20120325

Langit Vanilla – Wani Ardy

Boleh kata banyak nukilan dalam Langit Vanilla buat aku terkenang zaman prasejarah. Zaman bodoh, tolol yang tak berapa nak lampau tu. Zaman hari-hari cakap sendiri-sendiri dengan katil, dinding dan besi towel.

Monolog. Hantu. Pelampung. Tangan Wanita Dengan Pasir. Memori Hempedu. Ketakutan. Pemuja Rahsia. Hitam Pekat. Calit Cahaya. Penghuni Kocek. Aria. Gebar dan Kelambu. Rumah. Tiket Keluar. Tanya-Tanya. Pemeluk Bangkai. Omel. Akua. Haloba. Segan (Pencinta Bangkai II). Tetamu Kamar. Enam Peringkat Teman. Penyedap Hati. Daki Di Celah Jari. Lebam Hati Ungu. Empangan. Tempat Asal Cinta. Di Hujung Tanduk Gasing. Campur Baur.

Sayu. Rindu. Sedih. Sunyi. Marah. Koyak.

Eh, bukan lagu sedih je boleh buat koyak walaupun tak koyak. Cerita dan puisi pun. Apatah lagi kalau movie. Tapi dari segi penulisan yang membawa kepada imaginasi, haruslah paling parah.

Lepas tu nangis.

Apa aku merepek ni?

Sambung.

Tapi bak kata Wani Ardy, kita akan jumpa kerana sedar atau tidak, kita mencari (2009).

Ironi Pasar Seni buat aku rinduuuuuu kat Abah. Abah, sihat tak? Tempat kerja OK?  Dah makan belum? Dah ambil ubat? Jangan makan ikan bilis, kacang, daging. Jangan makan seafood banyak sangat. Jaga makan, OK?

Bila Kau Tidak Memandang mengingatkan aku kepada kau, kau, kau, dan kau. Tolong doakan aku kalau kau jumpa kebahagiaan lebih dulu. Pelik bilamana tak pernah terbayang masa baru kenal, first time nampak, dia lah yang akan jadi tempat kau luah rasa. Teman berbual. Teman lepak. BFF. Pelik sebab orang yang dulu kau takut nak tegur jadi orang yang agak kerap kau cari bila kau perlu lari dari realiti. Pelik tapi benar.

 

*

Pendapat aku, bila kau baru lepas atau sedang atau dalam tempoh recovery patah hati, kau akan lebih hargai LV.

Tak lengkap kalau tak cakap thanks dekat Ira. Thanks Ira :)

Post a Comment