20120623

Versi Saya Sayang FUU XXIII : 29 Jun 2008 – 21 Jun 2012

29 Jun 2008 – 21 Jun 2012

Final Year Batch 24 FUU UKM
*click*

Four years of law school! No doubt, akan rindu semua yang aku kenal sepanjang perjalanan hidup di UKM, terutama sekali yang paling dekat di hati, warga FUU lebih-lebih lagi Batch 24 but I'm glad it was over!

To write down everything about everyone, every thoughts, every name, segala jasa diorang, segala benda yang aku dapat dari kehidupan empat tahun di sini bersama dengan diorang…  terlalu banyak.

Batch 24 FUU UKM 2008-2012 *click*

Perasaan sayang dan kesyukuran dizahirkan dengan pelukan dan tangisan. Dengan permohonan maaf atas segala kesilapan lampau, sengaja atau tidak. Dengan ucapan terima kasih atas segala yang diberi, sebagai kawan apatah lagi sebagai sahabat, lebih-lebih lagi kepada memori, masa yang tidak ternilai dan tak mungkin berganti. Dengan iringan doa untuk kejayaan di masa hadapan atas keyakinan bahawa satu hari nanti merekalah yang akan memimpin, menjadi kebanggaan semua, mengharumkan nama fakulti, universiti, negara.

Dan aku paling tak sabar nak lihat itu berlaku. That moment when you switch on the TV or read the news, or nampak mana-mana signboard besar depan renowned firm or company dengan nama kawan aku. Yang sama-sama berkongsi idea masa test and assignment. Makan dekat cafe. Redah hutan belukar merentas tasik kejut masa tak ada cafe dekat faculty. Naik bas berhimpit-himpit masa first year. Mewarna untuk lukisan KBG. Selalu mengadu or jadi tempat menumpang bahu masa zaman koyak. Duduk sebelah-menyebelah dalam Panggung Seni masa exam. Pergi bercuti sama-sama. Yang berjalan dari DECTAR ke kolej lepas kelas ko-k. Ambil gambar dengan artis. Satu group tutorial. Tolong tandatangankan attendance. Celebrate birthday gila-gila. Main badminton ramai-ramai. The list goes on and on…

Pendek kata, LL.B InsyaAllah will end here, sekarang masa untuk peringkat seterusnya. LL.M? Chambering? Government servant? Private companies? Housewife? Second degree in other field? Whichever path yang korang pilih, yang terbaik untuk korang, yang penting bila korang dah berjaya, jangan lupa kenangan kita. Dan bak kata lecturers, jangan lupa balas jasa. Everything seems endless until it ends. Until then…

Dari kelas pertama hingga peperiksaan terakhir.
Dari pandangan pertama hingga renungan terakhir.

Final Year Batch 24 FUU UKM
*click*

Batch 24, I love you.

 

 

Yang aku terpeluk terlebih kuat sikit sampai aku termenangis masa farewell party tu: Walaupun kita mungkin tak banyak cakap or tak banyak memori sama-sama or baru je kenal or dah tak serapat dulu, korang lah kot agaknya yang aku paling sayang nak tinggalkan… yang aku sayang tapi aku malu nak cakap… kot lah… agaknya *tsk*

p/s: gambar semua dari Facebook :)

27 Jun 2012: En route to Johor Bahru.

Post a Comment