20120409

28 Hari: Jurnal Rock N Roll – Mohd Jayzuan

28 HARI: JURNAL ROCK N ROLL

Best baca pasal pengembaraan orang lain. Lagi-lagi pemuzik. Aku yang tak ada bakat hanya mampu berangan. Itulah salah satu gunanya buku. Selain menimba ilmu, kita juga boleh berangan. Teringin hendak mengembara sendirian usai peperiksaan akhir semester nanti. Mohon dikurniakan keberanian.

Buku ni buat aku rasa koyak (baca: patah hati).

Balik-balik cakap pasal sepi. Balik-balik rasa murung.

Boleh relate lah senang kata. Sebab penulis suka pantai (macam aku), makan (macam aku), dan bundle (macam aku jugak!). Dalam Rokok Nan Sebatang pun ada banyak pasal pantai, makan, bundle but mostly, makan. Makan adalah universal.

Ada satu perasaan sukar digambarkan setiap kali aku ke tempat-tempat yang mempunyai bangunan-bangunan usang.

Seremban, muka surat 55-56

Setiap bandar-bandar atau pekan-pekan kecil mempunyai tempat tersendiri dalam hati aku. Jauh daripada kesesakan, huru hara, sub-sub budaya yang menggila mencari mangsa dan cinta-cinta merbahaya.

Kangar, muka surat 69

Macam aku jatuh cinta dekat Tampin tempoh hari. Isy rindu Tampin sangat-sangat!

Dekat Kota Bharu dia happy dan makan nasi ulam di tempat favourite aku. Itu buat aku senyum.

Masih. Dekat Cherating penulis sepi. Dekat Jasin penulis murung. Dekat Johor Bahru lagi sadis – Pedih. Sakit. Bernanah. Parah.

Dia tak tulis apa-apa pasal JB pun sebab masa tu dia tengah koyak. Sebagai pemastautin tetap JB, aku koyak.

Pendek kata, because I can relate oh so effortlessly with the writer's feelings while writing this book/during his journey, buku ni sangat cun. Dalam masa yang sama aku benci sebab (and I repeat) ia buat aku koyak.

Amaran: Jangan baca kalau tak nak koyak.

 

p/s: Thanks to Fakhri sebab bagi pinjam buku ni.

Post a Comment