20110929

Makanan Basi

duit. banyak mana pun kita ada. akan habis. kalau tak habis pun. bukan boleh bawak masuk kubur.

kita nak duit. at the same time kita nak habiskan duit.

confused.

dah semester 7. lepas tu semester 8. lepas tu?

selamat tinggal kawanku.

nak grad. at the same time, tersiksa jiwa hitung hari nak tinggalkan student life.

bersyukur ikut pilihan abah.

bersyukur kenal dengan mereka, mereka.

bersyukur pernah melakukan kesilapan besar. at least aku belajar sesuatu tentang hidup. sesuatu yang mungkin aku tak akan dapat selagi aku kekal penakut.

kadang-kadang aku still rasa bersalah. aku spoil semua benda kot.

sorry.

20110928

It's not all about the money

Risau.

Abah sakit lagi! Neck and shoulders. Belakang pun sakit. Slip discs kat tengkuk. Hari tu dah stay almost a week kat Puteri Specialist pasal benda ni.

Nak inject? RM7K ada? Mampu? Tak confirm cured pun. Operation RM40K. High risk. Obviously! Involving spine kot. Study empat tahun pun bayar less than RM15K.

Cakap pasal yuran, UniKebMal ini memang mahal. Fakulti kesayangan pula suka ketuk duit. Semua benda nak mark up. Bayar RM30 for seminar lunch nasi goreng kampung, telur goreng and air sirap tawar. LUNCH! Gila ke apa.

Cakap pasal duit, JPA dah masuk. Finally!
Tau tak geram dengan orang yang bila dengar kita merungut JPA lembab dia cakap:
Kan dapat RM5K takkan tak ada balance from last sem.
Grr. Ada aku tanya berapa duit kau dalam akaun? Ada? Tak ada kan? So kau nak sibuk pasal duit dalam akaun aku kenapa?

Dapat duit doesn't mean boleh joli pun.

I really need to save some money. Bila dah cuba-cuba kerja… Rasa penat pergi office everyday, belajar lebih menghargai pengorbanan parents.

Tu yang bertahun-tahun duduk hostel/kolej tak pernah nangis teresak-esak rindu rumah tiba-tiba tadi selepas mengharungi hari yang memenatkan di fakulti 8pagi – 7petang meronta-ronta jiwa, terkeluar juga air mata.
Lagi terfikir-fikir pasal abah, lagi rasa nak meraung. Nasib bilik tak banjir.


Kepala senoneng. Dalam masa 40 jam baru tidur 30 minit. Ethics tak baca lagi.

Final year memang best.

20110927

Setahun sebelum graduasi.

Semalam tenggelam dalam lautan manusia berjubah pink, purple dan dark brown. Hampir sesak nafas tapi tengok diorang happy buat aku rasa pergh tak sabar nak konvo!
Senior faculty konvo semalam. Dan paling penting, kawan satu sekolah merangkap salah seorang kesayangan merangkap ex room mate dua tahun berturut-turut; grad this year. Congrats Nanie!
She was beautiful; and siap pasang dua orang photographer. Mampu?
Majlis-Konvokesyen-39-2011-UKM


And tak sabar juga nak (insyaAllah) attend dinner faculty. Kawan aku cakap, dia tak nak dinner cepat-cepat sebab dinner petanda dah nak habis sesi 2011/2012 means leaving all this (faculty, friends, student life) behind.
Mula-mula memang aku sedih nak let go semua benda yang buat aku happy dekat sini tapi every beginning has an end dan aku memang nak sangat-sangat penghabisan empat tahun belajar ini.
Yang aku tak nak, putus silaturrahim. Walaupun penghabisan belajar sama-sama kita akan tiba, tapi kita kawan selama-lamanya kan? Mintak-mintak kekal lah sebab memang dalam menyampah, terasa hati, terkasar bahasa, terkelu lidah; aku sayang juga yang seratus dua puluh empat orang tu.

Chet : Baru tiga minggu masuk final year dah fefeeling macam nak grad esok. Puii.

20110925

MAXIS AND SWEATERS

Pairing probably the two most comfortable pieces ever, this fall we saw on multiple runways the sweater and maxi combo. This is perfect for those days when all you want to do is be cozy and comfortable.

And the best part? It’s so easy to transform this look from summer time to fall. Just take some of those maxi’s you bought last season and pair them up with that perfect sweater. Here are some pictures for inspiration…. how are you going to wear this trend?
-Caraline Pleis (Manager of Women’s Wear)

How I wore it:


Excuse the smirk on my face.

The pink sweater was purchased months ago but I didn't have a clue on how/when to wear it thanks to the weather and the length of the sweater. That's where the article came in.

Paired it with Ma's DIY maxi skirt and voila! ready for dinner at Kapten Steamboat & Grill.





Wishes : Happy 23rd Birthday to a dear friend, Cukue & Happy 24th Anniversary Ma & Abah. xoxoxo

20110924

Versi Saya Sayang FUU XII : Selamat Hari Raya

Di hujung-hujung Syawal, sempat lagi beraya.

Kita cuba meriahkan keadaan walaupun tak ramai. Fakulti kecil. Biasalah.

Jumaat (semalam) lagipun. Semua bergegas balik 'kampung'. Makanan melimpah ruah. Bayar RM6, melantak RM15 (anggaran kasar mengikut harga retail).

 

Terima kasih PERUNDANG.

Terima kasih kawan-kawan.

+1 hari gembira.

+1 memori tercipta.

Hari Raya FUU UKM 2011Hari Raya FUU UKM 2011 Makhluk² dalam gambar merangkumi ± satu per lima daripada seisi batch 24.
…and yes, pelajar lelaki memang hampir pupus di FUU.

 

Ariey, aku pinjam gambar. Mintak halal.

 

 

Every week nangis dalam class: Lectures menyentuh jiwa. Ethics terutamanya.

20110922

Bahagi sama rata

Kasih antara manusia tu tak akan ada yang banyaknya serupa. Mesti terlebih dan terkurang sini sana.

Bila aku dihadapkan dengan insan-insan kesayangan yang masing-masing dah tawar hati, masam muka; aku kalah dengan air mata.

Aku doa kita bahagia sebagaimana kita pernah bahagia suatu masa dahulu walaupun bukan selalu.

RT @faliqfahmie

Moga malam ini jadi pengubah segalanya.

20110921

Versi Saya Sayang FUU XI

- Dalam masa kurang 12 jam (belum tolak waktu tidur) kena habiskan baca lebih kurang 20 mukasurat nota Professional Ethics.

- Khamis kena submit dua case presentation.

- Diarahkan untuk baca sekurang-kurangnya 9 kes daripada 36 kes. Persediaan tutorial Civil Procedure Jumaat minggu depan.

- Jumaat akan ada jamuan hari raya anjuran PERUNDANG.

- Setakat ni sahaja dah bayar Ringgit Malaysia 60 + 20 dan bakal keluarkan lagi 150 + 35 + 6 untuk aktiviti fakulti, batch, firm, etc.

- On top of that, tak ada kena mengena dengan fakulti, telah dicaj Ringgit Malaysia 1409 dan sen 5o untuk yuran pengajian dan penginapan. Before this check 1387.50 sahaja rasanya. Doakan yuran tak naik lagi.

- Nama firm SHA & Co. Originally, tak ada meaning apa-apa pun. Ada yang kata Sexy, Hot, Amazing. Layankan.

- Rindu nak makan-makan dengan kawan-kawan. Celebrate birthday sama-sama. Isnin lepas ada tapi nyanyi, makan kek, blah. Tak rasa apa sangat pun.

- Masing-masing busy kan? Tak larat nak layan hidup. Buku lagi penting.

- "Final years are assumed to know the substantive laws" (in the words of Felo Utama). Excuse me Ma'am, your assumption is far from the truth.

- Kena bagi advice dekat client for legal clinic at UNIKEB. Kawan-kawan sila datang dan merapu. Buat aku nampak busy please.

20110916

Undilah | Watch & Spread

(taken from YouTube)

A Pete Teo PSA Music Video promoting the vote. Features vocals by Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah and many Malaysians including @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.

---

Bront + Sh Amani – comel berdua!

Sazzy Falak – pun comel.

Daphne Iking – comel dengan perut bulat dia.

Jehan Miskin – tak suka dia tapi dalam video ni dia sikit hot :P

Reza Salleh – sangat hot baru perasan *drools*

---

Have you registered to vote? >>click<<

20110915

Kapten Steamboat & Grill @ Susur

Kapten's Steamboat & Grill

Rabu minggu lepas masa craving mengada nak makan steamboat dengan jayanya (walaupun hampir-hampir tidak berjaya) menjamu selera di Kapten Steamboat & Grill.

Love the ambience, the customer service, the decor. Tempat grill dia pun macam cool gila tak percik-percik sangat macam dekat Seoul Garden.

Kitorang makan Buffet Syawal which is pretty much the same thing as Buffet Ramadhan cuma a bit murah (RM28++ per adult).

Ca words on it's pizza;
Delicia!
And we absolutely love the tomyam soup for the steamboat. Sedap sangat-sangat.

Dekat tempat sos-sos tu ada sos tiga, empat jenis and then ada one big bowl of oil and fried shallots. I have no idea what to do with it tapi masa dah habis makan suddenly ada one uncle cakap before goreng apa-apa celup dulu food dalam minyak baru sedap; and I was like… dah habis makan pulak. Noob gila lah siaaa.

Another thing yang aku rasa sedap, mushroom soup and kuih raya haha.

Overall, makan dua orang RM54.00 kira puas hati sebab lepak kat sana for two hours straight makan sampai rasa nak muntah (kalau membazir kena denda RM5.00/100g).

Tak sabar nak balik and makan lagi kat sana and next time nak try ala carte pulak.

*

Learn more about Kapten Steamboat & Gril >>here<<

20110912

aku cuba himpun segala warna untuk dijadikan pelangi kala hujan nanti

Azra & Didi Konvoi-Raya-2011Konvoi-Raya-2011

Pengalaman pertama beraya bersama rakan-rakan sekolah. Bila lagi nak dapat macam ni agaknya kan?

Untuk hari Sabtu, 3 September 2011;

Terima kasih Cukue. Jemput datang rumah. Macam biasa, masakan dari dapur rumah kau tak pernah mengecewakan. Duit raya hasil titik peluh kau tu memang simpan sampai mati.

Terima kasih Azra/Dbout/Cuen fetch aku dari rumah yang jauh tak jauh sangat (read: dekat je) dengan rumah Cukue walaupun masih aku tak tau jalan ke rumah sendiri.

Untuk hari Ahad, 4 September 2011;

Terima kasih Ca (first and foremost) kalau tak kerana Ca manakan jadi benda ni. Semua idea dia walaupun semua rumah kawan-kawan aku. Kawan-kawan aku kawan-kawan Ca juga ye tak?

Terima kasih tuan-tuan rumah, Ofee > Nanie > Ama > Azie > Azra > Cikong > Cuen > Ca dan keluarga (except for Cikong yang duduk rumah sendiri yang best gila tu) kerana sudi menerima kehadiran kitorang.

Terima kasih ahli rombongan (yang belum disebut) Nuar & Wan memeriahkan keadaan.

 

Dan seterusnya hari Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat terisi dengan pelbagai aktiviti yang tak kurang menghiburkan.

Selain Ca (yang bawa aku makan wantan, steamboat dan berkaraoke);

Terima kasih juga pada Ayam (yang aku memang tau tak baca blog ni) dan Gem (yang baru pertama kali bersua muka). Dah lama tak update pasal kawan yang seorang ni. Bukan ramai kawan lelaki aku ada. Marah-marah dia sebab aku masih tak hafal jalan rumah sendiri sampai buat dia sesat dari Aeon Tebrau City sampai Taman Daya, dapat juga aku merasa KFC free. Terima kasih sekali lagi. Buang yang keruh ambil yang jernih.

 

 

Kisah kasih satu minggu buat bekal dua bulan terperap di UKM. Dua bulan yang (mungkin) dihabiskan dengan tidur bersendiri tanpa teman sebilik. Dua bulan yang mencabar.

Ye. Aku dah final year. Paling senior kononnya di kalangan undergraduates. Tapi tetap batch paling bising di FUU. Kelas pertama tadi buat aku sedar yang walaupun aku betul-betul homesick sekarang, aku tetap tak mau lepaskan peluang berada dalam kekecohan di fakulti.

 

 

BBM : Baru ingat nak ajak u kuar malam ni. I lupa u dh ada kat ukm   <--- mek down!

20110911

disana menanti, disini menunggu

THAT'S CAFE

Tak sempat-sempat nak pergi walaupun kerja berbulan-bulan dekat Bandaraya Johor Bahru kesayangan. Satu hari nanti mungkin.

 

Port Lepak

Restoran Port Lepak

Korang pernah dengar tempat ni? Lokasi depan jalan on the way to Kajang yang area-area Stesen Komuter tu. Dah tiga tahun belajar dekat Bangi, masa Malaysia kalah lawan Singapura hari tu baru first time makan sini sebab Sri Nangka penuh. Kedai baru ke ek?

Makanan lagi super sedap daripada Sri Nangka tapi udang/sotong goreng tepung guna tepung buat jemput-jemput. Layan.

 

 

Packing siap  90%. Tinggal kasut and a few other misc stuff. Serius tak ada mood nak naik final year tapi nak cepat-cepat habiskan belajar. Acane tu?

Selamat jalan Johor Bahru. Kita jumpa lagi bulan November ok. Miss you already.

20110910

demo lo ni nih tok seghupo mulo

Raya tahun ni memang tak sama macam tahun-tahun lepas. Bakal menyambut hari raya pertama dekat Ma's side

Kenapa patut beraya di sana bukan di sini:-
1. Dah dua tahun tak beraya di sana.
2. Dekat kampung Abah pun, Nya'i dah tak ada. Nak diapakan?
3. Lagipun, Mak Tok sahaja satu-satunya nenek aku sekarang. Satu-satunya grandparent yang aku ada sekarang. Takkan dia dah tak ada baru nak terhegeh-hegeh balik.
4. Hari raya kedua dah gerak ke Johor kan. Masih sempat jumpa sanak-saudara, collect duit raya.

Aidilfitri-Syawal-Kelantan-2011

Hasilnya.

1. Dapat berhibur dengan kucing-kucing yang baru belajar merangkak. Jalan terengsot-engsot, menyusur laluan tikar getah.
2. Dapat berbuka dengan home made nasi ulam, martabak cecah cuka + bawang merah dan kuih bakar.
3. Dapat makan ketupat daun palas.
4. Dapat bergambar dengan famili besar belah Ma walaupun tak cukup ahli.
5. Dapat berbuka di Restoran Puteri Kajol, Seberang Jerteh. Roti tempayan lauk daging dia memang terbaik weyh.
6. Dapat melawat kubur Tok Wan and Ayah Long.
7. Dapat beraya sakan and collect duit raya dekat Johor.

Ringkasnya;

8. Dapat raya dekat dua-dua kampung dengan grand uolls!

Yang tak dapat pun banyak. Cuma malas nak list down. Tak penting.

By the way, tak beli kasut baru dan bag baru. Pakai selipar pemberian Ca and bag RM5.00 beli dekat Pasar Karat saja.

Dan gambar aku serba hitam tu masa dekat Johor. Tak tau macam mana boleh termasuk kat situ. Konon nak compile gambar kat Kelantan saja.

20110907

Paso Bumbong 2011 @johobaru

27th September 2011

Plaza Seni Rooftop

Paso-Bumbong-2011Paso-Bumbong-2011Paso-Bumbong-2011-JOHO

It was my first time at Paso Bumbong, an annual event organized by JOHO.

Lots of familiar faces, good music, great stuff, and superb food. Certainly made me happy after a disastrous day.

Adding to my dose of happiness, had Nasi Lemak Kukus Kombi (sambal sotong) for break-fast. I was craving for nasi lemak ever since the start of fasting month but the ones sold at bazar ramadhan near my house was not as good as this one! Two thumbs-up!

Looking forward to another JOHO event just for Nasi Lemak Kukus Kombi and not forgetting, mango juice at Air Botol Sudin.

Instead of buying shoes and clothes, I end up spending RM50++ on stickers, postcards, sampul duit raya and coasters just because they're cute. I didn't buy the shirt though. I avoid buying anything short-sleeved because I'm not a fan of layering right now. The weather is impossible. I'll be drenched in sweat 5 minutes after I put on my clothes if I layer 'em.

All in all, thanks JOHO for revamping Joho Baru. It's livelier than ever. Better than during my days as a teenager. Eh! I'm old –_–"

 

 

 

 

Will talk about Kelantan & Hari Raya soon-ish : Sunday is D-day - as in Dreadful Day. Gosh. So not looking forward for classes. But I do miss my friends, Bukit Bintang, MidValley, IKEA and the likes. Yikes.