20110910

demo lo ni nih tok seghupo mulo

Raya tahun ni memang tak sama macam tahun-tahun lepas. Bakal menyambut hari raya pertama dekat Ma's side

Kenapa patut beraya di sana bukan di sini:-
1. Dah dua tahun tak beraya di sana.
2. Dekat kampung Abah pun, Nya'i dah tak ada. Nak diapakan?
3. Lagipun, Mak Tok sahaja satu-satunya nenek aku sekarang. Satu-satunya grandparent yang aku ada sekarang. Takkan dia dah tak ada baru nak terhegeh-hegeh balik.
4. Hari raya kedua dah gerak ke Johor kan. Masih sempat jumpa sanak-saudara, collect duit raya.

Aidilfitri-Syawal-Kelantan-2011

Hasilnya.

1. Dapat berhibur dengan kucing-kucing yang baru belajar merangkak. Jalan terengsot-engsot, menyusur laluan tikar getah.
2. Dapat berbuka dengan home made nasi ulam, martabak cecah cuka + bawang merah dan kuih bakar.
3. Dapat makan ketupat daun palas.
4. Dapat bergambar dengan famili besar belah Ma walaupun tak cukup ahli.
5. Dapat berbuka di Restoran Puteri Kajol, Seberang Jerteh. Roti tempayan lauk daging dia memang terbaik weyh.
6. Dapat melawat kubur Tok Wan and Ayah Long.
7. Dapat beraya sakan and collect duit raya dekat Johor.

Ringkasnya;

8. Dapat raya dekat dua-dua kampung dengan grand uolls!

Yang tak dapat pun banyak. Cuma malas nak list down. Tak penting.

By the way, tak beli kasut baru dan bag baru. Pakai selipar pemberian Ca and bag RM5.00 beli dekat Pasar Karat saja.

Dan gambar aku serba hitam tu masa dekat Johor. Tak tau macam mana boleh termasuk kat situ. Konon nak compile gambar kat Kelantan saja.
Post a Comment