20120328

Kitab Terfaktab - Definisi Cinta Infiniti

Pembahagian ikut beberapa adegan dan babak. Mungkin rentetan perjalanan percintaan kot? Dan sekali lagi, huruf, kata dan ayat buat aku teringat kisah-kisah lama.

Bezanya, masa aku baca Langit Vanilla aku still dalam keadaan acah-acah tak acah je OK nya. Masa baca Kitab Terfaktab #1 aku sepenuhnya dalam keadaan paling optimum bahagia dengan kawan-kawan maka tak adalah tersedu sedan atas tilam.

Part paling favourite, Leplep's article and yang bahagian belakang-belakang – part ending of a love story kot (?) Ditinggalkan, direject etc. Suka juga penulisan Lord Zara dalam Kitab Terfaktab #1. Yang paling favourite kot dalam banyak-banyak benda dia tulis yang aku baca.

Dan satu penulisan tu pasal lane kiri (term SMI). Ogos 2011 in memory.

Ada yang cerita berlatar belakangkan Amcorp Mall, tempat kegemaran sebab ada BookXcess and banyak jual vintage stuff. Baru-baru ni pergi Amcorp terbayang cerita tu.Jaga kedai dekat flee market sambil main ngorat-ngorat. Comel.

Serius.

Whateverpun, looking forward for Kitab Terfaktab #2. Slowly biasakan diri beli buku sendiri memandangkan lepas ni dah jauh daripada kawan-kawan macam mana nak pinjam woi!

Currently reading: Heroin – Amal Hamsan. Stuck dekat Julia sebab aku baca buku dalam train je. Tunggu next time naik train baru sambung kot?
Post a Comment