20120504

Tragedi Hari Buruh KTM Komuter

Teka siapa terkandas dalam komuter/antara stesen komuter for almost 4 hours? ME!

Dari Bandar Tasik Selatan ke UKM, komuter berhenti di Serdang sebab ada pokok tumbang dekat Kajang. Siap ada firemen and ambulance sebab ada orang pengsan.

Lepas dua jam baru komuter bergerak but it was going the other way, towards Rawang. People panicked because they thought something was wrong with the train. Mula-mula memang aku rasa pelik. Benda paling logik aku boleh fikir supaya tak panik macam yang lain – maybe nak tukar landasan kena reverse dulu.

Masalah bila ramai panik adalah diorang akan buat something tanpa berfikir sampai tekan button emergency break banyak kali. End up, komuter stuck in the middle of nowhere antara Serdang dengan Bandar Tasik Selatan lepas tu tak boleh bergerak sebab break dah terlalu mencengkam dekat landasan.

Sekali lagi, terkandas.

Masa ni dah mula resah gelisah. Tadi ok lah juga dekat stesen komuter, kali ini entah kat mana. Kanak-kanak dah menangis, BIS tiba-tiba boleh expired. Potong.

Cukup satu jam, gerak balik towards Seremban. Sampai Serdang, semua penumpang kena turun.

Mula-mula dah tak tau nak buat apa, cuak, tak nak spend money on cab. Suddenly, ada pekerja cakap dekat belakang ada another komuter. Apa lagi, semua terus serbu lah. Dari enam gerabak nak sumbat ke tiga, sardin lah jadinya.

Berdiri lama juga dalam tin sardin statik. Persoalan utama masa tu, kenapa komuter tak nak jalan? Rupa-rupanya, ada lagi seorang pengsan. Tak cukup oksigen kot.

Settle pasal orang pengsan, komuter pun gerak ke arah Rawang. Lagi sekali, ada yang gelak, ada yang gelabah. Aku still dengan anggapan kena reverse sebab nak tukar landasan walaupun aku tak sure betul ke tak teori tu. Semua risau kalau-kalau komuter stuck lagi dan kena tukar komuter lagi dan seterusnya repeat the same cycle sampai esok pagi.

Masin mulut diorang. Tiba-tiba stuck. Dekat tempat yang sama.

Masa tu, makin kuat kanak-kanak menangis. Some guys melawak "Ada wifi tak?" "Password apa?" Ya. Komuter memang kedai mamak. Ada lah yang merungut tanya "Tak ada air-cond ke?" dibalas dengan jawapan sarkastik "Kau tak nampak ke banyak gila air-cond ni? Pasal tu semua orang berpeluh." Selamba. Sumpah rasa macam nak tanya, "Ada #OccupyKomuter ke sebenarnya?"

Marah? Tak selesa? Agaklah… tapi bak kata sorang penumpang "Aku dah terbayang neraka tapi kat sana lagi sempit, lagi panas." Sentap.

Entah berapa lama komuter tak bergerak, tiba-tiba dah ke Serdang semula. This time dah tukar landasan. Alhamdulillah. Komuter pun agak laju rasa macam naik roller coaster.

Dari 1 Mei 2012 Selasa 10.00PM ke 2 Mei 2012 Rabu 2.00AM; akhirnya, arrived at UKM.

One of the things that I won't miss when I leave this place but it will definitely be remembered forever.

Terima kasih KTM Komuter. Pengalaman berharga yang stress tapi best. Hope it's just a once in a lifetime thingy. Not sure if I want to be in the same situation again.

Serik? Lusanya naik Komuter lagi pergi Mines tengok movie. Sabtu ni nak pergi KL Vintage Fest guna komuter juga ye tak?

Post a Comment