20111030

I Keep Hitting Re Peat Peat Peat Peat Peat

Chic POP Street Market 10

It was my second time attending Chic POP Street Market. This time, I went alone from the get go. Which is okay. At least I didn't have to wait for anyone haha.

Anyhow, it wasn't great pun. Biasa-biasa je. Got some freebies and bought a notebook for RM5.00 (such a sucker for RM5.00 stuff – DAISO) and two rings, one for me; another one for Ara.

Chic POP Street Market 10 Jaya ONE Petaling Jaya Belt Buckle Ring

 

My new ring. Love it. Not too loose on my skeleton-like fingers but still… need to gain weight!
Currently 43kilos. Lost 6kilos in 6 months T_T

 

 

Real Steel

Despite good reviews from my twitter followings, it was just OK for me. I almost slept during the first half of the movie. Too much unnecessary conversations I guess. The fight scenes was super amazing though.

 

Subway

Subway Mines Shopping Fair

Been craving for Subway for months now. Finally, someone wants to teman me. Before this, every time I went somewhere and I saw Subway I was already full so, tak jadi beli. Nasib baik ada Zehid.

She didn't really like it. What's so special about the overpriced sandwiches? I don't know. But it sure tastes good to me.

 

F & D's Birthday Picnic

Gosh. UPM is one big university. It was amazing. Rasa jakun tau masuk UPM. We went there to celebrate Fakhri's and Debot's birthday.

Happy birthday Debot! :D

Their birthday is picnic time I guess. Last year's picnic was at Botanical Garden Putrajaya. This year; Bukit Ekspo UPM.

Birthday Picnic Bukit Ekspo UPM

Nah! A picture of us (minus Faruq and Hasan) fresh from Hasan's camera.

Trifle, Chocolate Banana Pop(iah), spaghetti bolognese, egg sandwich, rainbow cake, cappucino cake, fried chicken. Less than last year's portion tapi tak habis juga. Diet ke semua orang??

Tak kesahlah. I had fun. We had fun. It was scorching hot but, all is well.

 

 

 

Back to assignments now. Padan muka bertangguh lepas tu malam ni jadi burung hantu <^O,O^> hoot hoot

20111029

Austin Steak House @ Seksyen 7, Bangi



1. Masih murah
2. Ramai pekerja bertukar
3. Dengarnya tinggal sorang sahaja yang lama
4. Paling sayang mereka dalam gambar, penyeri hidup di FUU



Happy Birthday Meon.

20111028

Panic! At The Firm

Hari Jumaat.

Hari mulia tapi (aku) huru hara.

Hari tersepuk dan terjelepuk atas lantai sebab last minute amendment(s).

Hari menangis sambil sign documents and cop benda-benda.

Hari hampir hilang sabar dan sanity.

Hari rasa macam kau nak pergi, pergi terima kasih setakat apa kau buat; tapi kalau kau stay, terima kasih tolong buat kerja sampai ke garisan penamat.

Hari balik bilik; penat. Tak lega. Boleh buat lebih baik tapi yang terluah setakat itu saja.

Hari rasa semua benda tak siap.

Hari pahit.

Hari menggila.

Hari yang akan buat hati ramai orang terluka.

Dan aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung jari kaki yang sepuluh ini.

Minta maaf tertinggi suara. Minta maaf terkasar bahasa. Minta maaf terbuat muka.

Sungguh dari hati.

Paling penting, terima kasih Tuhan; terima kasih korang. We have survived yet another day.

20111027

cloudy with a chance of meatballs

1. Melantak

Rasanya macam baru semalam blog pasal makan kat IKEA kan? Tapi hari ni nak tunjuk lagi makan dekat IKEA semalam.

 IKEA Meatballs-Chicken Wings_Dark Chocolate Cake 

And this time macam dah terjatuh hati dekat meatballs padahal teringin nak makan fries. Make sense kan order meatballs sebab nak makan fries. Kuah dia sunn gila ouh tiba-tiba. Maybe sebab keluar makan dengan hantu meatballs. Sorang makan belas-belas sekali harung weyh bela saka masing-masing nih. Aku makan lima je pun dah kenyang. Plus chicken wings. Plus dark chocolate cake. Burp. Kenyang, Alhamdulillah.

 

2. Melalak

Konon-konon segan-segan nak nyanyi depan kawan-kawan nyanyi juga lagu-lagu wajib nyanyi masa karaoke, i.e: Bencinta – Faizal Tahir & Mad, One in a Million – Ne-Yo.

When You Look Me in the Eyes

Rindu Setengah Mati

Redbox-The Curve-Rindu Setengah Mati-D'Masiv

Alasanmu

Tiada Lagi Kidungmu

Lucky

Rolling in the Deep

Fuhh.

 

Esok kena hantar Written Submission for Order 14 Rule 2 Rules of High Court 1980.

Lepas tu weekends. WOWOWOWOWOWOWOWOW!

 

 

Perasan tak perasan : This few weeks asyik sungguh makan desserts. Secret Recipe lah, Starbucks lah, Tutti Frutti lah, Daim cake lah.

20111026

Wordless Wednesday - Don't You Remember

IKEA - It's A Hit Batting Cage - OU - Damansara

20111025

Striking the right (left) balance

Left/Right Brain

Left

Right

I am the left brain.
I am a scientist.
A mathematician.
I love the familiar.
I categorize.
I am accurate.
I am practical.
Always in control.
A master of words and language.
Realistic.
I calculate equations and play with numbers.
I am order.
I am logic.






I know exactly who I am.

.I am the right brain
.I am creativity
.A free spirit
.I am passion
.Yearning
.Sensuality
.I am the sound of roaring laughter
.I am taste
.The feeling of sand beneath bare feet
.I am movement
.Vivid colours
.I am the urge to paint on empty canvas
.Art
.Poetry
.I sense
.I feel

.I am everything I wanted to be

20111024

Versi Saya Sayang FUU XIII : Cheese & Cherries


Batch 24 Group Photo
Batch 24 Photo FUU UKM

Menangis sikit tengok (hampir) semua excited dan bersemangat untuk gambar. I wished for this. Dah dua tahun tak bergambar bersama. Ini kali terakhir. Kali terakhir ini ada. Terharu. Overwhelmed. Thank You.

Gambar baru dapat tadi and it's marvelous! Except for the fact that diorang misspelled LLB jadi LBB. Actually, aku takkan perasan pun kalau diorang tak point out benda tu. Aku kesah pasal makhluk-makhluk dalam gambar je.

Surprise for Atik @ Garden Cafe
Birthday Atik @ Garden Cafe Sungai Ramal

Dari tol Sungai Ramal (B) terus saja. After petrol station (Shell ke Petronas??) take left and immediately turn right – go straight until you see "Garden Cafe" sign in sorta like, Harley Davidson's logo. Opposite (seberang jalan) food court yang ada jual satay Willy tu. Dekat-dekat area Nim's Little Island Cafe.

Makanan dia OK. Mee Bandung Muar sipi-sipi rasa Muar. Mee Bandung terbaik setakat my knowledge about food around Bangi/Kajang.

Anyhow, it was fun thanks to the birthday committee. Ada seating, ada games, ada props. Sesat-sesat pun best.


Finally : I'll be celebrating my birthday at Johor Bahru :)

20111023

Suraya Thai Cuisine @ Seksyen 7, Bangi

Suraya Tomyam Thai Cuisine Seksyen 7 Bangi

Murah dan mengenyangkan. Alhamdulillah.

20111022

Cerita Basi : Gelato Fruity

Harap-harap cerita ini belum basi sebasi cerita:-

Tolong Ira prep for Earth Day.

Celebrate Birthday Jana.

Pergi Alamanda.

*

Mid Valley Megamall trip dengan Ina & Jana

08102011

Ada Chocolate Fair

Tak beli pun tak balun tester sahaja hehe

Ada KFC

Mengenang zaman baru-baru masuk UKM selalu teman Ina makan KFC dekat Kajang naik bas mini bayar 70sen (sekarang 80sen)

Ada Gelato Fruity

First time makan. Perisa Caramon (Caramel + Almond). Tak manis sangat, just the way I like it. Kebetulan dari mula-mula masuk UKM mngidam nak makan ice cream dalam mangkuk. Memang sedap walaupun masih tak boleh lawan The Cream & Fudge Factory.

20111020

Sunday : The Big Bad Wolf and The Red Riding Hoods

I thought I won't get a chance to go to The Big Bad Wolf Sale since it's the last day on that day.

I thought my day would be mundane, boring, spent alone, in my room, watching movies from the external hard disk.

I thought the futsal UN event would be cancelled because it was raining heavily.

(Wow. So many thoughts NN!)

… but boy was I wrong!

Because the rain stop after a while and the futsal event still goes on.

And I had lunch + dessert (Bread Butter Pudding) at Kakbie's place.

I went to The BBWS instead of watching the futsal game. There's not much books left though. I picked out 10 books but decided to only purchase 4 of it and left the rest on the tables. Money didn't grow on trees aye?!

The Big Bad Wolf Sale MAEPS

Afterwards, the hunger stricken us went to Alamanda for some dinner + window shopping.

Since the new Tutti Frutti at Presint 14/15 was having a promotion - 50% off (thanks Sha-Fiq Orang Melaka for the info!), we head on there.

While I was busy deciding what flavour I want, a girl asked me if I'm from JB and the conversation continues…

haah. SIGS ek?

haah! Padanlah macam familiar.

tulah. Dah perasan tadi. Ni semua (referring to others) SIGS.

oh yeke.

-

Then, rupanya Hasliza. She sat next to Kakbie at school OK. What a small world! I know her because she's a friend of Jana during upper secondary. The TF is her family's. Wah best gila pulak boleh makan free froyo everyday. Teehee.

 

[Insert gambar 5 mangkuk Tutti Frutti here. Dah terdelete –_-"]

 

By far, it was the best TF I ever had because someone else paid for it! MUAHAHAHAHA - I am not a fan of TF at all mind you. I still prefer cendol at Teras Jernang.

 

At the end of the day, Sunday was FUNNNNNNNNNNNNNN. Kan?

 

 

Looking forward to : Next hangout sesh with the girls <3

20111019

Saturday : Friends & Full House

Dugaan:
Dua orang ajak pergi BBW but I'm already on my way to SOGO
Cuen redah hujan. Kesian OK!
Cuen punya Chocolate Banana in Glass (Milkshake) dekat Secret Recipe SOGO masam gila macam guna pisang busuk OR terlebih yogurt. Paling sakit hati, service macam haram.

Pelik/Awkward:
Nampak pubic hair someone terkeluar and gagahkan diri tegur dia supaya betulkan seluar.

Kelakar:
Terlepas stesen LRT Hang Tuah masa tengah sibuk-sibuk plan nak belikan birthday cake for Dutta. Sakit perut ketawakan diri sendiri depan pintu LRT.


First time order Starbucks sendiri. OK I tak urban. Sorry. Pastu jakun and blur. Gelak dalam hati. Merah-merah pipi *kononnya*

Happy:
Dapat lepak dengan Cuen, Ara and of course unexpectedly, Cukue and Dutta. Impromptu birthday celebration for Dutta at Starbucks!

Makan-makan dekat Full House.


Tak ingat apa yang diorder selain Nasi Lemak RM10.90 (Ara) and Banana Milkshake RM7.90 (kot)(Cuen) tapi, contrary to what I've read about Full House before, makanan dia tak adalah sedap. I really like the chicken RM16.90 and spaghetti.

Overall, sangat happy. Semua dugaan ter-redeem dengan kegembiraan yang amat sangat. Thanks to Cuen, Ara, Dutta and last but not least Cukue yang siap hantar ke Kolej Keris Mas.


Muahhs : Gave and received a LOT of kisses last weekend. Love my girls!

20111018

Rindu heaven & hell ku

Oh JB.

Tak pergi Youth Shout Out.

So sad. Terlepas tengok Dbout and Odah berniaga cupcakes. Tak dapat rasa. Sumpah jealous dengan orang yang pergi.

Rindu Roost. Sumpah IYA.

Nana next time turun JB jom lah ok. Ofee pun. Korang tak pernah makan sana serius korang tak rasa Umphnya! Sumpah best gila. Bilik aku nanti aku nak decorate macam tu (dengan permission Abah. Kalau Abah tak bagi, biasa-biasa ja lah).

 

 

Sumpah memanjang kan?

20111017

Room mate, bilik, dan yang sewaktu dengannya.

Satu setengah bulan check in di Kolej Keris Mas, UKM.

Dapat bilik penjuru blok yang agak sempit.

First day dekat sana, dikejutkan dengan kehadiran monyet yang sedang enak makan cheezy wedges KFC atas tilam yang baru disampul cadar. Terima kasih. Baru tau yang bilik tu prone to 'pencerobohan'.

Monyet cari kutu di Kolej Keris Mas UKM

After a week… tiba-tiba someone ketuk pintu. Amazing. Ada room mate rupanya.

Nak kata kenal tu, tak berapa la. Setakat tahu nama pangkal saja. Jarang dia ada dekat bilik selain untuk tidur.

Paling pelik, dia panggil aku "Sha". Can you imagine. Nama saya NN lah. Already told her my name when she first entered the room. Dia lupa kot.

Jahat tak aku sebab still tak bagitau kesilapan dia? Aku tau nama aku "Sha" pun sebab dia ada tinggalkan nota ringkas atas board masa dia nak balik kampung and kawan-kawan dia nak tumpang tidur bilik. Aku rasa akan jadi awkward kalau tiba-tiba aku cakap kat dia nama aku bukan "Sha" that's why aku layankan je.

Lagipun, dia duduk sini temporary je. Naik cuti sem dah masuk rumah sewa. Sekarang ni pantang free pergi bersihkan rumah.

Ah. Lantaklah. Nama tak penting.

Anyhow, orang kafe tukar lagi and this time, satisfactory. Harga makanan berpatutan dan agak enak. Servis cepat. Hopefully diorang consistent dari segala segi.

But I miss nasi lemak yang pakcik serban jual tu. Sedap gilaa kot.

Unfortunately, you can't always have what you want. Fortunately, you'll get what you need … macam Nanny McPhee.

20111014

Perkara gembira hari ini

Orang kolej dah betulkan handle tingkap.



Benda tu sahaja buat aku betul-betul senyum hari ni.

Selain tu, aku lega tak payah ikut betul-betul kes Simetech (M) Sdn Bhd. Kalau kena buat pindaan Statement of Claim and Writ sampai dua kali baru boleh proceed dengan Order 14 Rules of High Court memang aku jadi zombie next week.

Apa aku mengarut ni? *sigh*

Rasa pathetic tiba-tiba.

20111012

Kadang-kadang rasa macam hilang arah kejap

Gosh. Takde kelas pagi. That's rare! Harus tidur lewat tapi kepala dah berat.

Segala tasks yang belum di crossed-out dalam list jadi pending. Padahal boleh je siapkan. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Jalan dah ada tapi tak mahu. Nak jugak burn the midnight oil. Nak jugak berkerja in the 11th hour.

 

*

 

Bila rasa "tak ada siapa kisah pasal aku" muhasabah diri kejap.

Bila tengok orang bahagia bercinta, rasa bercampur baur. Antara gembira dengan koyak. Lebih kurang macam gitulah ye.

 

*

 

Aku ada kisah Dari Mulut Turun Ke Perut sebenarnya. Gambar dalam phone. Hold dulu.

 

*

Selamat Hari Jadi : Boyfriend best friend turns 23 today. Dah alim sekarang. Semoga ditetapkan iman dan dirahmati. Semoga semakin lama semakin baik dan bersedia untuk jadi suami kepada kawan aku yang memang baik itu. Perempuan baik untuk lelaki baik bukan? Happy for you!

20111011

Breakdown

Tak reti mengarah. Tak reti delegate kuasa. Tak reti nak suruh orang dengar kata. Rasa macam Kepner masa first few days as chief resident. Nak jadi macam Bailey. Boleh ke?

Looking forward untuk weekend. Mengharap dapat berhibur. Mengharap dapat lupakan kerja-kerja yang berlambak. Sebab Isnin; Isnin mula hari-hari gila.

Pegawai undang-undang kat tempat attachment hari tu cakap kerja aku sistematik. Boleh tak nak bangga? :)

Hari-hari jamu mata tengok orang bercinta. Batchmates. Juniors. Senior. Oh diorang nampak bahagia. Suka!

Sorry Tuan Hj, saya tak dapat focus ini hari. Saya ngantuk dan kekurangan tenaga.

Otak kurang berfungsi. Telinga macam berasap. Mata pedih. Rasa macam atas angin. Melayang-layang.

Judin pun kata aku 'kureng' hari ni. Aku tau. Sumpah selekeh gila. Takde mood nak dress up; tak larat.

Sebenarnya aku lupa bila appointment dentist. Haih.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

20111008

New Layout. Again.

I'm supposed to cook up an argument to strike off a suit (last week) but I got bored of it so I spent my Saturday revamping the blog.

Dash of colours muted by grey background. Inspired by my lack of enthusiasm to face life. Some doodles from photoscape sort of brings everything together.

It actually resembles my current o-ring colours. Cyan + grey.

 

 

 

Case presentation, filing, ethics, firm works, discussion, three hour classes, two hour tutorials, endless days and sleepless nights. Hibernating in the room during weekends under pile of papers and books.

It has been a month and I still can't believe it's my fourth year.

Talk about living in denial.

20111005

The strict side of her

Belum habis strict lagi tapi dah kena bebel, maki, tengking sampai satu jam. Tak pakai mic pun okay! Hebat tak hebat.
Ingat.
Nobody e-mailed me?! I have the BlackBerry. I bring it with me all over the world.
Dan ingat jugak.
Don't call me Ma'am. I'm a Professor. Call me Prof. Only my maid call me Ma'am.
Bloody fool!
Lebih kurang lah rephrase nya. Tak lari pun maksud. Ayat yang last tu buat aku teringat cerita-cerita British and Hindustan.
Best belajar dengan Prof yang satu ni. Stress tapi best.


Aku still rasa paling free masa second year. Sumpah heaven.
And esok, tak sabar untuk esok. Gambar batch kedua dalam masa 4 tahun. At last :)

20111004

Pelat


Kena present depan lecturer and twenty of my peers after 5 months kot tak present apa-apa.

i woush like to shumbit thash nbasdsbfsjalskdkjs

Macam budak baru belajar cakap.
Macam tak pernah bercakap langsung.
Padahal hari-hari bercakap.
Boleh tak guna alasan I don't feel like talking. Lidah tergeliat.

Ni mesti sebab selalu menganjing orang lain tersasul.
Padan muka Tuhan bayar cash!

Nasib baik lecturer cool.

20111003

Jual mahal

Aku tak boleh terima bila orang label aku macam tu. Serius tak boleh terima.

Even kawan/best friends aku sendiri. Aku memang cukup marah bila diorang cakap aku jual mahal.

Yes. You're my friend. Maybe you know everything about me but you don't know how I really feel. So please, enough with the labeling.

 

Tak termasuk lagi terms lain macam; yeye, gelabah, etc. Sentap!

Anyway, bila masa nya pun aku menjual? Tak pernah lagi buat sale selain dekat http://nnmeowsells.tumblr.com.

20111002

Masih Golongan Kelas Bawahan

Terasa hati. Bukan sesuatu yang baik mungkin? Overgeneralization juga bukan amalan yang bagus.

Bercakap tentang satu komuniti bagai kami ni tak ada erti. Selayaknya hati aku jadi belon tercucuk jarum. Layu. Minda menerawang sebab tersentap dan tersentak. Dua perkataan yang mampu merubah segala maksud ayat.

Ya. Biar bukan ditujukan khas untuk aku tapi tetap makan dalam.

Nak cop aku butthurt? Ah silalah. Mungkin kalau kau pelajar (masukkan nama institusi pengajian) dan terbaca ayat "setakat (masukkan nama institusi pengajian) je" kau juga akan butthurt. Mungkin.

 

Apa-apa pun aku cakap, masyarakat masih pandang rendah kan dekat kita-kita yang berada di peringkat kedua extra lama.

Padanlah sekarang dah tukar nama. Sekurang-kurangnya adalah perkataan universiti. Nampak up sikit. Betul?

Tak boleh salahkan takdir. Aku yang pilih hala tuju hidup aku sendiri. And look where I am now. Quite OK I guess.

Orang nak kata kita tak setanding dia? Kita ni bagai tak layak nak diri sama tinggi dengan mereka? Ah. Nak buat macam mana. Akhirnya dalam liang lahad juga kita. Paling-paling pun di bakar if that's what you prefer.

Sudah suratan takdir. Semua orang tak sama.

Alhamdulillah.

 

Aku budak STPM : Aku bangga aku budak STPM. And aku tak boleh terima orang kutuk budak STPM. Ada masalah ke?