20111205

Ombak Rindu [2011]

Dari awal movie sampai ke habis lebih banyak gelak daripada touching walaupun ada juga scenes yang sweet. Drooling pasal Aaron Aziz lagi. Sumpah hot weyh. Hot gila.
Ombak Rindu

Rasa berbaloi je tengok this movie sebab it was fun. Tengok 10 orang kot. Ramai yang nangis tapi for me, banyak gila complaint.

1/ Izzah tak iron tudung. Simple sebenarnya benda tu tapi for me, that little misc stuff lah yang very important. And cara pakai tudung tu logiklah sikit. Tak pernah pulak nampak real people pakai tudung macam tu sekali kan.
2/ Bacaan Yaasin pula, from what I can hear, banyak salah rasanya. Bukan nak 'holier than thou' ke apa tapi Yaasin tu simple ja. Baca hari-hari boleh hafal boleh tau mana stop mana terus mana panjang, pendek, dengung semua.
3/ Mila (Lisa Surihani) tunjuk tiket wayang dia tengok dengan Haris (Aaron Aziz). Diorang dah kenal dari kecik dari zaman sekolah sepatutnya lagi banyak daripada tu. Patutnya exaggerate lah sikit. Letak tiket wayang dalam kotak kertas A4. Baru real. Ni nampak macam Mila tu psycho lebih. To be fair, Mila memang psycho. haha

Ombak Rindu

Part Mila bukak cincin sekali macam ketat gila hahahaha lawak!

4/ Azizah Mahzan pakai bikini? EUWWW! Satu panggung kot 'Ya Allah' masa scene tu. *cheh padahal yang tengok dengan boyfriend tu pegang-pegang tangan tak sedar diri :p*

Ada a few scenes/ayat yang agak tersentap juga lah.

1/ Part Mael tanya Izzah dah kahwin ke belum "Bukannya apa, aku boleh berhenti berharap" and after Izzah cakap dah kahwin nampak gila tersentap Mael. Sobs.

2/ Part Izzah ngadu dekat Mak Jah dia macam perempuan simpanan etc. etc.

Ombak Rindu 
3/ Izzah
Sebagai wanita macam aku ni apa lagi yang ada dalam hati selain menaruh harapan.

Aku tak ada hak untuk bersedih. Aku perempuan simpanan dia.


Last but not least, things I love.

1/ Best gila Lisa berlakon jadi jahat and psycho compared to berlakon gedik-gedik budget sweet. Menjadi. Ni first time rasa suka Lisa berlakon. Watak Mila tu dapat disimpulkan sebagai; love can make you go all psycho.

2/ Maya Karin sangat cantik. Ada one scene tu muka sebiji Raudah Hussein a.k.a Cik Odah sayang. Cantiknyaaaa.

3/ Costume department terbaik. Most outfit colour coordinated. Ada one scene Mak Jah and Izzah pakai yellow, Haris and Pak Dollah pakai blue. And scene kejar-kejar before Haris accident yang perempuan semua pakai grey-ish colours. And I love Mila's belt masa first scene dia dengan Aaron. Scene Mila dekat tempat shooting pun baju cantik sangat walaupun BCG besar haha. *detail*

4/ Aaron Aziz naik motor lawak. Dia sangat comel. Dia marah-marah pun comel. Dia gatal pun comel. Homai. Berbaloi sangat kalau Aaronators tengok Ombak Rindu semata-mata nak tengok Aaron Aziz.

5/ Paling suka watak Pak Dollah.

6/ Part Haris suruh Izzah urut kaki. Ayat 'atas sikit' pergh! *keningkening* hik hik hik

Ombak Rindu

7/ Scene Haris nangis masa dia first time jumpa Izzah after kahwin dengan Mila and then masa Mak Jah and Pak Dollah nampak diorang peluk-peluk, dia mengaku tu wife dia. Memang Alhamdulillah sekali dengan Pak Dollah.


Seriously, tak ada yang lebih membahagiakan bila orang yang kita sayang, yang buat kita rasa macam kita ni just a secret tiba-tiba mengaku dekat orang lain yang kita mean something dekat dia. Jadi rahsia itu adalah sesuatu yang sangat menyakitkan. When someone asks and you can't tell anything because you're not sure and you don't want to be seen as bertepuk sebelah tangan. Sakit.


Kesimpulannya, bagi orang yang suka complaint like me, Ombak Rindu best buat gelak-gelak. Silalah tengok.
Post a Comment