20120605

Sajian Enak @ Kenanga Wholesale City

Kali pertama ke Kenanga Wholesale City beberapa minggu yang lepas. Tiba lebih kurang jam 2.00PM. Wajar lah rasa lapar tapi tak pasti nak singgah makan di Berjaya Times Square dahulu atau terus ke KWC.

Selepas ditimbangtara, akhirnya mengambil keputusan untuk makan tengahari di KWC sahaja. Selepas berjalan lebih kurang 5 minit dari Stesen LRT Hang Tuah, kami pun tiba di KWC.

Di depan tangga bergerak ada petunjuk bagi setiap tingkat di KWC dan makanan halal terletak di tingkat 3A. Terdapat banyak kedai makanan lain tetapi kami mengambil keputusan untuk makan di Sajian Enak memandangkan terdapat promosi set makan tengahari di situ yang nampak agak menyelerakan.

Sajian Enak, Kenanga Wholesale City

Set makan tengahari di Sajian Enak dijual dengan harga RM10.90 setiap satu (tidak termasuk cukai). Pelanggan diberi empat pilihan. Kami memilih Nasi Tomato, Nasi Ayam Penyet dan Mutton Vindaloo. Sajian dilengkapi dengan air sirap selasih.
Post a Comment