20120407

Agenda cuti

Aku percaya sekarang mesti semua dekat Mr Kombi makan nasi lemak sambil tengok shortfilm Kopi dan beli buku-buku daripada FIXI, Sang Freud Press, Lejen Press dan macam-macam lagi sempena pelancaran Gobok Buku. Apakan daya, timbul rasa malas nak ke sana.

Ya. Takde member.

Member semua kat KL/Selangor peciter? Ada yang siap bercuti di Pulau Tioman. Ehem.

Apa-apa pun aku bahagia kat rumah bersama keluarga. Melantak dan tengok TV puas-puas.

Cuti ni tak berapa nak cuti pun sebenarnya. Ada assignment Criminal Procedure due 20th April. Ada submission for mock trial kena siapkan sebab documentation due on the same date as the said assignment. Tak masuk lagi Affidavit Penyampaian untuk Syariah Procedure and test Civil Procedure on 18th April.

Tak pergi kelas still kena focus belajar. What is this sorcery? Siapa saja boleh fikir pasal pelajaran dekat rumah? Bukan aku. Demi segulung ijazah buat-buat reti jelah.

Plan nak ke magistrate court untuk usha magistrate muda procedure criminal trial. Kena usha sekali tempat nak chambering ni walaupun bulan November nanti baru planning nak mula. Kalau dapat masuk government okay jugak.

Rezeki dimana-mana tapi kalau tak tau nak buat apa kenalah ber-Latihan Dalam Kamar ye tak? Baru lah eching-eching Advocate & Solicitor. Puii.

Post a Comment