20120330

Bunohan [2012] / Awek Chuck Taylor - Nami

Kali kedua menonton Bunohan pada hari terakhir tempoh wajib tayang. 

Barulah nampak scene dekat kedai kopi masa Bakar berurusan dengan Awang Sonar (kot) dan seterusnya lepas bayar dekat kaunter bayaran, dia kata "Bereh" pada Jolok dan bagi duit pada Muski. Perancangan Bakar memang sangat rapi. 

Pada awal-awal scene pasal Adil memang best sebab cuci mata. Carliff Carleel adalah handsome. Begitu juga dengan lawan Adil masa tu. Hehe

Baru aku perasan reaction Pok Wah masa Muski menganjurkan bahawa Mek Ani mak kepada Adil. Baru juga dapat rasa melalui riak wajah betapa tersentapnya Adil masa dia dapat tahu dia anak haram Pok Eng dengan Mek Yah.

Dan last but not least, masih sedih masa Deng bunuh Ilham, Adil mati lepas kalahkan Muski. Masih nangis masa Bakar bunuh Pok Eng, ayah dia sendiri. Tambah sedih sebab baru perasan Adil kata lepas berlawan tu dia nak balik kampung jumpa ayah tapi... sobs.

*

Kali kedua khatam Awek Chuck Taylor. Dulu di blog, sekarang buku. Suka ACT sebab it involves real people bukan fiksyen semata.

Aku rasa baca di blog lagi best sebab kadang-kadang Nami ada post explanation pasal the story. Lagi satu, dalam blog ada C'est La Vie (sambungan lepas Nana) tapi tak ada dalam bentuk hard copy. Kecewa.
Sebenarnya masih curious dengan perjalanan Chuck Taylor dan Keluarga. Menarik lah. Cerita yang tak ada penghabisan selagi semua watak masih hidup.

Aiman kekal watak favourite by the way. Dia mengimbangi watak-watak lain yang tensed semacam sebab dia unsur humour.

Mira mengigatkan aku dekat Dbout. Ada persamaan. Lagi-lagi part tabiat suka membaca, keras kepala and ganas tu.

Aku bukan pro siapa-siapa dalam kisah cinta Hafiz. Bagi aku, things happen. Dan aku rasa Hafiz paling entah apa-apa masa couple dengan Bella. Aku buat kesimpulan yang perasaan 'tak mahu sendiri' boleh buat kita jadi bangang.

*

Aku suka Nami punya review pasal Bunohan. Cerita Melayu pertama yang dia tengok kat panggung wayang.
Post a Comment