teruskan dengan sambutan hari jadi tahun ini - yang ke dua puluh empat.



07-11-2012

Dataran Bandaraya.

Kereta berhenti. Lepas tu kena tutup mata. Lepas tu jadi seram. Lepas tu...

♥
Ewan+Cuen, Ayam, Ara, Ofee

♥
Ofee+Nuar

♥

♥

♥

Nak nangis tengok muka-muka yang dikenali, yang dirindui, yang disayangi.

Sepatutnya dah pakar bab-bab menangani kejutan sebab dari 2009 madah terkejut masa hari jadi tapi kira lebih baik lah kan tak rasa canggung masa nyanyian lagu selamat hari jadi tak macam masa 2009/2010 tahap rasa nak sembunyi masuk dalam bilik malu dia. 2011 kejutan tepi pantai, lagi hampeh reaksi masa tu.

Terima kasih semua yang terlibat.

Memang ada berangan yang masa sampai dekat tempat dituju tu ada kawan-kawan, tapi diorang sibuk dengan kerja dan hidup masing-masing jadi macam tak sangka - terharu nya.

♥
Bunga sempena konvo dari kawan-kawan haha.

♥
Manis walaupun gambar tahun 2003 buruk tahap paling teruk.

♥
:)
Terima kasih. Nak balik semula ke malam tu boleh?


08-11-2012

Bawa lebih kek ke pejabat dan lepas tahu kek sempena apa, dihadiahkan dengan ucapan "Selamat hari jadi ke-30!" ha ha kelakar nya.

Abah balik JB dan ambil cuti hari Jumaat untuk anak dia. tsk. tsk.

Makan malam di Remaja Classic bersama keluarga.




Puas.

Bila ada yang kata bertuahnya Naima, tak pernah tak ada orang sambut hari jadi dia beberapa tahun kebelakangan ni, tak pernah sendiri masa hari jadi - setuju, tapi bahagia hari jadi tahun lepas tahan sekejap sahaja...

♥
Beberapa jam sebelum dua puluh empat.

... mohon yang ini kekal.


*Chuefa, yang pertama kahwin di kalangan kawan baik zaman sekolah, dah selamat melahirkan seorang anak perempuan pada 06-11-2012. Alhamdulillah.