20120608

Versi Saya Sayang FUU XXII

Bila rakan sekelas dah mula keluarkan soalan pasal sayang dan bakal rindu, penat juga nak menafi.

Jawapan jujur, memang sayang dan memang akan rindu. Tak kiralah yang dah bersama dari langkah pertama sampailah yang baru-baru nak rapat… it's not the quantity but the quality that matters kan? Walaupun punca kita rapat mungkin dah tak wujud, sayang dan rindu mesti ada.                                           Silalah muntah baca benda ni.

 

Esok dah mula kertas pertama untuk pelajar-pelajar Diploma Syariah. Makanya, mohon semua saling mendoakan.

 

Secara amnya, semoga semua yang bakal atau sedang menghadapi peperiksaan ditenangkan minda, dikuatkan memori, dilapangkan hati, dikurniakan kesihatan supaya dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan jayanya.

Buat rakan se-batch, semoga kita semua berjaya dalam peperiksaan terakhir bagi peringkat Ijazah Sarjanamuda ini dan sama-sama naik pentas dengan jubah dan mortar board; turun pentas lengkap skrol di tangan bulan Oktober nanti, InsyaAllah.
dan seterusnya sama-sama gigih mengharungi 9 bulan latihan dalam kamar. Longcall lah graduasi sebenar kita kan sebenarnya bagi siapa-siapa yang nak bergelar peguambela dan peguamcara.

 

Nah, doa-doa belajar dan peperiksaan *klik* Selamat membaca!

Post a Comment