20111017

Room mate, bilik, dan yang sewaktu dengannya.

Satu setengah bulan check in di Kolej Keris Mas, UKM.

Dapat bilik penjuru blok yang agak sempit.

First day dekat sana, dikejutkan dengan kehadiran monyet yang sedang enak makan cheezy wedges KFC atas tilam yang baru disampul cadar. Terima kasih. Baru tau yang bilik tu prone to 'pencerobohan'.

Monyet cari kutu di Kolej Keris Mas UKM

After a week… tiba-tiba someone ketuk pintu. Amazing. Ada room mate rupanya.

Nak kata kenal tu, tak berapa la. Setakat tahu nama pangkal saja. Jarang dia ada dekat bilik selain untuk tidur.

Paling pelik, dia panggil aku "Sha". Can you imagine. Nama saya NN lah. Already told her my name when she first entered the room. Dia lupa kot.

Jahat tak aku sebab still tak bagitau kesilapan dia? Aku tau nama aku "Sha" pun sebab dia ada tinggalkan nota ringkas atas board masa dia nak balik kampung and kawan-kawan dia nak tumpang tidur bilik. Aku rasa akan jadi awkward kalau tiba-tiba aku cakap kat dia nama aku bukan "Sha" that's why aku layankan je.

Lagipun, dia duduk sini temporary je. Naik cuti sem dah masuk rumah sewa. Sekarang ni pantang free pergi bersihkan rumah.

Ah. Lantaklah. Nama tak penting.

Anyhow, orang kafe tukar lagi and this time, satisfactory. Harga makanan berpatutan dan agak enak. Servis cepat. Hopefully diorang consistent dari segala segi.

But I miss nasi lemak yang pakcik serban jual tu. Sedap gilaa kot.

Unfortunately, you can't always have what you want. Fortunately, you'll get what you need … macam Nanny McPhee.

Post a Comment