20120630

Malang

Acer Drive Damaged

Gambar masa first time laptop menggila earlier last week right after the final exams. Masa ni D: je yang tak betul.

Semalam petang memang dah tak boleh guna langsung. Blue screen! Belum sampai user log in page dah restart and then restart lagi. Hard drive semua dah rosak. Sedih :(

BIS buat hal.

Kerugian dari segi kewangan.

Rasa macam nak jual BlackBerry. Bold 3, White. Any takers?

Harap Sports Day SIGS and maybe GetUp Kluang dapat ceriakan hari. Harap sangat-sangat... sobs.

FYI, hanya mampu online guna laptop parents and Abah akan bawa laptop ke Segamat (where he works) so kalau dia balik JB jelah kan ada laptop. Stress.

I should consider cashing out Nuffnang money right about now. Terdesak.

20120627

Wordless Wednesday – This Is Not Goodbye

21 June 2012 - 26 June 2012

20120623

Versi Saya Sayang FUU XXIII : 29 Jun 2008 – 21 Jun 2012

29 Jun 2008 – 21 Jun 2012

Final Year Batch 24 FUU UKM
*click*

Four years of law school! No doubt, akan rindu semua yang aku kenal sepanjang perjalanan hidup di UKM, terutama sekali yang paling dekat di hati, warga FUU lebih-lebih lagi Batch 24 but I'm glad it was over!

To write down everything about everyone, every thoughts, every name, segala jasa diorang, segala benda yang aku dapat dari kehidupan empat tahun di sini bersama dengan diorang…  terlalu banyak.

Batch 24 FUU UKM 2008-2012 *click*

Perasaan sayang dan kesyukuran dizahirkan dengan pelukan dan tangisan. Dengan permohonan maaf atas segala kesilapan lampau, sengaja atau tidak. Dengan ucapan terima kasih atas segala yang diberi, sebagai kawan apatah lagi sebagai sahabat, lebih-lebih lagi kepada memori, masa yang tidak ternilai dan tak mungkin berganti. Dengan iringan doa untuk kejayaan di masa hadapan atas keyakinan bahawa satu hari nanti merekalah yang akan memimpin, menjadi kebanggaan semua, mengharumkan nama fakulti, universiti, negara.

Dan aku paling tak sabar nak lihat itu berlaku. That moment when you switch on the TV or read the news, or nampak mana-mana signboard besar depan renowned firm or company dengan nama kawan aku. Yang sama-sama berkongsi idea masa test and assignment. Makan dekat cafe. Redah hutan belukar merentas tasik kejut masa tak ada cafe dekat faculty. Naik bas berhimpit-himpit masa first year. Mewarna untuk lukisan KBG. Selalu mengadu or jadi tempat menumpang bahu masa zaman koyak. Duduk sebelah-menyebelah dalam Panggung Seni masa exam. Pergi bercuti sama-sama. Yang berjalan dari DECTAR ke kolej lepas kelas ko-k. Ambil gambar dengan artis. Satu group tutorial. Tolong tandatangankan attendance. Celebrate birthday gila-gila. Main badminton ramai-ramai. The list goes on and on…

Pendek kata, LL.B InsyaAllah will end here, sekarang masa untuk peringkat seterusnya. LL.M? Chambering? Government servant? Private companies? Housewife? Second degree in other field? Whichever path yang korang pilih, yang terbaik untuk korang, yang penting bila korang dah berjaya, jangan lupa kenangan kita. Dan bak kata lecturers, jangan lupa balas jasa. Everything seems endless until it ends. Until then…

Dari kelas pertama hingga peperiksaan terakhir.
Dari pandangan pertama hingga renungan terakhir.

Final Year Batch 24 FUU UKM
*click*

Batch 24, I love you.

 

 

Yang aku terpeluk terlebih kuat sikit sampai aku termenangis masa farewell party tu: Walaupun kita mungkin tak banyak cakap or tak banyak memori sama-sama or baru je kenal or dah tak serapat dulu, korang lah kot agaknya yang aku paling sayang nak tinggalkan… yang aku sayang tapi aku malu nak cakap… kot lah… agaknya *tsk*

p/s: gambar semua dari Facebook :)

27 Jun 2012: En route to Johor Bahru.

20120619

Dubu Dubu @ Mid Valley Megamall

Went to Mid Valley few weeks back just because I was hungry and I don't feel like eating college food. Decided to try Korean food at Dubu Dubu.

Dubu Dubu Mid Valley Megamall
Entertained by Super Junior while waiting for our food. Gotta love the deco.

 Aloe Vera Punch and Peach Tea. Gotta love the Peach Tea.

Dubu Dubu Mid Valley Megamall
Spicy Topokki. Basically, rice cakes with Korean chilli sauce.

Dubu Dubu Mid Valley Megamall
Cheese Beef Bibimbap. Love this but the portion is too big for me. I'm not really a fan of veggies so it's quite a challenge to finish it up. Thank God there's cheese.

Total damage:
Dubu Dubu Mid Valley Megamall

Next time, I wanna try their bulgogi. Looks tasty.
Dubu Dubu Mid Valley Megamall

20120617

Murni Discovery @ Taipan

Singgah Murni last month few days before faculty dinner after ambil gitar dekat Shah Alam. Kalau tak silap ni cawangan Taipan, USJ dan ya, my first time makan kat Murni.

Meatball Spaghetti Bolognese Murni Disovery
Meatball Spaghetti Bolognese
Chicken Spaghetti Carbonara Murni Discovery
Chicken Spaghetti Carbonara
I Love You Murni Discovery
I Love You. Pergh. Bercinta nak tunggu tukang ambil order sebab dia paksa sebut nama air. Lawak juga. Haha
Lemonade Murni Discovery
My Lemonade.

Bolognese and carbonara yang sedap ikut selera sendiri memang susah nak cari. In my opinion, food dia biasa ja. Should've opt for something more Malaysian kot. Anyways, this was pre-William's tapi after dah rasa both, antara kedai dua beradik ni I prefer William's.

20120614

#TwtupKAMI

This week and next week adalah minggu final exam. Tapi sempat singgah Bukit Jalil last Saturday for TwtupKAMI.

Pertama kali ke Twtup.

Had fun shopping and enjoyed the performances. Watching people dancing and moshing in front of the stage was exhilarating. Singing with the crowd feels awesome. More of this please. Who doesn't love free concert and bazaars. I know I do.

#TwtupKAMI Booth#TwtupKAMI Estranged

(@estrangedband)
Nyanyi Itu Kamu ramai-ramai. And their new song also not bad. Dengar sekali dah boleh sing along.

#TwtupKAMI DJ Nas-T

(@DJNasT)
The crowd was hyped up. Uber madness.

 #TwtupKAMI Sekumpulan Orang Gila

(@weareSOG)
Sekumpulan Orang Gila yang memang gila hebat main segala alat muzik.

#TwtupKAMI Acid Hadi & The Walrus

(@AcidHadi)

#TwtupKAMI Hujan

(@hujanband)
During encore main lagu Aku Skandal. Ahhh. Kan dah kata best nyanyi ramai-ramai with the crowd.

Gambar-gambar (mostly during performances). Lain-lain yang best tapi tiada gambar di atas, Oh Chentaku (@xohchentakux) and Ain Zulkifli (@AinZulkifly).

Performances that I wish I didn't missed, Flop Poppy, and OAG (@_OAG_).


*click*

Dan ini hasilnya. Tiga buku disebelah kiri skrin anda, kepunyaan Ira and Ariey. I'm just a transporter. Kitab Terfaktab 2 is mine. Sedap dia duduk atas rak buku.

Bought two selendang for RM14 each and owner siap bagi free tudung bawal plain satu and she asked me to choose from 20++ colours and bersyukur teramat sangat ada forest green. Been searching for that kind of green sejak dari dulu kot.

Yang ada lace tu pula blouse. I love things with lace. Tak tahu nak belikan apa kalau nak bagi present? Just give me clothes or tudung with lace and I'll be a happy girl.

Anyways,

Apalah makna Twtup kalau tak berjumpa dengan rakan Twitter. I did took a picture with a tweep (yes, only one). Kenapa dia seorang? Sebab dia je yang dapat dikenalpasti yang lain semua tak pernah nampak on Twitter or maybe followed cuma tak kenal muka BUT, nothing beats this…

#TwtupKAMI DJ Nas-T

Inilah gambar dekat BBM. Inilah gambar dekat Twitter. Inilah gambar dekat Facebook. Ini jugalah yang jadi desktop wallpaper. Sebab dia cool.

 

After this ada GetUp Kluang pulak. Nak pergi but don't think I'll be going. We'll see…

20120610

Restoran Sri Nangka @ Bangi

Located right before traffic light area Stesen KTM Komuter UKM. Selalu juga makan dekat sini kalau balik dari pergi mana-mana naik Komuter. Decent food. Paling best Kuew Tiau Kung Fu dia kot. Dengan carrot susu.

Kakak-kakak yang kerja situ very friendly by the way. Ada one time belum sempat minum air dah terlanggar and tertumpah and tak kena charge pun. Baik sangat.

OK lepas ni entah bila nak makan sana lagi. Sedihnya.

Anyways, last time makan order…

Restoran Sri Nangka

Nasi putih, Udang goreng tepung, Daging masak merah dan Tomyam campur, Teh O Ais, Milo suam
Total Damage = RM17.00

20120608

Versi Saya Sayang FUU XXII

Bila rakan sekelas dah mula keluarkan soalan pasal sayang dan bakal rindu, penat juga nak menafi.

Jawapan jujur, memang sayang dan memang akan rindu. Tak kiralah yang dah bersama dari langkah pertama sampailah yang baru-baru nak rapat… it's not the quantity but the quality that matters kan? Walaupun punca kita rapat mungkin dah tak wujud, sayang dan rindu mesti ada.                                           Silalah muntah baca benda ni.

 

Esok dah mula kertas pertama untuk pelajar-pelajar Diploma Syariah. Makanya, mohon semua saling mendoakan.

 

Secara amnya, semoga semua yang bakal atau sedang menghadapi peperiksaan ditenangkan minda, dikuatkan memori, dilapangkan hati, dikurniakan kesihatan supaya dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan jayanya.

Buat rakan se-batch, semoga kita semua berjaya dalam peperiksaan terakhir bagi peringkat Ijazah Sarjanamuda ini dan sama-sama naik pentas dengan jubah dan mortar board; turun pentas lengkap skrol di tangan bulan Oktober nanti, InsyaAllah.
dan seterusnya sama-sama gigih mengharungi 9 bulan latihan dalam kamar. Longcall lah graduasi sebenar kita kan sebenarnya bagi siapa-siapa yang nak bergelar peguambela dan peguamcara.

 

Nah, doa-doa belajar dan peperiksaan *klik* Selamat membaca!

20120607

Restoran Remaja Classic @ Tampoi

Lokasi, seberang jalan LHDN yang dekat depan Angsana tu. Boleh nampak dari tepi jalan. Alamat rasmi, 52, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru.

Nasi Goreng Remaja 
Nasi Goreng Remaja
Nasi Goreng USA
Nasi Goreng USA
Spaghetti Marinara
Spaghetti Marinara
A fairly good and cheaper substitute for George & Dragon Cafe's Seafood Pasta

Nasi Goreng Kampung
Nasi Goreng Kampung
Special Chicken Chop
Special Chicken Chop
Around RM15+. Cheap and tasty!
Kopi Susu, Horlicks, Teh, Nescafe, Milo Ais, Strawberry
Kopi Susu, Horlicks, Teh, Nescafe, Milo Ais, Strawberry
Kopi Susu too sweet!
Vanilla Choc Chips Ice Cream Cake
Vanilla Choc Chips Ice Cream Cake
Cookies and Cream Ice Cream Cake
Cookies and Cream Ice Cream Cake

Nice ambience and decor. Surau yang okay. Service pun okay. Food pun okay.
Total Damage: RM81.90

20120605

Sajian Enak @ Kenanga Wholesale City

Kali pertama ke Kenanga Wholesale City beberapa minggu yang lepas. Tiba lebih kurang jam 2.00PM. Wajar lah rasa lapar tapi tak pasti nak singgah makan di Berjaya Times Square dahulu atau terus ke KWC.

Selepas ditimbangtara, akhirnya mengambil keputusan untuk makan tengahari di KWC sahaja. Selepas berjalan lebih kurang 5 minit dari Stesen LRT Hang Tuah, kami pun tiba di KWC.

Di depan tangga bergerak ada petunjuk bagi setiap tingkat di KWC dan makanan halal terletak di tingkat 3A. Terdapat banyak kedai makanan lain tetapi kami mengambil keputusan untuk makan di Sajian Enak memandangkan terdapat promosi set makan tengahari di situ yang nampak agak menyelerakan.

Sajian Enak, Kenanga Wholesale City

Set makan tengahari di Sajian Enak dijual dengan harga RM10.90 setiap satu (tidak termasuk cukai). Pelanggan diberi empat pilihan. Kami memilih Nasi Tomato, Nasi Ayam Penyet dan Mutton Vindaloo. Sajian dilengkapi dengan air sirap selasih.

20120601

Purple Wedding

Pictures from my mom's friend's relative wedding few months ago. Lovely cake, lovely food. The makan beradab consists of western food as oppose to usual lauk-pauk. Interesting. The best part would be, nasi minyak. I LOVE nasi minyak!

Fondant Cake + Cupcakes tierWestern makan beradabNasi MinyakBlueberry Cheese Tart