20110912

aku cuba himpun segala warna untuk dijadikan pelangi kala hujan nanti

Azra & Didi Konvoi-Raya-2011Konvoi-Raya-2011

Pengalaman pertama beraya bersama rakan-rakan sekolah. Bila lagi nak dapat macam ni agaknya kan?

Untuk hari Sabtu, 3 September 2011;

Terima kasih Cukue. Jemput datang rumah. Macam biasa, masakan dari dapur rumah kau tak pernah mengecewakan. Duit raya hasil titik peluh kau tu memang simpan sampai mati.

Terima kasih Azra/Dbout/Cuen fetch aku dari rumah yang jauh tak jauh sangat (read: dekat je) dengan rumah Cukue walaupun masih aku tak tau jalan ke rumah sendiri.

Untuk hari Ahad, 4 September 2011;

Terima kasih Ca (first and foremost) kalau tak kerana Ca manakan jadi benda ni. Semua idea dia walaupun semua rumah kawan-kawan aku. Kawan-kawan aku kawan-kawan Ca juga ye tak?

Terima kasih tuan-tuan rumah, Ofee > Nanie > Ama > Azie > Azra > Cikong > Cuen > Ca dan keluarga (except for Cikong yang duduk rumah sendiri yang best gila tu) kerana sudi menerima kehadiran kitorang.

Terima kasih ahli rombongan (yang belum disebut) Nuar & Wan memeriahkan keadaan.

 

Dan seterusnya hari Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat terisi dengan pelbagai aktiviti yang tak kurang menghiburkan.

Selain Ca (yang bawa aku makan wantan, steamboat dan berkaraoke);

Terima kasih juga pada Ayam (yang aku memang tau tak baca blog ni) dan Gem (yang baru pertama kali bersua muka). Dah lama tak update pasal kawan yang seorang ni. Bukan ramai kawan lelaki aku ada. Marah-marah dia sebab aku masih tak hafal jalan rumah sendiri sampai buat dia sesat dari Aeon Tebrau City sampai Taman Daya, dapat juga aku merasa KFC free. Terima kasih sekali lagi. Buang yang keruh ambil yang jernih.

 

 

Kisah kasih satu minggu buat bekal dua bulan terperap di UKM. Dua bulan yang (mungkin) dihabiskan dengan tidur bersendiri tanpa teman sebilik. Dua bulan yang mencabar.

Ye. Aku dah final year. Paling senior kononnya di kalangan undergraduates. Tapi tetap batch paling bising di FUU. Kelas pertama tadi buat aku sedar yang walaupun aku betul-betul homesick sekarang, aku tetap tak mau lepaskan peluang berada dalam kekecohan di fakulti.

 

 

BBM : Baru ingat nak ajak u kuar malam ni. I lupa u dh ada kat ukm   <--- mek down!

Post a Comment