20121024

Majlis Konvokesyen UKM Ke-40 | Versi Saya Sayang FUU XXIV

Majlis Konvokesyen UKM Ke-40 | LL.B (Hons) (UKMalaysia)
Nadira Naima, LL.B (Hons) (UKMalaysia)

Alhamdulillah. Terima kasih. UKM pilihan sendiri sama-sama berpakat dengan Ofee. Law pilihan Abah - pilih course dengan restu ni lain macam feel dia, macam bahagia, walaupun bukan minat, kalau tak kerana Abah, tak jumpa kawan-kawan sekarang. Ma yang sentiasa ucap tahniah tak kira pointer setiap semester. Adik-adik dan keluarga yang jadi alat de-stress serta pendorong. My support system - rakan sepermainan sesekolah yang sama-sama membesar dari bangang dah jadi orang always ada walau tak depan mata, di alam maya dan dalam hati. Peneman kesana-sini dari tahun pertama ke tahun terakhir tak jemu melayan gaduh-gaduh, masam muka, masih ada sampai sekarang.

Terima kasih. Pensyarah, tutor, mentor. Kakitangan fakulti dan universiti. Kawan-kawan seuniversiti, sekolej, sefakulti - seniors dan juniors. Abang-abang dan akak-akak library, arwah akak fotostat (Al-Fatihah), akak-akak dan abang-abang cafe. Menceriakan suasana. Bagi perspektif baru. Kongsi ilmu dan pengalaman. Memeriahkan bangunan hujung dunia yang kita-kita saja punya. Jadi penyegar mata, penghibur hati sementara. Membantu dan memberi makan. Tak dilupakan abang burger depan blok 14, kedai makan sekitar Bangi, Klinik Gigi Lisa Alis dan semua yang melancarkan perjalanan hidup dari hari registration ke hari pulang jubah, ambil skrol dan gambar konvo.

Rakan sebatch. Terima kasih. Lagi-lagi yang ada semasa/dari langkah pertama sehingga/pada langkah terakhir dan sepanjang perjalanan empat tahun bersama. Yang merapat atau menjauh. Yang menolong mahupun menjatuh. Terima kasih. Untuk pengajaran dan pedoman. Teman tidur, makan, nangis, gelak tawa. Sama-sama tiup lilin, naik motor dalam hujan, sama-sama koyak, sama-sama gembira. Sama-sama belajar masa exam, buat/copy assignments. Sama-sama jadi bodoh, saling beri harapan dan saling tempuh kekecewaan. Saling berkecil hati dan saling memaafkan. Sama-sama mendoakan.

Terima kasih untuk insan-insan yang sudi menyayangi dan akhirnya pergi. Yang masih berbual bertegur sapa mahupun yang telah masam muka dan hilangkan diri. Apa yang kau semua beri jadikan aku tabah. Kecelakaan yang dibagi menemukan aku dengan kebahagiaan yang tanpa kelukaan tak mungkin aku jumpa. Titik noktah hubungan kita jadi titik mula dan pengikat mati hubungan aku...

...dengan mereka yang duduk satu barisan. Menyanyi, menari sakan. Bergambar, berbual, baca luahan perasaan. Beri aku kekuatan dalam kusut, buat aku gelak dalam kelam, bikin aku lupa pedih semalam. Terima kasih kau, kau, kau, kau, kau, kau yang bukan sekadar sahabat tetapi lebih dari itu. Terima kasih untuk penat yang manfaat. Semoga begini selamanya.

Momen membeku tanpa gerak dan suara... memori kekal di minda. Gambar sendiri dan gambar curi dari Facebook.
----
Pra-Konvo


Majlis Konvokesyen UKM Ke-40
I-city?

Pesta Konvo UKM ke-40
Alepp. Cara kitorang kenal memang kelakar tapi  bersyukur yang kelakar itu dengan dia :')

Ira yang aku kenal dari Force Majuere. Banyak minat benda sama. Birthday dekat-dekat.
ARiey yang aku melayan sebab dia adik. Dia paling kecik dan paling mengada.
Persamaan tanpa pertelingkahan #Ultras forever.

Majlis Konvokesyen UKM ke-40
Dayang yang aku sayang. Teman makan dan lepak di  hari-hari terakhir bergelar pelajar UKM.
Yang buat assignment sama-sama, menjoyah dekat cafe KKM sama-sama.
Yang bila sakit dibagi ubat. Bila susah dibantu. Bila senang dikongsi.

Restoran Anje Nasi Beriani Gam Johor

Restoran Anje Nasi Beriani Gam Johor
Pretty much our last lunch together sebelum genggam ijazah -
fully sponsored by our Evidence Law tutor, Encik Hifdzi :)
----
Majlis Konvokesyen UKM ke-40

Majlis Konvokesyen UKM ke-40
6.50AM and I'm already at UKM. Semangat!

Majlis Konvokesyen UKM ke-40
Fully occupied. Merekalah orang-orang wajib BBM/FB/Twitter setiap hari.
Terima kasih BlackBerry, jadi penghubung kami.

Suka gambar ni. Tolong Dayang pin mortar board :')

Majlis Konvokesyen UKM ke-40

Majlis Konvokesyen UKM ke-40
Suraya dan Zahidah budak-budak Ibu Zain yang kadang-kadang dah
rasa macam adik-adik sendiri, jadi rapat sebab Ofee, kawan dari
Form 1 yang kalau dia tak ada tak tau lah survive ke tak dekat UKM.
Lepak dengan diorang sampai diri sendiri lagi kenal budak
Ibu Zain daripada budak Keris Mas. Duduk satu row dalam kelas, duduk satu row juga
dalam DECTAR untuk konvokesyen :)
Majlis Konvokesyen UKM ke-40
Kebetulan yang tak dirancang. Nampak tak ke-soulmate-an nya?
Boleh karok dan clubbing (- favourite ARiey) tak kira rentak apa dalam dewan konvo tanpa segan silu.
Tanpa fikir mak bapak sedang perhati yang penting kita happy.
Yang jadi diri kita sebab kita boleh. Tak kiralah yang tergamam, terkapai, menyotong mahupun menggeletis.
Bahan each other bagai nak gila masih, terima seadanya.

Majlis Konvokesyen UKM ke-40
Dengan Dayang bukan setakat tudung sama, kasut sama, corak dekat baju pun sama.

Majlis Konvokesyen UKM ke-40
Kawan-kawan semua ada dalam gambar ni. Dari Zahidah ke Suraya ke Ofee.
Jadi titik tengah.
Terus ke Dayang, Ira dan ARiey.
Nampak tak happy? :)
 ----
Pasca-Konvo

Terima kasih Ca -
susah-susah pergi balik dan untuk bunga even though at first you cakap taknak belikan.
Untuk sabar tunggu I keluar sebab majlis drag sampai dua jam.
Dan untuk gambar-gambar dan untuk becoming present ... hihi.

Thanks Aren - datang walaupun kau in a rush and siap bagi bunga serius tak expect pun apa-apa :')
Next year turn kau pula grad dekat UKM, dah ada master :D
----
Majlis Resepsi Graduasi FUU

BerDL untuk terakhir kali

Majlis Resepsi Graduasi FUU UKM 2012
Budak baik bagi buku free. Pinjam sekejap buat bergambar.
Majlis Resepsi Graduasi FUU UKM 2012
Batch 24 yang ada. Gembira.

Majlis Resepsi Graduasi FUU UKM 2012
Separuh daripada Kelab Indie - teruskan misi menuju jalan bahagia.

Majlis Resepsi Graduasi FUU UKM 2012
Ni yang aku rindu hari-hari. Tetuan Ailani Khairul Farahana Nadhirah & Nadhirah ? Someday, insyaAllah.
----
Yang dihargai... 


Majlis Konvokesyen UKM ke-40

Majlis Konvokesyen UKM ke-40

Expected nothing but a bouquet from my family maka, terima kasih sekali lagi.
:)
Post a Comment