20111002

Masih Golongan Kelas Bawahan

Terasa hati. Bukan sesuatu yang baik mungkin? Overgeneralization juga bukan amalan yang bagus.

Bercakap tentang satu komuniti bagai kami ni tak ada erti. Selayaknya hati aku jadi belon tercucuk jarum. Layu. Minda menerawang sebab tersentap dan tersentak. Dua perkataan yang mampu merubah segala maksud ayat.

Ya. Biar bukan ditujukan khas untuk aku tapi tetap makan dalam.

Nak cop aku butthurt? Ah silalah. Mungkin kalau kau pelajar (masukkan nama institusi pengajian) dan terbaca ayat "setakat (masukkan nama institusi pengajian) je" kau juga akan butthurt. Mungkin.

 

Apa-apa pun aku cakap, masyarakat masih pandang rendah kan dekat kita-kita yang berada di peringkat kedua extra lama.

Padanlah sekarang dah tukar nama. Sekurang-kurangnya adalah perkataan universiti. Nampak up sikit. Betul?

Tak boleh salahkan takdir. Aku yang pilih hala tuju hidup aku sendiri. And look where I am now. Quite OK I guess.

Orang nak kata kita tak setanding dia? Kita ni bagai tak layak nak diri sama tinggi dengan mereka? Ah. Nak buat macam mana. Akhirnya dalam liang lahad juga kita. Paling-paling pun di bakar if that's what you prefer.

Sudah suratan takdir. Semua orang tak sama.

Alhamdulillah.

 

Aku budak STPM : Aku bangga aku budak STPM. And aku tak boleh terima orang kutuk budak STPM. Ada masalah ke?

Post a Comment