20120217

Result

Aku tak boleh nak join orang lain sama-sama tidak berpuas hati dengan result satu subjek tu sebab aku puas hati dengan apa aku dapat. I thought I would fail but I didn't so siapalah aku nak membantah. Bukan macam diorang yang study sehabis baik, bersengkang mata etc. etc. I saw their determination. So aku faham kalau ramai yang rasa nak rage. Kalau aku study macam diorang pun aku frust tapi aku masuk exam hall asal boleh je. Aku tengah koyak kot masa tu nak study pun tak ada hati.

Bila jawab exam dalam keadaan emosi tak stabil ada possibility and high probability untuk fail sebab I can't function when I'm alone and heartbroken. Mainly hidup macam zombie bila tak berada di sekeliling kawan-kawan.

So, despite my shitty pointer, takde sebab aku nak complain. Lagipun, aku takut kalau complain, tiba-tiba grade turun. Adalah dalam sepuluh kali check result dekat smpweb pasal takut grade berubah. Paranoid tahap final destination.

Ma kata, study sahaja tak menjamin result cemerlang. Keberkatan penting juga. Kena kurangkan maki lecturer mungkin? Kurangkan sakit hati orang lain mungkin? Buat baik pada semua makhluk termasuk haiwan dan tumbuhan, jaga alam sekitar and selain doa untuk diri sendiri tu selit sekali doa untuk kawan-kawan. Setahu aku kalau kita doa yang baik-baik untuk orang lain, malaikat akan doakan benda yang baik untuk kita.

Nah campak authority satu sebab aku baru lepas Google:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.

(Sahih Muslim no. 2733)

Having said that, kalau dah memang bukan rezeki di situ nak buat macammana. Bak kata Dayang, kalau dapat A tapi memang dah takdir takkan dapat kerja tu tak dapat juga.

 

Misi aku semester depan, jaga hati simpan dalam peti and have fun dengan kawan-kawan selagi mampu.

Post a Comment