20111028

Panic! At The Firm

Hari Jumaat.

Hari mulia tapi (aku) huru hara.

Hari tersepuk dan terjelepuk atas lantai sebab last minute amendment(s).

Hari menangis sambil sign documents and cop benda-benda.

Hari hampir hilang sabar dan sanity.

Hari rasa macam kau nak pergi, pergi terima kasih setakat apa kau buat; tapi kalau kau stay, terima kasih tolong buat kerja sampai ke garisan penamat.

Hari balik bilik; penat. Tak lega. Boleh buat lebih baik tapi yang terluah setakat itu saja.

Hari rasa semua benda tak siap.

Hari pahit.

Hari menggila.

Hari yang akan buat hati ramai orang terluka.

Dan aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung jari kaki yang sepuluh ini.

Minta maaf tertinggi suara. Minta maaf terkasar bahasa. Minta maaf terbuat muka.

Sungguh dari hati.

Paling penting, terima kasih Tuhan; terima kasih korang. We have survived yet another day.

Post a Comment