20120316

Mi Siput

Kalau kata pasal mi siput ni memang akan flash back zaman sekolah menengah jalan kaki dari SIGS menengah nak balik hostel. Lalu dekat rumah-rumah opposite SIGS rendah ada makcik jual ais krim and mi siput and jajan-jajan. dekat sebelah tempat jual nasi lemak tu.

Kalau tak tau mi siput tu apa, sila rujuk gambar.

Mi Siput

Makan dengan sambal. Makcik tu buat sambal sedap gila tau. And ice cream milo dia pun sedap. Tak kedekut milo.

Sekarang ada jual dekat faculty. Satu paket RM1.50 ada mi siput dua and sambal sepaket. Sedap dap dap tapi sambal dia dah blend sekali dengan ikan bilis - tak suka ikan bilis.

Rindu mi siput makcik depan SIGS rendah tu. Kalau tak silap rumah-rumah kat situ pun dah tak ada. Susah bila rindu makanan zaman sekolah yang dah tak tau mana nak cari ni. Nasi lemak and roti john opposite SIGS rendah misalnya.
Post a Comment