20120531

Chow Kit [2012]


Walaupun tempoh wajib tayang dah habis Alhamdulillah masih ada rezeki nak menonton filem ini di panggung wayang bersama-sama dengan Ariey dan Ira.

Keseluruhannya best. Tak dinafikan Bunohan lebih mantap dari segi sinematografi dan lakonan. Ada certain dialog macam kedengaran agak janggal. Lebih-lebih lagi subtitle.

Cerita terbahagi kepada dua babak. Setiap babak set pelakon yang berbeza tetapi berlaku dalam masa yang lebih kurang sama. Babak dua berkait dengan ending babak pertama.

Lebih suka babak pertama berbanding babak kedua. Babak pertama memang menyentuh perasaan tengok kasih sayang adik-beradik, mak/bapak-anak, antara kawan. Part adik-beradik dan bapak-anak tu sungguh-sungguh nangis. Sungguh.

Memang dari mula dah sebak tapi bak kata kawan-kawan saya, cerita apa je Naima tak nangis. Alangkan Avengers dan Madagascar 2 pun menangis. Time Traveller's Wife? Bunyi sedu sedan memecah sunyi kot. Cinta dan Sepi apatah lagi. And semua tu dalam panggung wayang. OK. Point taken.

Babak kedua lebih extreme. Berkenaan gangsterisme dan pelacuran. Cumanya ending tak rasa setragis ending Babak pertama. Tengok anak-anak kecil pukul dan rodok pakai botol kaca orang yang lebih tua sampai dia hampir mati walaupun perbuatan itu justified adalah lebih traumatizing daripada gangsters massacre.

Senang kata Chow Kit ni line-line Songlap, Bunohan. Cerita yang bukan sekadar buat orang gelak dalam panggung tapi harapnya membuka minda penonton berfikir tentang realiti kehidupan dan mesej disebalik cerita yang dipaparkan.

Rindu nak tengok cerita-cerita macam Sayang Salmah, Perempuan Melayu Terakhir, Perempuan, Isteri dan… , Jogho, Amok etc.***
Post a Comment