20120427

Versi Saya Sayang FUU XVII : Hari Keluarga

Program Mentor-Mentee dan Rekreasi Fakulti Undang-Undang

Tarikh: 22 April 2012
Tempat: Padang A Pavillion, UKM

Program mentor-mentee melibatkan pensyarah sebagai mentor dan pelajar sebagai mentee. Masuk tahun pertama semua pelajar dah dibahagi-bahagikan ikut mentor masing-masing. Mula-mula memang wajib jumpa dengan mentor sekurang-kurangnya empat kali setiap semester. Lepas tu, bila dah naik tahun kedua, ketiga, keempat, lebih kepada sukarela dan ikut permintaan mentor.

Tiba-tiba tahun ni ada pula program mentor-mentee secara besar-besaran. Rasanya pertama kali ramai orang hadir program fakulti. Mungkin sebab kehadiran dijanjikan lima markah percuma untuk subjek teras.

Semua pelajar, pensyarah dan pekerja fakulti terlibat. Memang sangat meriah. Dah rasa macam hari keluarga fakulti.

Aerobik - Program Mentor-Mentee dan Rekreasi Fakulti Undang-Undang

Aerobik lepas sarapan pagi percuma, roti tuna dan air soya

Program Mentor-Mentee dan Rekreasi Fakulti Undang-UndangProgram Mentor-Mentee dan Rekreasi Fakulti Undang-Undang

Buat bendera dan sorak ikut kumpulan mentor-mentee

Kumpulan 12 – PM Dr. Zinatul Ashiqin dan PM Safinaz

Program Mentor-Mentee dan Rekreasi Fakulti Undang-Undang

Tak tau permainan apa tapi kena tutup mata pakai kain dan kena cari botol air mineral yang berisi.

Tarik Tali - Program Mentor-Mentee dan Rekreasi Fakulti Undang-Undang

Agak "epic" bila pusingan ketiga, tali putus dan semua yang pegang tali jatuh terduduk.

Belon Air - Program Mentor-Mentee dan Rekreasi Fakulti Undang-Undang

Pemainan sukaneka biasa baling belon berisi air

Program Mentor-Mentee dan Rekreasi Fakulti Undang-Undang

Perlawanan "pedang" antara anak Kak Safa dan Ofee HAHA. OK ini bukan dalam tentatif.

 

Selesai semua acara, dapat nasi ayam seorang satu bungkus. Lepas makan, diteruskan dengan acara penyampaian hadiah. Walaupun kumpulan 12 tak menang apa-apa, dapat jugalah jajan-jajan sebab duduk dekat-dekat dengan orang yang dapat hamper. Rezeki kan?

Balik bilik memang rengsa satu badan. Muka terbakar habis T_T

Post a Comment