20120206

Makan Tengahari di Johor Bahru

First and foremost, selamat hari jadi untuk Ofee, kawan sama-sama rehat dekat kantin, sama-sama ponteng kelas, sama-sama jalan-jalan masa Hari Usahawan, sekelas masa form 3 and form 4 and kalau tak sekelas pun, sebelah kelas time form 1, form 2, form 5 and form 6, sedorm masa form 1 and form 3, segeng dari form 1 sampai sekarang, siap satu universiti and satu fakulti lagi. Nasib tak satu kolej tapi selalu juga lepak kolej dia sampai lagi kenal budak Ibu Zain daripada budak Keris Mas. Hari tu attachment pun satu tempat. Semoga hidup diberkati, usia dirahmati. Semoga persahabatan kita yang dah masuk tahun ke 12 ni kekal sampai ke hujung nyawa.

Ok ayuh teruskan dengan pengembaraan pemakanan kita. Letak tajuk saja taknak bagi orang confuse. Biar clear sikit tengah cakap pasal Johor Bahru.

 

Rayqal Kitchen
Nasi Lemak Kukus

Lokasi; Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. Jiran sebelah-menyebelah Tutti Frutti.

OK Google gambar tak ada pun. Down!

Hari tu ingat nak makan nasi lemak kukus sebab nama tempat ni Rayqal Kitchen : Nasi Lemak Kukus tapi nasi tak siap lagi masa tu around 3.30PM (cheh dah petang baru nak lunch ye? elok sangat lah tu) so, makan nasi berlauk.

Asam pedas dia sedap sangat. Tak taulah kenapa tapi lately berminat sungguh dengan asam pedas. Oh and sambal petai udang pun sedap gila. Serius tak tipu sedap. Udang gemuk-gemuk pulak tu. Walaupun tak makan petai langsung, sanggup! Masak tempoyak pun bedal sebab nak makan ikan patin, setakat petai apedehal. Sayur bendi goreng pun sedap. Kesimpulannya, sedap-sedap lauk kat sana. Kepada yang suka lepak Salsa tu boleh lah lunch kat sana sementara tunggu Salsa buka ye tak? Makanan kat Salsa tu dahlah mahal gedemo.

 

Warung Man (Mak Ram)

Lokasi; Jalan Pisang, Kampung Pasir, Tampoi

Arrived around 1.00PM lebih kurang. Lunch hour lah kan. Ramai juga orang. Oh and baru tau Abah selalu lunch sini masa still kerja kat Tampoi (sekarang dah pindah Segamat sobs).

I ate mee rebus. Seperti gambar dibawah. Nampak menyelerakan. OK lah, I like! Mee rebus Haji Wahid pun lebih kurang je. Keropok dia je macam lain sikit.

Mee Rebus Warung Man Mak Ram

Macam-macam ada dekat sini. Nasi berlauk pun ada kot. Entah lah tak perasan. Mee pun bagai-bagai. Kuih-muih dan cocok-cocok.

Yang agak famous mungkin nasi ambeng nya. Sedap tapi portion sikit tak macam bungkusan nasi ambeng yang biasa besar gabak tu. Lebih kurang besar nasi lemak berlauk saja. Katanya nasi ambeng pasar malam Taman Dahlia lagi sedap… hmm tak pernah rasa so tak sure. Next time boleh try.

Other than that, goreng pisang pun famous disitu tapi tak try sebab dah balik, Google baru tau kat situ sedap. Kuih-muih, beli tempe goreng and popiah otak-otak saja. Popiah dia biasa jahhh. Akan tetapi…

Tempe goreng dia Ya Allah terbaik lah! Empat keping, seringgit. Sesungguhnya tempe goreng Mak Ram telah memikat hatiku. Cicah sambal kicap memang ada umpph! Kalah beribu batu lah gerai depan hostel KPTM Bangi kat Teras Jernang tu. Obviously makanan kat JB memang the best *smug*

Post a Comment