20111123

Versi Saya Sayang FUU XIV : KLINIK BANTUAN GUAMAN UKM #legalaidUKM

Kepada sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan hal perundangan, datang lah beramai-ramai ke 'Klinik Bantuan Guaman UKM'.


Representasi kepada yang layak.


Klinik Bantuan Guaman ini adalah hasil usahasama Dr. Mahmud Zuhdi Mohd. Nor, PM Safinaz Mohd. Hussein, PM Dr. Nazura Abdul Manap, dan akan dikendalikan oleh pelajar tahun akhir dan tahun tiga Fakulti Undang-Undang UKM dibawah pengawasan Felo Utama Siti Naaishah Hambali serta bantuan pensyarah undang-undang, alumni dan ahli professional yang lain.


Lokasi: Aras 3 Wisma UNIKEB, UKM Bangi.
Masa operasi: Isnin – Jumaat, 8.00AM – 4.00PM
No. Tel: 03-89214919

***

Cara kan? Ingat doktor je ke boleh bukak klinik? haha. Perasmian next semester tapi since Monday dah 'in business'. Advice will be given by experts, bukan students. Students tolong dari segi admin and research je. So no worries okay kot-kot korang meragui kemampuan students kan. Kitorang memang tak layak pun bagi advice sebenarnya. Tak ada license lagi hehe.


Few pictures masa first time masuk…

Klinik Bantuan Guaman UKM
With Ariey and Kema.
Gambar ihsan - Kema

Klinik Bantuan Guaman UKM
Berangan buat kerja dekat one of the office cubicles atas arahan Ariey.

After this akan ada road tour and all untuk promote this clinic. We need your support. Kalau ada kekurangan tu, harap dimaafkan. Baru bukak beberapa hari. Klien pun baru beberapa orang. Mentah lagi. Setahun jagung pun belum. Whateverpun, we will try our best to serve you! :D
Post a Comment