20120815

Chambering : Filing Borang 1 & 2

Update sempena filing fees dah naik.

*Chambees dekat Semenanjung memang kena filing dekat Jalan Duta
*Pergi awal sebab counter tutup around 3.00pm-3.30pm
*RM200-00 cukup untuk affirm, filing and fotostat. [Total cost = RM163-20[Update : RM261-20]
*Borang 1 dan 2 sekali dengan I/C, Surat Beranak, Master Search, Surat Kelayakan (Tamat Belajar) from fakulti.
*All documents CTCed by lawyer selain master or SAR.


1. Aras 2. RKKK.

Check Borang 1 dan 2. Make sure before tu check sendiri dah isi everything including nama Master, and dah affirm.  If belum affirm, dekat dalam Court tu ada Pesuruhjaya Sumpah, Aras 1. Kos = RM4-00.

Dekat Borang 1 cop tarikh sama dengan tarikh affirmation affidavit. Cop tarikh Borang 2, tarikh pergi filing. Nak affirm the same day filing pun boleh tapi saya dah affirm awal-awal dekat JB that's why tarikh lain-lain. 


2. Aras 1. Kaunter Pendaftaran, Kaunter 4. Isi praecipe and ambil nombor giliran.

3. Sementara tunggu nombor dipanggil, pergi Kaunter Bayaran untuk bayar RM50-00, service charge untuk scan new case. Bayar dulu before scan sebab kalau tak bayar tak boleh scan.


4. Lepas bayar, ke Kaunter Pendaftaran semula. Tunggu nombor untuk scan. Agak-agak terlepas nombor, ambil baru dekat Kaunter 4. Lepas scan, tunggu lagi nombor sama untuk diberi invois (Kaunter 17). 


5. Ke Kaunter Bayaran. Tunjuk invois lepas tu bayar filing fees RM98-00 [Update : RM196-00]


6. Ke Kaunter Pendaftaran (Kaunter 17). Serah semula invois untuk sahkan status bayaran. 

7. Naik lif ke Aras B1, pergi kedai buku untuk fotostat Borang 1 dan 2 three copies untuk serahan to Bar Council, State Bar dan AGC. Borang 2 fotostat 32 copies. Make sure before fotostat dah tulis nombor petition. Kos = RM11-20. Ada dua kedai buku, dekat luar Kafeteria and dekat dalam tapi harga sama je.

8. Borang 2 yang fotostat 32 copies tu stapler 2, 2, jadikan 16 set; serahkan ke kaunter RKKK.

9. Buat serahan kendiri Borang 1 dan 2 ke Bar Council, State Bar dan AGC. Jangan lupa acknowledgement from each bodies dekat belakang Borang 1 dan 2.

After buat semua ni, kitorang buat kesimpulan ambil professional course macam accountancy, engineering, law semua ni bukan murah. Macam-macam nak kena spend to be certified. For now, saya masih 'student'.

*Nah a little map I drew.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta

Post a Comment