20120309

Wayang Gambar

Kali terakhir masuk panggung bila? Mission Impossible 4 ea? Seriously? Dah hilang rasa nak buang duit untuk movie ke camne? Banyak cerita yang nak tengok tapi tak tertengok sebab hakikatnya tak ada duit pun untuk dibuang.

Hakikatnya, kita semua lagi suka jadi lanun.

Hakikatnya, kita semua lagi suka makan popcorn depan laptop.

TAPI pagi-pagi nanti nak gerak ke Mid Valley pergi tengok Bunohan.

 

 

Dan tadi hampir mungkin tak dapat keluar sebab dengan ting tong nya tindakan luar kawal pergi kunci bilik masa nak pergi toilet and then tak bawa kunci lepas tu 20 minutes kat luar bilik hampir menangis.

Thanks to felo blok dapat juga tidur bilik sendiri hari ni. Semua baru-baru dan semua baik-baik. Korang patut tengok usaha diorang nak "swipe" pintu bilik tu tau (sebab diorang takde access to their office/keys). Gigih korbankan kad dalam wallet.

Terharu T_T

Post a Comment