20120512

Heroin – Amal Hamsan

Macam mana nak kata yang aku suka gila buku ni? Dalam banyak-banyak buku yang (recently) aku baca yang ini paling aku suka. Dan ini buku Ariey, bukan buku library so aku tak boleh nak curi. Thanks Preity Zibta!

Heroin dalam makna kata, wira wanita bukannya dadah. Bila fikir-fikir balik, ada masa wanita/perempuan boleh buat lelaki ketagih dan lupa diri. Betul ke tak betul?

Berbalik kepada Heroin, semua cerita yang dihimpunkan dalam buku ni aku suka. Semua lain-lain, semua ada kekuatan sendiri.

Yang a bit off bagi aku, mungkin banyak sangat cerita ngeri (bukan seram ya). Untuk aku yang penakut ni, tak berapa gemar sebab terkesan kot nak tidur malam.

Kalau minta pilih satu yang paling aku suka, Simetri. Cerita pasal Lana dan cinta cyber. Aku suka bukan pasal cinta cyber tapi pasal janji-janji manis palsu dari pihak yang memberi harapan kepada pihak yang mengharap. Teringin sangat dapat buat apa yang Lana buat. Tolong ajar aku cara mencipta kebetulan.

OK. Datang balik sifat pendendam aku. Unwind.

Gadis Sigaret boleh tahan buat aku sedih.

Dan yang kedua favourite, novel, Julia. Separuh jalan baca, aku doa ending tak cliche. Lepas tu aku tidur. Esoknya, pagi-pagi dalam bas ke fakulti aku sambung baca. Mukasurat terakhir, mata bergenang mungkin ada nangis sikit. Mungkin jelah tapi hahaha persetan semua tu. Ternyata tak mengecewakan sebab tak cliche tapi pergh sedihnya weyh!

Rasa macam nak baca lagi satu round.

Amal Hamsan. Hebat betul dia bercerita.

Post a Comment