disclaimer.

2012-02-27

Sayap-Sayap Patah – Kahlil Gibran (adaptasi oleh Sufian Abas)

Baca buku ni lebih kurang dua kali. Pinjam nya nak dekat sebulan dua minggu terima kasih kepada Ira Nadhirah.

Ceritanya tragis yang amat.

Yang aku baca tepi longkang dekat area ampai blok 19B Kolej Antarabangsa Ibu Zain sampai tersedu-sedan.

Mana taknya, baru dua minggu kenal… timbul rasa kasih dan sayang dalam hati Kahlil dan Selma, terpisah sebab Selma dipaksa kahwin dengan insan ketiga kerana harta, kuasa dan perjanjian antara keluarga. Terpaksa jumpa senyap-senyap bermadu kasih di tempat rahsia bertahun lamanya.

Selma mengandung, melahirkan, bayi mati, Selma mati bersama.

Kahlil masih melawat pusara.

Rasa siksa. Kau tak baca ayat-ayat dalam buku cerita. Kau tak rasa pedih ulu hati tanggung derita Kahlil dan Selma.

Kau kena baca lah baru terkesan dalam jiwa. Hadam sendiri. Baru kau tau perit mainan perasaan mereka.

Tapi apa nak buat… cinta tak harus memiliki, sayang tak semestinya bersama.

Proper review boleh baca di sini.

Dan aku baru habis baca Langit Vanilla – Wani Ardy sebenarnya. Ira cakap aku kena baca buku tu so aku baca lah sebab aku percaya dekat Ira. Buku-buku macam ni semua aku pinjam dari Ira (buku first pinjam Kacip – Pipiyapong) kecuali ELARTI:GA yang aku baca dekat Nescafe Kiosk Pusanika UKM.

Kesimpulannya, habis belajar nanti dah jauh dah tak boleh pinjam buku Ira. Kena beli sendiri. Tunggu recommendation jela iye.


6 benders:

ANR said... [reply]

mcm best je? kat mph ade?

shandye. said... [reply]

aku dari dulu lg teringin nk baga sayap2 patah si sufian abas tu. ramai yg cakap best.

buku tu dh masuk kategori rare sbb susah nk dapat.

beli on9 pn asyik abes stok. mencik!

nn said... [reply]

@ANR

tak ada huhu tapi memang best. buku ni sangat rare.

nn said... [reply]

@shandye.

aku baca pun ira bagi pinjam kalau tak memang lah tak dapat. memang best weyh :D

shyrudin said... [reply]

boleh tanya kat publisher sayap2 patah Selut Press https://www.facebook.com/selut

diorg selalu update klu ada pergi jual kat event2 tertentu.

tak pun boleh beli online, dengar kata stok dah ada balik.

apa2 boleh tanya kat
https://www.facebook.com/selut
atau geng diorg
https://www.facebook.com/sangfreudpress

tyha sarkawi said... [reply]

alahhh cuaknya cerita-cerita sedih macamni :/

 
Bending Backwards by nn © 2008-2012