20110809

The Law of Attraction | Does it really work?

Pagi tadi sahur tak makan banyak pun. Berbual saja lebih. Tiba-tiba Ma cakap:

Kalau nak kahwin, belajar lah jadi isteri dari sekarang. Bangun awal. Kemas rumah semua. Macam kawan Umi, nak anak tak dapat-dapat. Lepas ambil anak angkat sorang, baru dapat anak.

Terus buat muka pelik and gelak-gelak dengan Abah walaupun ada betulnya cakap Ma tu.

Macam topik Dharshini for subject Public Speaking masa second year dulu; The Law of Attraction.

Orang cakap, kita merancang Tuhan menentukan. Orang juga cakap Tuhan dah tetapkan perjalanan dan takdir hidup manusia beratus tahun sebelum kewujudan. Paling penting, usaha.

Makanya, kalau kita rasa kita ditakdirkan untuk jadi kaya dan berjaya, kita kena lah prepare ourselves dan berusaha ke arah ketetapan tersebut. Dengan kehendakNya, bila kita dah bersedia baru kita dapat apa yang dah disuratkan untuk kita.

Kaya ada banyak cabang. Kaya dari segi apa? Harta? Hutang? Family? Friends? Kaya dengan senyuman mungkin.

There were a few examples given by Dhar in her speech. Contah pertama, Dhar ada kawan yang selalu lukis pasal benda yang sedih, being alone, tak ada girlfriend etc. etc. So, another friend cakap dekat lonely friend tu… jangan lukis benda macam tu tapi lukis something yang happy. The lonely friend ikut nasihat member diorang and start painting happy stuff yang melambangkan harapan dia. Lama-lama dia pun dah tak sedih and he got what he wants.

Lagi satu contoh; kalau nak kereta bersedia lah ke arah berkereta. Satu, driving license. Dua, kalau tak ada pun kena pandai drive. Tiga, sediakan space untuk letak kereta.

Jawapan untuk soalan dalam tajuk entry? Possibly. Tak salah mencuba and jangan lupa doa, stay positive and carpe diem.

 

 

Back to work.

Post a Comment