20110928

It's not all about the money

Risau.

Abah sakit lagi! Neck and shoulders. Belakang pun sakit. Slip discs kat tengkuk. Hari tu dah stay almost a week kat Puteri Specialist pasal benda ni.

Nak inject? RM7K ada? Mampu? Tak confirm cured pun. Operation RM40K. High risk. Obviously! Involving spine kot. Study empat tahun pun bayar less than RM15K.

Cakap pasal yuran, UniKebMal ini memang mahal. Fakulti kesayangan pula suka ketuk duit. Semua benda nak mark up. Bayar RM30 for seminar lunch nasi goreng kampung, telur goreng and air sirap tawar. LUNCH! Gila ke apa.

Cakap pasal duit, JPA dah masuk. Finally!
Tau tak geram dengan orang yang bila dengar kita merungut JPA lembab dia cakap:
Kan dapat RM5K takkan tak ada balance from last sem.
Grr. Ada aku tanya berapa duit kau dalam akaun? Ada? Tak ada kan? So kau nak sibuk pasal duit dalam akaun aku kenapa?

Dapat duit doesn't mean boleh joli pun.

I really need to save some money. Bila dah cuba-cuba kerja… Rasa penat pergi office everyday, belajar lebih menghargai pengorbanan parents.

Tu yang bertahun-tahun duduk hostel/kolej tak pernah nangis teresak-esak rindu rumah tiba-tiba tadi selepas mengharungi hari yang memenatkan di fakulti 8pagi – 7petang meronta-ronta jiwa, terkeluar juga air mata.
Lagi terfikir-fikir pasal abah, lagi rasa nak meraung. Nasib bilik tak banjir.


Kepala senoneng. Dalam masa 40 jam baru tidur 30 minit. Ethics tak baca lagi.

Final year memang best.
Post a Comment