20121007

Warung Saga @ Jalan Mahmoodiah

Beberapa minggu lepas Now Boarding : Malaysia ada tunjuk tempat-tempat makan best dekat Johor Bahru termasuk Warung Saga. Terus keinginan untuk ke sana membuak-buak walaupun sebelum ni dah lama nak pergi tapi tak pergi-pergi.

Sampai dalam pukul 11.30 pagi, yang ada hanya minuman dan tahu goreng. Kami pesan tahu goreng dua pinggan, teh tarik dan milo suam. Semua sekali RM8.50 sahaja.

Tahu goreng dia memang sangat sedap. Harap-harap dapat ke sana lagi dan rasa makanan lain pula.

Warung Saga memang terkenal dengan dekorasi dalaman yang penuh dengan gambar-gambar lama  pemimpin ternama, kerabat diRaja, dan pelakon terkenal zaman TV hitam putih. Syok juga walaupun agak menakutkan. Rasa macam diperhatikan masa makan.

Warung Saga

Warung Saga

Warung Saga

Warung Saga

Warung Saga

Awal bulan haritu sempat pergi lagi sekali lepas tersadai dekat mahkamah sebab 'short call' ditunda. Dalam pukul 10.30 pagi kami sampai.

Black and White

Warung Saga
Tahu Goreng

Warung Saga
Lontong

Warung Saga
Laksa Nyonya

Warung Saga

Warung Saga

Warung Saga
No.5, Jalan Mahamoodiah - Opposite Rima College, Johor Bahru.

Post a Comment