20110808

saya (tak nak) komplen V

1. Bas tak berhenti kat bus stop yang sepatutnya. Memang rasa nak rage sangat-sangat tapi Causeway Link punya complaint box tak function. Dah type panjang-panjang tiba-tiba keluar "Error in connection". Siamang sungguh. Tak ada masa nak hantar e-mail.


2. Banyak gila kerja today. Sekejap je dapat stop main Cafe World. Stress okay. Plus, kepala berdenyut-denyut sepanjang hari. Sampai rumah baru lega.


3. Nak stop kerja this week boleh tak? Rasanya sakit kepala tu sebab kerja yang tak fulfilling. Need something else to do. Trifle? Custard? Bread Pudding? Unbaked pie? Unbaked cakes? Bahan-bahan semua dah dibeli kecuali esen vanila. Econsave Taman Daya ada semua jenis esen kecuali vanila. How weird. Dah habis orang beli buat kuih ke?


4. Merujuk kepada no. 2, Cafe World tak habis-habis mission. Buildable senang lah nak siapkan tapi mission susah gila nak settle. Semak. Kalau korang tak main CW korang takkan faham.


5. Hotel City on the other hand adalah sangat bosan. Aku rasa CW maximum level 200 tapi HC level 100 dah tak boleh nak naik dah. Nak suruh buat apa ni? Block terus ke? Dah tak ada ruang untuk improvement.


6. Semenjak dua menjak ni tak ada mood nak buat apa-apa. Nak tidur selama-lamanya. Belum nak mati tapi tak larat. Minta maaf kepada sesiapa yang terkesan.


7. Nak tulis pasal perancangan berbuka puasa but takut tak jadi pulak kalau harapan terlalu tinggi. Paham-paham je lah sahabat handai memang busy dan susah nak berkompromi kalau bab-bab berjimba bersama. Rileks sudah.
Post a Comment