20120503

Mimpi pelik

Ada tsunami. Bukan tsunami betul-betul pun kot. Sebab dia macam ombak besar yang kadang-kadang ada kadang-kadang tidak.

Untuk fundraiser, student FUU dari first year sampai final year ada buat ala-broadway show tapi masa tu tengah berlatih lagi. Semua duduk dalam satu hotel yang gila grand. Unite as one kononnya. terdetik dalam hati dalam mimpi; Bila time ada natural disaster baru nak unite bagai. Kalau hari-hari macam ni kan bagus.

Pergi makan dengan the usuals; Su, Ofee and Zahida. tiba-tiba ada ombak. habis basah baju kitorang tapi tak ada apa-apa yang musnah pun. Kitorang just alih tempat je lah. Hotel grand. Tempat makan, gerai jahh. Habis duit buat hotel gamaknya.

Masa jalan-jalan sekitar hotel, Zatul minta tolong amekkan chameleon dia dekat bilik. Bilik tu ada family dia sekali kot. ke kawan-kawan abang dia ke. aku pun tak sure… tapi ada baby. Chameleon tu berubah jadi baby (camouflage). Weird.

Sepanjang-panjang aku makan, aku berjalan, ada satu benda yang aku tak boleh lupa. Masa baru turun dari bas kat depan hotel, someone told me something. Dia nampak serius. Tone suara concern and risau. Lepas tu for the rest of the day, aku cuma nampak bayang-bayang dia je.

 

aku jadi sedih sampai sekarang. macam nak nyanyi…

kau datang dan pergi oh begitu saja

semua ku terima apa adanya

mata terpejam dan hati menggumam

di ruang rindu kita bertemu…

 

Mimpi ni around akhir tahun 2010/awal tahun 2011 rasanya. Dan makin lama makin aku rasa, rindu dekat orang-orang depan mata. Yes. Dah start rindu :(

Post a Comment