20120330

Bunohan [2012] / Awek Chuck Taylor - Nami

Kali kedua menonton Bunohan pada hari terakhir tempoh wajib tayang. 

Barulah nampak scene dekat kedai kopi masa Bakar berurusan dengan Awang Sonar (kot) dan seterusnya lepas bayar dekat kaunter bayaran, dia kata "Bereh" pada Jolok dan bagi duit pada Muski. Perancangan Bakar memang sangat rapi. 

Pada awal-awal scene pasal Adil memang best sebab cuci mata. Carliff Carleel adalah handsome. Begitu juga dengan lawan Adil masa tu. Hehe

Baru aku perasan reaction Pok Wah masa Muski menganjurkan bahawa Mek Ani mak kepada Adil. Baru juga dapat rasa melalui riak wajah betapa tersentapnya Adil masa dia dapat tahu dia anak haram Pok Eng dengan Mek Yah.

Dan last but not least, masih sedih masa Deng bunuh Ilham, Adil mati lepas kalahkan Muski. Masih nangis masa Bakar bunuh Pok Eng, ayah dia sendiri. Tambah sedih sebab baru perasan Adil kata lepas berlawan tu dia nak balik kampung jumpa ayah tapi... sobs.

*

Kali kedua khatam Awek Chuck Taylor. Dulu di blog, sekarang buku. Suka ACT sebab it involves real people bukan fiksyen semata.

Aku rasa baca di blog lagi best sebab kadang-kadang Nami ada post explanation pasal the story. Lagi satu, dalam blog ada C'est La Vie (sambungan lepas Nana) tapi tak ada dalam bentuk hard copy. Kecewa.
Sebenarnya masih curious dengan perjalanan Chuck Taylor dan Keluarga. Menarik lah. Cerita yang tak ada penghabisan selagi semua watak masih hidup.

Aiman kekal watak favourite by the way. Dia mengimbangi watak-watak lain yang tensed semacam sebab dia unsur humour.

Mira mengigatkan aku dekat Dbout. Ada persamaan. Lagi-lagi part tabiat suka membaca, keras kepala and ganas tu.

Aku bukan pro siapa-siapa dalam kisah cinta Hafiz. Bagi aku, things happen. Dan aku rasa Hafiz paling entah apa-apa masa couple dengan Bella. Aku buat kesimpulan yang perasaan 'tak mahu sendiri' boleh buat kita jadi bangang.

*

Aku suka Nami punya review pasal Bunohan. Cerita Melayu pertama yang dia tengok kat panggung wayang.

20120329

Bubba Gump Shrimp Co. @ Sunway Pyramid

Sempena kawan-kawan ajak ke Sunway Pyramid akhirnya pertama kali lah merasa naik train 1 Malaysia enam gerabak tu Sabtu lepas.

Pertama kali juga merasa makan dekat Bubba Gump Shrimp Co. Mula-mula ingat nak bersushi sekali tuan punya badan yang nak belanja tak makan sushi lah hihi

Anyways, makan dekat Bubba Gump best cuma bila dah kali ke lima orang datang meja tanya food okay ke tak rasa lagi sikit kaki nak sampai ke muka.

Alhamdulillah puas hati sangat-sangat lagi-lagi sebab memang udang tu kegemaran kot dan gembira lah spend time dengan kawan-kawan kita :D Thank you Ara + Dbout muah muah muah!

Ara-Dbout Run Forrest Run
Ara & Dbout
Bubba Gump Shrimp & Co
Burger Ara
Bubba Gump Shrimp & CoBubba Gump Shrimp & Co
Fried lobster tail, udang, ikan, kentang, coleslaw
Scampi Bubba Gump Shrimp & Co
Scampi. Linguini dengan udang berlambak and capers + roti bawang putih.
Bubba Gump Shrimp & Co
Air mangga haha.
Bubba Gump Shrimp & Co
Teringin tapi tak order pun sebab dah terlampau kenyang.
Lemonade Bubba Gump Shrimp & Co
Strawberry Lemonade. Sebab suka strawberry dan sayang lemon. Pahit kot benda ni.
The more I lear abour people, the more I love cats.
Dan ini comel. Sebagai penggemar kucing, saya setuju.

20120328

Kitab Terfaktab - Definisi Cinta Infiniti

Pembahagian ikut beberapa adegan dan babak. Mungkin rentetan perjalanan percintaan kot? Dan sekali lagi, huruf, kata dan ayat buat aku teringat kisah-kisah lama.

Bezanya, masa aku baca Langit Vanilla aku still dalam keadaan acah-acah tak acah je OK nya. Masa baca Kitab Terfaktab #1 aku sepenuhnya dalam keadaan paling optimum bahagia dengan kawan-kawan maka tak adalah tersedu sedan atas tilam.

Part paling favourite, Leplep's article and yang bahagian belakang-belakang – part ending of a love story kot (?) Ditinggalkan, direject etc. Suka juga penulisan Lord Zara dalam Kitab Terfaktab #1. Yang paling favourite kot dalam banyak-banyak benda dia tulis yang aku baca.

Dan satu penulisan tu pasal lane kiri (term SMI). Ogos 2011 in memory.

Ada yang cerita berlatar belakangkan Amcorp Mall, tempat kegemaran sebab ada BookXcess and banyak jual vintage stuff. Baru-baru ni pergi Amcorp terbayang cerita tu.Jaga kedai dekat flee market sambil main ngorat-ngorat. Comel.

Serius.

Whateverpun, looking forward for Kitab Terfaktab #2. Slowly biasakan diri beli buku sendiri memandangkan lepas ni dah jauh daripada kawan-kawan macam mana nak pinjam woi!

Currently reading: Heroin – Amal Hamsan. Stuck dekat Julia sebab aku baca buku dalam train je. Tunggu next time naik train baru sambung kot?

20120327

Saba Restaurant @ Cyberjaya

Saba Restaurant take Away

Saba Restaurant Mandi Lamb Take Away

Saba tak pernah mengecewakan. Nasi yang best dan salsa yang sumpah sedap and pedas.

Aku syak ni portion for two sebab agak rasa nak terburai segala isi perut struggle nak perabih nasi sorang-sorang. Sampai bau kambing pun dah tak larat.

Thanks to Abah, my delivery daddy. Selepas berbulan mengidam dapat juga merasa hihihi

20120325

Langit Vanilla – Wani Ardy

Boleh kata banyak nukilan dalam Langit Vanilla buat aku terkenang zaman prasejarah. Zaman bodoh, tolol yang tak berapa nak lampau tu. Zaman hari-hari cakap sendiri-sendiri dengan katil, dinding dan besi towel.

Monolog. Hantu. Pelampung. Tangan Wanita Dengan Pasir. Memori Hempedu. Ketakutan. Pemuja Rahsia. Hitam Pekat. Calit Cahaya. Penghuni Kocek. Aria. Gebar dan Kelambu. Rumah. Tiket Keluar. Tanya-Tanya. Pemeluk Bangkai. Omel. Akua. Haloba. Segan (Pencinta Bangkai II). Tetamu Kamar. Enam Peringkat Teman. Penyedap Hati. Daki Di Celah Jari. Lebam Hati Ungu. Empangan. Tempat Asal Cinta. Di Hujung Tanduk Gasing. Campur Baur.

Sayu. Rindu. Sedih. Sunyi. Marah. Koyak.

Eh, bukan lagu sedih je boleh buat koyak walaupun tak koyak. Cerita dan puisi pun. Apatah lagi kalau movie. Tapi dari segi penulisan yang membawa kepada imaginasi, haruslah paling parah.

Lepas tu nangis.

Apa aku merepek ni?

Sambung.

Tapi bak kata Wani Ardy, kita akan jumpa kerana sedar atau tidak, kita mencari (2009).

Ironi Pasar Seni buat aku rinduuuuuu kat Abah. Abah, sihat tak? Tempat kerja OK?  Dah makan belum? Dah ambil ubat? Jangan makan ikan bilis, kacang, daging. Jangan makan seafood banyak sangat. Jaga makan, OK?

Bila Kau Tidak Memandang mengingatkan aku kepada kau, kau, kau, dan kau. Tolong doakan aku kalau kau jumpa kebahagiaan lebih dulu. Pelik bilamana tak pernah terbayang masa baru kenal, first time nampak, dia lah yang akan jadi tempat kau luah rasa. Teman berbual. Teman lepak. BFF. Pelik sebab orang yang dulu kau takut nak tegur jadi orang yang agak kerap kau cari bila kau perlu lari dari realiti. Pelik tapi benar.

 

*

Pendapat aku, bila kau baru lepas atau sedang atau dalam tempoh recovery patah hati, kau akan lebih hargai LV.

Tak lengkap kalau tak cakap thanks dekat Ira. Thanks Ira :)

20120324

konspirasi gadis curiga

Dia kata saya nak sabotaj bisnes dia dan penulisan saya satu propaganda budget hot. Say what? Blog picisan nak sabotaj bisnes? Is it even do-able? Siapa je baca this blog?

Dia kata saya gelabah pasal RM50++. Dia tak nampak the part saya tulis something like "murah gila dan dari segi harga, rasa, portion berbaloi" sebab terlalu outraged bila saya kata ada two dishes tak sedap. Saya dah google. memang ada orang complain pasal those two dishes before me.

Dia kata pasal bayar murah i shouldn't expect more. Bila saya order, no matter how cheap or expensive the food is, mestilah expect makanan tu sedap.

Dia kata because of a certain relationship and because we are Malays I shouldn't wrote such things in my blog. Bila orang kritik, as a business, improve. Don't use race/religion/relationship as your war sweater. My parents taught me to help Malays but, I'm not my parents. I just can't be bothered to help people that won't help themselves.

Dia kata saya pengecut sebab tulis kat blog instead of bagitahu depan-depan. Dia expect after makan saya terus complain. Saya belum cukup kenal dia untuk complain personally.

Dia kata every night full house and dapat pujian menggunung from customers. Alhamdulillah. Anggap je there's something wrong with my taste buds.

Alternatively, fix the dish. Kalau dilabel as spicy in the menu, I expect the dish to be spicy. Put more chili flakes or cili padi. If it will cost you more, hike up the price. If it's really good, people won't mind spending money. A cheaper solution, remove the spicy label on the menu. Misrepresentation dalam advertisement/label tu menyalahi undang-undang. No joke.

Disebabkan that entry, dia kata saya tak ada common sense, no manners, kuat mengutuk, mengumpat; my school mates hate me and my friends are ashamed to call me their friend. Saya kritik makanan dia, dia kritik keperibadian saya :|

Having said that, the damage is done and untuk memuaskan hati semua pihak, dah delete the negative comments. My entry was so badly written, people will probably misconstrue it. Honestly, saya tak pernah ada niat nak sabotaj or mengaibkan maruah mana-mana orang lebih-lebih lagi orang-orang yang tak affect hidup saya. I am truly, deeply, and utterly sorry. Saya tahu sorry won't fix it but it's the only thing i can do.

Hope she reads this; I don't know how to send a reply, she didn't leave her email.

20120321

Wordless Wednesday - beard papa's natural cream puff

beard papa's natural cream puff beard papa's natural cream puff

20120319

Flaming Pan x Aril Western Food @ Medan Selera Ramal Junction

My first time at Medan Selera Ramal Junction where you can find the much raved about Satay Willy. But I opt for some pasta instead.

Lamb Chop 
-Aril Western Food-

Meatball Roma [RM11.50]
-Flaming Pan-

Mac & Cheese [RM10.50]
-Flaming Pan-


Last but not least, enormous glass full of coconut goodness [RM4.00] and a glass of fresh orange [RM2.50].

20120318

Versi Saya Sayang FUU XVI : Freedom & Light

Painting Party

Sebagai dekorasi untuk Klinik Bantuan Guaman, dikerah oleh ketua, Gaia Faiz Zahadi untuk melukis dan mewarna bersekali dengan ahli-ahli Batch 24 yang lain Jumaat minggu lepas.

Before

Oil Paint on Canvas : Development of Justice 

Together with Suraya Anuar, berjaya menyiapkan lukisan berkonsepkan 'Development of Justice'.

Original plan was to draw merpati terbang dari sangkar. Gitulah kan. Tapi end up last minute tukar plan nak lukis sangkar tanpa pintu banyak-banyak dengan burung di dalamnya. Terinspirasi daripada result google image search sebab bila search je ada gambar banyak-banyak sebelah menyebelah. Mentol bergantungan tu sepenuhnya idea Suraya. Chewah bagi credit. Dia memang berbakat dalam bidang seni ni, undeniable.

 

After

Oil Paint on Canvas : Development of Justice

Maka terhasillah 'Freedom & Light' dengan kerjasama semua yang mewarna inter alia Zatul, Ira, Elly, Yaya, Zahidah and Debot. Kononnya dalam kegelapan dan kongkongan dunia, undang-undang muncul sebagai medium pembebasan dan juga cahaya di hujung kolong. Ataupun boleh jadi undang-undang itu sendiri yang menyekat kebebasan? Marilah kita fikir-fikirkan.

 

After Party

Domino's Pizza

Chicken Classified sedap gila mak aih dah berzaman kot tak makan Domino's and tak sangka sesedap ni. Makin sedap bila makan beramai-ramai. Wajib makan lagi next time.

 

 

Doa hari ini, semoga Prof Naaishah berpuas hati dengan lukisan kami-kami. Ada lagi lima lukisan lain bakal jadi penghias Klinik kebanggaan FUU tu. Dengan izin Tuhan, harap diluluskan untuk paparan.

20120317

tujuh lapan enam

Bagai jatuh ditimpa tangga besi tergolek ke tangki septik rasanya semenjak dua menjak ni tapi kan, orang kata kan, count your blessings… kan?
09/03/2012
McDonalds Breakfast
Big Breakfast before Bunohan.
Free Gift Palmer's Cocoa Butter Formula GSC Mid Valley
Free gifts for early birds from GSC Mid Valley Megamall. Batak gila.
Bagio FESSAT UKM 2012
Bagio's performance at Festival Sanjungan Satria, Dataran Panggung Seni w/ Ariey and Ooi lepas kelas Advocacy & Litigation Encik Hanif.
10/03/2012
Lejen Press TG2KM UKM 2012
Booth Lejen Press at Temasya Gemilang Karnival Kolej Keris Mas (TG2KM). Beli 'Awek Chuck Taylor', 'Kitab Terfaktab #1' and 'Kopi'.
11/03/2012
Wedding Abang Athirah Nasi Minyak Wedding Abang Athirah
Wedding Abang Athirah. Konvoi yang tak berapa nak konvoi. Nasi minyak yang sumpah sedap complete chicken, beef, mutton, papadom, acar timun dan acar buah. For dessert ada bubur pulut hitam. Fuhh!
12/03/2012
Birthday Kimi Birthday Cake
Happy 22nd Birthday Kimi! Hadiah best. Kek sedap :)
Stadium UKM
First time aerobic dekat Stadium UKM w/ Dayang yang semangat hahaha
13/03/2012
GEGO T-Shirt JOHO Lanyard
Terpaksa berlanyard bagai complete w/ matrics card dan kunci bilik semenjak asyik tertinggal kunci dalam bilik ni. Naik segan dengan felo sebab sikit-sikit muka ni yang menepek minta kunci.
14/03/2012
McValue DINNER McDonalds
McValue DINNER w/ Ariey. Teka teringat bila teka. Teka bila last time naik motor dengan Ariey pergi McDonalds. OK tak payah teka.
15/03/2012
w/ Ira and Ariey PPUKM Cheras
Pusat Perubatan UKM, Cheras. Evidence trip gitu. Gembira je muka sebelum masuk bilik mayat. Baru nak melangkah masuk terkumat-kamit mulut masing-masing baca doa dan segala apa yang boleh dibaca. Nampak dengan mata kepala sendiri post-mortem. Tak scary sangat sebenarnya (lagi-lagi kalau dah biasa tengok thriller psycho macam Saw, Final Destination, House of Wax), more to sedih and kesian. Alfatihah buat mangsa…
Vintage shoes Sahabat PPUKM Cheras
Kembali gembira dan terlupa pasal brain, ribs and intestines upon realisation that PPUKM ada kedai barangan terpakai – Sahabat PPUKM. Lokasi: Lobi PPUKM, kanan dari arah pintu masuk. Banyak branded items. Profit daripada kedai ni untuk fund treatment for patients yang kurang berkemampuan. It's all for charity. Siapa lah pernah terfikir pergi hospital untuk shopping kan?


Kesimpulannya, rasa blessed sangat-sangat okay! Macam biasa, kenangan buat bekalan bulan-bulan akan datang semoga cukup hingga dikapan, InsyaAllah.

20120316

Mi Siput

Kalau kata pasal mi siput ni memang akan flash back zaman sekolah menengah jalan kaki dari SIGS menengah nak balik hostel. Lalu dekat rumah-rumah opposite SIGS rendah ada makcik jual ais krim and mi siput and jajan-jajan. dekat sebelah tempat jual nasi lemak tu.

Kalau tak tau mi siput tu apa, sila rujuk gambar.

Mi Siput

Makan dengan sambal. Makcik tu buat sambal sedap gila tau. And ice cream milo dia pun sedap. Tak kedekut milo.

Sekarang ada jual dekat faculty. Satu paket RM1.50 ada mi siput dua and sambal sepaket. Sedap dap dap tapi sambal dia dah blend sekali dengan ikan bilis - tak suka ikan bilis.

Rindu mi siput makcik depan SIGS rendah tu. Kalau tak silap rumah-rumah kat situ pun dah tak ada. Susah bila rindu makanan zaman sekolah yang dah tak tau mana nak cari ni. Nasi lemak and roti john opposite SIGS rendah misalnya.

20120314

Wordless Wednesday - Pastel

Seoul Garden City Square JB - Ice Cream

20120311

Bunohan [2012]

Bunohan

I've read mixed reviews (after I saw the movie because I didn't read anything about it beforehand other than Zahiril Adzim's entry in his blog) but what I can say is, I love the movie! In fact, WE LOVE IT! Thanks to Ira and Ariey for asking me to join you guys oh terharunya T_T

Anyway, what I love the most is how the movie affect us. We still talk and discuss about the movie, trying to really dig deep into the message that the producer, director, scriptwriters, actors and everyone involved in the making of Bunohan wants to project/convey to the viewers long after the movie ends. Exchanging our thoughts about it. Analyzing the script and scenes. Honestly, I don't have a single complaint. Just praises all the way. 

Did I mention that the movie was beautifully filmed? The actors' loghat Kelate was quite excellent. Not as awkward and fake as other movies. They really did a great job on the linguistic area. The actors are also really good in playing their characters. Even the supporting actors.

Having said that, in the end, everyone is entitled to their own thoughts and opinion. Some might say that Bunohan was a total waste of their money and time but I don't mind watching it again.*****

Conclusion: Cancelled class, Ariey + Ira, Bunohan, McDonald's Big Breakfast, Wantan Mee, Advocacy & Litigation Class with Mr. Hanif, FESSAT… my Friday was almost perfect :)

20120309

Wayang Gambar

Kali terakhir masuk panggung bila? Mission Impossible 4 ea? Seriously? Dah hilang rasa nak buang duit untuk movie ke camne? Banyak cerita yang nak tengok tapi tak tertengok sebab hakikatnya tak ada duit pun untuk dibuang.

Hakikatnya, kita semua lagi suka jadi lanun.

Hakikatnya, kita semua lagi suka makan popcorn depan laptop.

TAPI pagi-pagi nanti nak gerak ke Mid Valley pergi tengok Bunohan.

 

 

Dan tadi hampir mungkin tak dapat keluar sebab dengan ting tong nya tindakan luar kawal pergi kunci bilik masa nak pergi toilet and then tak bawa kunci lepas tu 20 minutes kat luar bilik hampir menangis.

Thanks to felo blok dapat juga tidur bilik sendiri hari ni. Semua baru-baru dan semua baik-baik. Korang patut tengok usaha diorang nak "swipe" pintu bilik tu tau (sebab diorang takde access to their office/keys). Gigih korbankan kad dalam wallet.

Terharu T_T

20120308

Versi Saya Sayang FUU XV : #KREW2012

Ingat lagi tak KREW 2011? Masa tu third year. Masa tu kena main ikut rumah sukan. Red Dragon gitu kan. Anyway, KREW 2012 was held last weekend. Oh best gila weyh. Best. Sekarang dah final year. Mula-mula ingatkan ikut rumah sukan. Atas permintaan ramai buat ikut batch! HOORAH! hehe. Macam sports event faculty masa first year and second year.

Gembira.

Sebab ramai juga final year students yang attend.
Sebab breakfast and lunch disediakan.

Sebab boleh cheer with the batch for the batch tahap melompat kegirangan everytime dapat nombor satu or dua.

Batch 24 KREW 2012 FUU UKMGambar dari kamera Hasan – sebelum busuk haha
[klik untuk gambaran lebih jelas]

Baling selipar champion. Lari/Lompat dalam guni runner up. Tarik upih/guni runner up. Isi air liur dalam botol runner up… dan event paling ter-amat penting sekali, tarik tali CHAMPION!

Tarik Tali KREW 2012 FUU UKMGambar dari kamera Hasan – TARIKKKKKKKK!
[klik untuk gambaran lebih jelas]

Hasilnya, jadi juara keseluruhan *cough* padahal satu game pun tak masuk *cough*.

Sangat-sangat bahagia… lagi-lagi bila tengok gambar-gambar dan baca komen-komen dekat Facebook. First time in a very long time senyum melebar depan Facebook sebab selama ni stress on untuk check lambakan tasks and assignments.

Oh well, back to tutorials and case summaries *erk* boring kan? One more lap to finish this four-year race. I foresee a bittersweet ending.



Nak gembira dan bahagia lagi please! : Buat bekal bulan-bulan akan datang bila dah berjauhan cukup-cukup sampai hujung nyawa.

20120307

NYX Jumbo Eye Pencil 601 Black Bean



Hendak sangat dengan benda alah ni tapi akhirnya kecewa sebab tak reti nak guna secara optimum. Alkisahnya buat main conteng-conteng muka dalam bilik sahaja lah ye.

20120306

Pertandingan Tarian : FestKIB Ibu Zain, UKM

Sepanjang hampir empat tahun study dekat UKM, event kesenian memang paling favourite. Ingat lagi masa first year, sanggup bawa buku Constitutional Law yang warna hijau tu pergi Pesta Konvo sebab nak tengok pertandingan tarian/teater.

Pernah juga tengok gamelan, dikir barat dll. Tapi yang memang sangat rugi kalau tak pergi mungkin apa-apa persembahan/pertandingan tarian.

Dah lama juga tak attend such events tapi about a week ago pergi tengok Pertandingan Tarian FestKIB.

Noran!

Gambar selingan : Hi Noran! hahahaha. Aktif benar ye. Kalau dah duduk Ibu Zain tu memang tak boleh tak aktif.

SMK Pulau Carey

Tempat pertama kategori rampaian – SMK Pulau Carey. Kecik je budak-budaknya. Ingatkan budak sekolah rendah. Diorang memang hebat gilaaaaaaaaaa kalau tak menang tak tau nak kata apa.

Politeknik Seri Iskandar

Tempat pertama kategori kreatif (kot?) – Politeknik Premier Ibrahim Sultan. Walaupun rasa macam peliknya diorang menari, pasal ada kuda kepang terus up nombor satu (and pasal diorang from JB hehe). Oh, and this group lah yang ada orang kena rasuk (kot?) masa tengah tunggu juri kira markah. First time nampak so, agak jakun disitu.

Ni tak tau lah apa nama dari mana tapi rasanya group bebas. Menang kostum terbaik (kot? OK banyak nye kot ._. ). Whateverpun, baju diorang memang lawa. Choreography diorang pun best macam smooth je flow diorang.

All in all, it was fun. This semester bakal packed dengan pertandingan kesenian masa karnival kolej. Hopefully dapat attend karnival each kolej since this will be (insyaAllah) my final semester here.

20120303

Sweetened up

Went to Alamanda, Putrajaya with the usuals plus best friends from SIGS during form 6 last weekend and finally got to pamper my taste buds with some splurge-worthy ice cream.
US minus Azie - Starbucks Alamanda Putrajaya
I still hate taking pictures with my friends. Terserlah keDayang-Senandungannya. Benci tauuuu.
Can you see what's in front of me?? YES. It's the delightful Chocolate Truffle Sensation from The Cream & Fudge Factory.
Chocolate Truffle Sensation - The Cream & Fudge FactoryChocolate Truffle Sensation - The Cream & Fudge Factory
I love hazelnuts and I've developed an addiction to desserts few months ago. The ice cream was amazing and the thing I love the most was I got to share it with my friends. Orang kata makan ramai-ramai lagi nikmat kan?
Anyway, picked up a copy of Yuna's Terukir Di Bintang at Speedy before heading back to my home away from home. It was the only one left on the rack. Pheww!
Yuna - Terukir di Bintang

The fact that I have to attend Saturday classes is so depressing : Yeye avoid diploma syariah so that I'll have my weekends. Suddenly during the last lap kena juga berkorban T_T

20120302

Bangi Blackout

Bangi dalam kegelapan dari pukul 9.30PM sampai 11.30PM malam semalam. Bak kata Dayang, kitorang (termasuk Lia) beruntung gila sebab masa keluar dari UKM belum blackout dan sesudah sampai semula di UKM, dalam masa 10 minit dah ada electric balik.

Lagi sikit dah rasa macam it's the end of the world tadi. Drama je lebih padahal masa blackout tengah sedap melantak mac & cheese dekat Flaming Pan, Medan Selera Sungai Ramal (nanti I tepek gambar).

By the time electric dah ada balik, it felt like it's the end of MY world instead sebab kedai print dah tutup and tak baca kes lagi esok class 8.30AM to 10.00AM and tutorial pukul 11.00AM T_T matilah!

Boleh pula tadi lecturer buat mass tutorial *pheww!* seraya mengarahkan semua orang buat case summary for 48 cases *die*.

Anyhow, what happened yesterday buat semua fikir mana lagi sengsara, tak ada elektrik ke tak ada air. Teringat masa the whole Taman Daya and Kangkar Tebrau area tak ada elektrik few years ago. Crazy days. Siap pergi Taman Molek nak iron baju seminggu.