20120317

tujuh lapan enam

Bagai jatuh ditimpa tangga besi tergolek ke tangki septik rasanya semenjak dua menjak ni tapi kan, orang kata kan, count your blessings… kan?
09/03/2012
McDonalds Breakfast
Big Breakfast before Bunohan.
Free Gift Palmer's Cocoa Butter Formula GSC Mid Valley
Free gifts for early birds from GSC Mid Valley Megamall. Batak gila.
Bagio FESSAT UKM 2012
Bagio's performance at Festival Sanjungan Satria, Dataran Panggung Seni w/ Ariey and Ooi lepas kelas Advocacy & Litigation Encik Hanif.
10/03/2012
Lejen Press TG2KM UKM 2012
Booth Lejen Press at Temasya Gemilang Karnival Kolej Keris Mas (TG2KM). Beli 'Awek Chuck Taylor', 'Kitab Terfaktab #1' and 'Kopi'.
11/03/2012
Wedding Abang Athirah Nasi Minyak Wedding Abang Athirah
Wedding Abang Athirah. Konvoi yang tak berapa nak konvoi. Nasi minyak yang sumpah sedap complete chicken, beef, mutton, papadom, acar timun dan acar buah. For dessert ada bubur pulut hitam. Fuhh!
12/03/2012
Birthday Kimi Birthday Cake
Happy 22nd Birthday Kimi! Hadiah best. Kek sedap :)
Stadium UKM
First time aerobic dekat Stadium UKM w/ Dayang yang semangat hahaha
13/03/2012
GEGO T-Shirt JOHO Lanyard
Terpaksa berlanyard bagai complete w/ matrics card dan kunci bilik semenjak asyik tertinggal kunci dalam bilik ni. Naik segan dengan felo sebab sikit-sikit muka ni yang menepek minta kunci.
14/03/2012
McValue DINNER McDonalds
McValue DINNER w/ Ariey. Teka teringat bila teka. Teka bila last time naik motor dengan Ariey pergi McDonalds. OK tak payah teka.
15/03/2012
w/ Ira and Ariey PPUKM Cheras
Pusat Perubatan UKM, Cheras. Evidence trip gitu. Gembira je muka sebelum masuk bilik mayat. Baru nak melangkah masuk terkumat-kamit mulut masing-masing baca doa dan segala apa yang boleh dibaca. Nampak dengan mata kepala sendiri post-mortem. Tak scary sangat sebenarnya (lagi-lagi kalau dah biasa tengok thriller psycho macam Saw, Final Destination, House of Wax), more to sedih and kesian. Alfatihah buat mangsa…
Vintage shoes Sahabat PPUKM Cheras
Kembali gembira dan terlupa pasal brain, ribs and intestines upon realisation that PPUKM ada kedai barangan terpakai – Sahabat PPUKM. Lokasi: Lobi PPUKM, kanan dari arah pintu masuk. Banyak branded items. Profit daripada kedai ni untuk fund treatment for patients yang kurang berkemampuan. It's all for charity. Siapa lah pernah terfikir pergi hospital untuk shopping kan?


Kesimpulannya, rasa blessed sangat-sangat okay! Macam biasa, kenangan buat bekalan bulan-bulan akan datang semoga cukup hingga dikapan, InsyaAllah.
Post a Comment