20111226

Tudung saji

Bila orang cakap – pakai tudung tak semestinya baik.

Biasalah tu.

Hari tu a friend said the followings to me – aku tak ajak kau sebab kau kan baik, pakai tudung. Macam tak sesuai nak pergi tempat-tempat macam tu, join aktiviti-aktiviti sebegitu.

hmm.

And bila perbualan dekat twitter pasal girlfriend pengkid bertudung as if benda tu sesuatu yang diluar kebiasaan.

*raise one eyebrow*

hmm. Biasalah dunia ni macam-macam orangnya.

Still ada orang perceive pemakai tudung as baik rupanya.

Aku ingatkan semua orang pandang serong kat pemakai tudung.

Apa-apa pun, berbalik kepada perbualan selepas jogging semalam, kita kena mula pandang orang tak kira pemakaiannya.

{Having said that, Sham Kamikaze ada up status kat Facebook pasal kalau ada natural disaster mangsa dikebumikan ikut pemakaian diorang untuk kenal pasti agama. Kalau yang berpakaian serupa Islam tu kebumi cara Islam. Selain tu, cara bukan Islam lah.}

Tak semestinya bertudung baik dan tak semestinya yang tak bertudung tu tak baik.

 

Anyway, bak kata Ustaz Azhar Idrus (semua orang pun nak petik nama dia sekarang so why not selitkan kat sini)

Siapa yg bertudung tak semestinya baik. Tapi satu perintah telah ditunai iaitu tutup aurat.

Ada isu-isu berbangkit…

1. Pakai tudung tak bermaksud menutup aurat. Selagi tak tutup dada, tak longgar pakaiannya - tak sempurna juga maka, tak tertunai perintah.

2. That statement can be loosely translated in my own words as "jahat-jahat perangai si pemakai tudung AT LEAST satu perintah dah ditunaikan". I don't believe in AT LEASTs. why do the least when you can do more? Why don't you just own up to your mistakes/mishaps/kekurangan etc.

Penulis blog ini mengaku banyak lagi perlu diperbaiki. Terlampau banyak. I know I can do better. I know tak banyak masa.

 

 

And yes, entry ni boleh dikira sebagai talking to and arguing with myself. Kat bilik pun bercakap sorang, dekat blog pun bercakap sorang… (as annoying as this phrase might sound) UNTUNGLAH!

By the way, after three months of procrastination, siap juga assignments Islamic Evidence. Belum boleh study untuk final exam lagi tapi… ada satu assignment bernilai RM50.00 perlu diselesaikan.

Til then, au revoir.

Post a Comment