20120318

Versi Saya Sayang FUU XVI : Freedom & Light

Painting Party

Sebagai dekorasi untuk Klinik Bantuan Guaman, dikerah oleh ketua, Gaia Faiz Zahadi untuk melukis dan mewarna bersekali dengan ahli-ahli Batch 24 yang lain Jumaat minggu lepas.

Before

Oil Paint on Canvas : Development of Justice 

Together with Suraya Anuar, berjaya menyiapkan lukisan berkonsepkan 'Development of Justice'.

Original plan was to draw merpati terbang dari sangkar. Gitulah kan. Tapi end up last minute tukar plan nak lukis sangkar tanpa pintu banyak-banyak dengan burung di dalamnya. Terinspirasi daripada result google image search sebab bila search je ada gambar banyak-banyak sebelah menyebelah. Mentol bergantungan tu sepenuhnya idea Suraya. Chewah bagi credit. Dia memang berbakat dalam bidang seni ni, undeniable.

 

After

Oil Paint on Canvas : Development of Justice

Maka terhasillah 'Freedom & Light' dengan kerjasama semua yang mewarna inter alia Zatul, Ira, Elly, Yaya, Zahidah and Debot. Kononnya dalam kegelapan dan kongkongan dunia, undang-undang muncul sebagai medium pembebasan dan juga cahaya di hujung kolong. Ataupun boleh jadi undang-undang itu sendiri yang menyekat kebebasan? Marilah kita fikir-fikirkan.

 

After Party

Domino's Pizza

Chicken Classified sedap gila mak aih dah berzaman kot tak makan Domino's and tak sangka sesedap ni. Makin sedap bila makan beramai-ramai. Wajib makan lagi next time.

 

 

Doa hari ini, semoga Prof Naaishah berpuas hati dengan lukisan kami-kami. Ada lagi lima lukisan lain bakal jadi penghias Klinik kebanggaan FUU tu. Dengan izin Tuhan, harap diluluskan untuk paparan.

Post a Comment